Social Icons

Monday, November 1, 2010

Buku


Nadi Ilmu Amalan Membaca :)




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Friday, October 1, 2010

Secebis perkongsian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Allah..Allah..
Sudah lama blog ini dibiarkan sepi..
Seolah-olahnya tidak berpunya..
Maafkan saya..
Semoga selepas ini saya lebih istiqomah dalam memberi perkongsian..


Maafkan saya juga sekali lagi kerana entri pada kali ini isinya agak tidak terfokus dan tidak tersusun..cuma, harapannya ada manfaatnya untuk kita bersama..

BURUK SANGKA

Percayakah anda bahawa punca kepada kebanyakan permusuhan & pergaduhan yang berlaku di dalam dunia ini sebenarnya adalah disebabkan prasangka?
Betul, andai anda tidak percaya, anda boleh mula memerhati sekeliling dari sekarang atau paling mudah, kita menelek (muhasabah) diri kita kembali. Ada tak kita buat di antara yang berikut dalam kehidupan kita:

Berburuk sangka terhadap kedua ibubapa.
Berburuk sangka terhadap sahabat.
Berburuk sangka terhadap guru.
Berburuk sangka terhadap pekerja.
Berburuk sangka terhadap majikan.
Berburuk sangka terhadap pasangan.
Berburuk sangka terhadap bangsa lain.
Berburuk sangka sesama manusia..

Semua akhirnya, menimbulkan rasa tidak puas hati, marah, benci & etc..
Perasaan yang menghidupkan api permusuhan..
Sahabat boleh putus ukhuwah..
Suami isteri bercerai berai..
Keluarga porak peranda..
Malahan, tidak mustahil perasaan ini boleh mendorong kita melakukan pembunuhan!!
Dan syaitan bertepuk tangan..
Na'uzubillahi min zalik..

Namun, seburuk-buruk buruk sangka ialah BERBURUK SANGKA kepada Allah swt..Na'uzubillahi min zalik..

Allah..
Dia, Tuhan Yang Satu..Tiada Tuhan melainkan Dia..
Allah,Yang mencipta kita..
Allah, Yang mengizinkan kita untuk terus hidup sehingga kini..
Setiap helaan dan hembusan nafas adalah di bawah kekuasaanNya..
Allah, Yang tidak pernah jemu atau bosan untuk mengurniakan rezeki kepada kita..
Meskipun kita sebenarnya tidak layak untuk menerima pelbagai rezeki itu kerana kita sering menjadi manusia yang tidak reti menghargai pemberian..
Sering lalai dari mengingatiNya..
Namun, Dia tetap memberi..
Kerana Dia Maha Pemurah, Maha Penyayang..Maha Pengampun..

Mudah benar kita berburuk sangka kepadaNya apabila ditimpa ujian..
Mudah benar kita melatah apabila ditimpa musibah..

Allah..
Bukankah Dia telah berfirman:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Surah Al-Ankabut, 29: 2)

Allah..sampai hati kita berburuk sangka kepadaNya setelah pelbagai nikmat yang telah dikurniakanNya dan baru sekulimat ujian diberikanNya kepada kita..

Suka saya sebenarnya untuk kongsi sebuah doa yang saya dapat dari sebuah buku..Doa ini sebenarnya diselitkan pada ruangan Doa untuk Solat Sunat Tasbih...namun, saya rasa isi doa ini amat sesuai untuk dibacakan pada bila-bila masa..untuk perkongsian bersama..

"Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kami memohon taufik daripada-Mu
sepertimana mereka yang telah Engkau berikan petunjuk.
Dan jadikan amalan kami
sepertimana amalan ahli-ahli yakin.
Dan jadikan kami daripada golongan orang-orang yang menerima nasihat,
golongan orang yang bertaubat,
dan mempunyai keazaman sepertimana orang-orang yang sabar,
dan gementar kami sepertimana orang yang takut.
Kami juga memohon
sepertimana permohonan orang-orang yang suka kebaikan
dan beribadat sepertimana beribadat orang-orang yang warak.
Dan jadikanlah pengetahuan kami ini
sepertimana pengetahuan orang-orang yang berilmu.
Dan masukkanlah kami
ke dalam golongan orang-orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah!
Kami memohon kepadaMu,
jadikanlah kami terdiri daripada
orang-orang yang takut kepada perbuatan maksiat
sehingga kami sentiasa mentaati dan beramal dengan perintahMu
sepertimana amalan orang-orang yang mendapat keredhaan Mu.
Kami juga memohon
agar kami ini terdiri daripada
orang-orang yang ikhlas
dan bertawakal kepadaMu dalam setiap perkara.
Dan kami memohon supaya menjadi
orang yang BAIK SANGKA terhadap Engkau.
Maha Suci Engkau sebagai Pencipta"

Amin..


Thursday, August 26, 2010

Dia sedang menyucikan diri mu, sabarlah..

Sering kali, kita berasa kagum dengan kehebatan para pejuang agama Allah,
mereka ditangkap merengkok dalam penjara, dek kerana penulisan mereka yang mengancam kuasa pemerintah,
mereka di asingkan dari anak dan isteri kerana lantang berbicara,
malah mereka di hujani peluru apache kerana pengaruh mereka yang menggugat,
sehingga shayid merangkul nyawa mereka

Tak heranlah masyarakat memandang mereka ini sebagai pejuang bangsa, pejuang agama, hebatnya mereka, kuat nya mereka, tabah nya mereka, tingginya ujian mereka.

Jom, kita lihat sirah para nabi, mereka di uji dengan mehnah dalam perjuangan mereka, dilemparkan kata cerca, di pulau masyarakat, dan sebagainya..

namun buat Si Ayub yang taat, lain pula ujiannya, dia di uji dengan isterinya, dan anak anaknya.
jika sekali pandang tak nampak apa kaitan ujian tersebut dengan perjuangan SI Ayub dalam membawa risalah agama, namun ujian sedemikian sangat halus dan memelurkan sabar yang sangat tinggi. Ujian buat nya bukan terus direct, namun lebih halus.

Nahh lihat balik kehidupan kita, kadang kadang dalam mendepani masalah kehidupan, study umpamanya, kerap kita diuji dengan masalah berupa...tidak memahami apa yang di pelajari, dan tidak boleh fokus dalam menelaah dan mengulangkaji, akhirnya kita gagal dalam peperiksaan.

Namun, ada juga masa masa yang kita diuji dengan rasa jiwa, masalah jiwa dan hati yang menjauhkan kita dari belajar. Ia bukan direct tetapi lebih halus. Mungkin masalah luar lain yang menganggu, masalah keluarga, masalah kawan, masalah tempat, dan apa yang beratnya ialah, hati gusar yang tidak tenang. itu masalahnya. Namun, masalah ini tetap memberi kesan kepada pembelajaran kita.

Itulah nabi Ayub, dia berdepan masalah yang masyarakat tak nampak mehnah dan tribulasinya dalam perjuangannya membawa risalah, Si Ayub yang sepatutnya menjadi role mode kepada masyarakat, kalah dalam mendidik anak dan isteri, dan itulah ujian besar buat si Ayub, kerana itu dia gelar Nabi Ulul Azmi, dugaannya besar dan hebat.


Wahai sahabat sekalian, ketika berdepan apa jua masalah, kadang kadang apa yang di hadapi terlalu sulit untuk didiagnosis, sehingga mungkin kita menyelak lembaran sirah, mana tahu ada kisah kisah sirah yang punya masalah serupa masalah kita, kurang kurangnya ada juga iktibar dapat kita ambil sebagai contoh untuk mendepani masalah kita. Namun masalah masalah itu terlalