Social Icons

Friday, May 25, 2012

Susuli kejahatanmu dengan kebaikan..

manusia, seingkali terjatuh dalam perangkap syaitan,
apa taknya, masa bersedekah, timbul ujub dalam hati memuji diri,
apa taknya, masa memeberi 'tazkirah' mulut menyulam kata-kata sum'ah memuji perbuatan baiknya
apataknya... masa bersolat sekalipun! masih berangan memikirkan perihal dunia, kalau itu tak apa, tapi lebih teruk jika sempat memikirkan hal-hal maksiat!
itu belum masuk dosa-dosa yang sengaja kita lakukan, 

lantas beruntunglah jika anak adam ini, bila tersedar, melakukan istighfar dan taubat yang bersungguh sungguh. 


Sahabat sekalian, 
namun, harus kita tanam dalam diri, sekuat-kuatnya, bahawa kesan DOSA itu tak mudah hilang, sekalipun Allah itu kita tahu MAHA penerima taubat,jadi jangan sesekali kita mengecilkan dosa yang kita lakukan.  

kata hukama' bukanlah kita perlu fikirkan dosa itu kecil atau besar, tapi fikirkan kepada siapa dosa itu kita lakukan, 
jika dosa itu kepada ALLAH yang menciptakan, jika dosa itu kepada Allah yang memberikan rezeki, jika dosa itu kepada Allah yang maha pedih azab nya,

jaga-jaga, takut-takut nanti, dikurangkan kita dalam apa yang kita miliki
jaga-jaga, takut takut nanti di ambil rezeki yang di depan mata kita,
jaga-jaga, takut-takut nanti dia mengazab kita dengan azab yang pedih!

Namun, itulah kita manusia yang serba lemah. Perlu sentiasa bermujahadah, kerana ingin bertarung dengan syaitan yang di rejam, untuk menyelamatkan iman kepada ALLAH. 



kata ulama' lagi, susuli kejahatan dengan kebaikan, contohnya sedekah dan berbuat baik kepada makhluk Allah dimuka bumi ini. 
 Sabda nabi: 
"perbuatan baik dapat membersihkan  perbuatan buruk
Sedekah yang ikhlas dapat memadamkan kemurkaan Tuhan
dan silaturahim dapat menambahkan umur" 

Jika kita telusuri kitab-kitab agama atau ceramah agama, tak dapat di gambarkan bagaimana berkatnya orang yang bersedekah dan yang berbuat baik kepada makhluk Allah yang lain. 

Sesungguhnya Allah berkata pada hari kiamat: 
....."Wahai anak cucu adam, Aku sakit namun kamu tidak mahu menziarahi Aku, "manusia bertanya "Bagaimana aku boleh menziarahi Engkau, sedangkan Engkau tuhan semesta Alam?"
Allah berkata"Tidakkah engkau tahu, hambaKu sifulan sedang sakit, namun kamu tidak mahu menziarahainya? TIdakkah engkau tahu, bahawa jika engkau menziarahi, tentulah engkau dapati aku ada di sisinya?" ...(continued) 
Ayuh, sahabat semua. jangan bertangguh melakukan taubat
kuatkan mujahadah untuk melawan dosa, hatta sekecil kecil dosa seperti membuang waktu, malas dan kurang produktif, kerana tentu sekali engkau malu jika rasulullah melihat cara kita membaziri waktu!

tentu sekali, kita dihidupkan harini atas satu amanah dan tanggungjawab.

p.s: ampuni kami ya Allah, peliharalah kami dan tetapkan kami kepada kecintaan dan ketaatan kepadamu Hingga Akhir Hayat kami di bumiMu ini ya Allah











Wednesday, May 23, 2012

Sirah: Khalid ibn al-Waleed; the Saifullah

Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang ...


p/s: one of my hero. how about you?

Tuesday, May 8, 2012

Doa Ibu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Kisah Musa (A.S.) bertemu dengan jirannya di Syurga kelak


Sunday, May 6, 2012

Nu'ayman ibn 'Amr R.A

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Bergurau senda itu lumrah. Raikan sahabat/kawan yang punya perwatakan sebegini. Smile people, it is sunnah! :-)



Friday, May 4, 2012

Jenis-jenis Hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Selamat hari Jumaat :-)


Kisah Umar bin Abdul Aziz


Umar bin Abdul Aziz merupakan khalifah kelapan dalam bani Umaiyyah. Diberi jolokan sebagai khulafa’ ar rasyidin kelima. Seorang yang sangat masyhur dalam sejarah umat Islam sebagai seorang pemimpin yang sangat mementingkan keadilan.


Umar bin Abdul Aziz, daripada keturunan Umar Al-Khattab

Umar Al-Khattab sebagaimana yang kita tahu pada malam hari sering kali keluar pada malam hari di kota Madinah mebuat rondaan untuk melihat nasib rakyatnya sendiri. Maka pada satu malam beliau telah terdengar satu perbualan antara seorang gadis dengan ibunya.

“Masukkanlah air kedalam susu ini sebelum waktu fajar.”

“Jangan ibu. Tidakkah Amirul Mukminin telah melarang hal ini, supaya jangan dicampurkan air dengan susu.”

“Eh, orang lain juga semua buat. Kalau kita buat pun manalah Amirul Mukminin semua benda tahu.“

Gadis itu kemudiannya menjawab dengan satu kata-katanya yang masyhur.

“Jika Amirul Mukminin tidak nampak, maka Tuhan Amirul Mukminin yang nampak.”

Umar, apabila mendengar kata-kata ini, menangis, mengenangkan baiknya gadis ini.

Lalu sebaik Umar pulang ke rumah, dipanggil anaknya yang bernama Ashim, diceritakan kisah ini dan diberinya arahan.

“Wahai Ashim pergilah ke rumah perempuan tersebut dan kahwinlah dia. Aku berharapkan agar Allah mengeluarkan daripada keturunan perempuan ini, seorang tokoh yang akan memimpin orang-orang Arab dan orang-orang Ajab.”

Ashim patuh, dikahwininya gadis tersebut, Ummu Amarah namanya, dan hasil daripada perkahwinan ini lahirlah seorang gadis, bernama Laila. Laila kemudiannya berkahwin dengan seorang bangsawan, gabenor Mesir bernama Abdul Aziz, daripada bani Umaiyyah. Dan daripada perkahwinan ini lahirlah Umar bin Abdul Aziz.


Kisah Umar bin Abdul Aziz

Umar dibesarkan dalam persekitaran keluarga bangsawan, ayahnya gabenor, sepupunya khalifah. Hidupnya dikelilingi dengan kemewahan, namun begitu, beliau cenderung dan gemar mendalami ilmu agama. Sering kali merantau ke Madinah dan berguru dengan tokoh-tokoh terkemuka, sehinggalah akhirnya beliau dilantik menjadi gabenor Madinah yang di sayangi rakyat.

Umar mempunyai hubungan yang baik dengan khalifah pada masa itu, Sulaiman bin Abdul Malik. Umar yang wara’ disayangi khalifah, kerana bagus pemerintahannya. Dan mereka selalu bersama-sama.

Satu hari Umar dibawa oleh khalifah melawat markas tentera bani Umaiyyah. Tentera bani Umaiyyah pada masa itu cukup hebat, hebatnya sehingga satu per empat dunia di bawah kekuasaan mereka.

Bertanya Sulaiman akan pendapat Umar mengenai tentera mereka.

“Apa yang sedang engkau lihat Umar Abdul Aziz?”

“Aku sedang melihat dunia itu sedang memakan antara satu sama lain, dan engkau adalah orang yang bertanggungjawab dan akan dipersoalkan oleh Allah mengenainya.”

“Apa?! Engkau tidak kagumkah dengan hebatnya pemerintahan kita ini? Yang telah kita bina.”

Jawab Umar.

“Bahkan yang paling hebat dan mengkagumkan adalah orang yang mengenali Allah kemudian menderhakainya, mengenali syaitan kemudian mengikutnya, mengenali dunia kemudian dia condong kepadanya.”

Jawapan Umar ini sebenarnya sangat mengkagumkan Sulaiman. Dan ini mendorong beliau untuk melantik Umar sebagai penggantinya kelak. Sulaiman mempunyai seorang menteri, Rajak bin Haywah. Seorang yang soleh dan baik dalam menasihati pemerintah. Ketika Sulaiman sedang sakit, sebelum wafat, beliau telah meminta nasihat daripada Rajak tentang siapakah yang sesuai untuk menjadi penggantinya.

“Aku sedang berfikir bagaimana aku hendak serahkan urusan pentadbiran kaum muslimin selepas kematianku nanti”

“Wahai Amirul Mukminin, antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang soleh memerintah kaum muslimin”

“Kalau begitu apa pendapatmu mengenai Umar?”

 “Aku berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara-saudaramu tidak bersetuju dengannya”.

“Nampaknya begitulah.”

Lalu Sulaiman bin Abdul Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintah Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin Abdul Malik sebagai timbalan. Beliau menulis surat rasminya seperti berikut:

“Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin Abdul Malik untuk Umar bin Abdul Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin Abdul Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya. Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu.”

Dipanggilnya semua gabenor dan pembesar bani Umaiyyah. Dalam keadaan kesemua mereka tidak mengetahui isi kandungan surat, Sulaiman memerintahkan agar mereka semua berbaiah dengan orang yang diwasiatkan sebagai pengganti di dalam isi surat tersebut.

Selepas kewafatan Sulaiman, ribuan rakyat berkumpul untuk melihat isi kandungan surat. Dan sebaik surat dibuka, nama Umar bin Abdul Aziz dibaca. Semua orang terdiam. Umar yang terkejut menolak.

“Sesungguhnya jawatan ini diserahkan kepadaku tanpa bermesyuarat denganku dan tidak pernah aku meminta, dan juga tidak pernah bermesyuarat dengan kamu semua. Sesungguhnya aku mencabut baiah setia yang ada di tengkuk-tengkuk kamu. Pilihlah siapa yang kamu mahu.”

Namun semua rakyat menolak permintaan Umar dan tetap ingin berbaiah dengan Umar. Lemah semangat Umar, rungsing dan  menangis mengenangkan betapa beratnya tanggungjawab seorang khalifah.

Selepas menguruskan jenazah Sulaiman, dalam keadaan kepenatan beliau pulang ke rumah, ingin berehat buat seketika. Pada ketika itu, masuklah anaknya, Abdul Malik, berusia 15 tahun.

“Apa yang ayah sedang lakukan?”

“Wahai anakku, ayahmu ini terlalu letih menguruskan jenazah dan ayahmu tidak pernah merasai satu keadaan yang tubuhnya begitu penat lebih daripada waktu ini.”

“Jadi apa yang ayah akan buat?”

“Ayah akan tidur sekejap sehingga masuk waktu Zohor dan selepas itu ayah akan keluar untuk bersembahyang dengan umat Islam.”

Berkata anaknya.

“Wahai ayahku, Amirul Mukminin, siapa yang menjamin Amirul Mukminin untuk hidup sehingga waktu Zohor sedangkan sekarang adalah kewajipan Amirul Mukminin untuk pergi mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi? Siapa yang menjamin sehingga waktu Zohor Amirul Mukminin tidak akan mati?”

Terbangun Umar mendengar kata anaknya, lalu memanggil dan mencium kedua belah mata anaknya, dan bersyukur kepada Allah.

“Segala puji kepada Allah, yang telah mengeluarkan daripada keturunan aku, orang yang menolong aku di atas agamaku”

Dan kemudian mentadbirlah Umar bin Abdul Aziz dengan penuh gemilang selama 2 tahun 5 bulan 5 hari. Ajaib pemerintahannya, negara kaya raya dalam tempoh begitu singkat, sehinggakan tidak ada yang layak menerima zakat.


Sebelum kewafatan Umar

Umar meninggal ketika usia 36 yahun dan beliau tidak mewasiatkan apa-apa kepada anaknya.

Dalam satu kisah, sebelum kematian, beliau telah ditanya.

“Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau ingin mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”

“Apa yang ingin aku wasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa.”

“Mengapa engkau tinggalkan anak-anak engkau dalam keadaan tidak memiliki?”

“Anak-anakku, jika mereka orang-orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak ingin meninggalkan hartaku di tangan orang-orang yang menderhakai Allah dan menggunakannya untuk menderhakai Allah.”

Umar memanggil anak-anaknya dan berkata.

“Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan. Yang pertama menjadikan kamu semua kaya (dengan menggunakan wang rakyat) dan ayahmu masuk neraka, yang kedua menjadikan kamu semua miskin, seperti sekarang, tetapi ayahmu masuk ke dalam syurga. Sesungguhnya wahai anak-anakku, ketahuilah bahawa aku telah memilih syurga.”

Maka kekal miskinlah anak-anak Umar, tidak mempunyai harta, tidak seperti anak-anak khalifah, dan gabenor yang lain yang biasanya kaya-raya mewarisi harta. Namun begitu selepas kejatuhan kerajaan Umaiyyah, anak-anak Umar bin Abdul Aziz adalah golongan yang kaya-raya, sebaliknya anak-anak gabenor dan khalifah yang sebelumnya kaya-raya, mereka bertukar menjadi susah kemudiannya.

Benarlah kata-kata Umar, jika mereka orang-orang soleh, Allahlah yang menguruskan orang-orang soleh. Dan kesudahan yang baik itu bagi orang-orang yang bertaqwa.



Wallahualam


Rujukan:



Thursday, May 3, 2012

Business Ettiquetes


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

This video talks about the arts..the beauty in making mua'malat between people :-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...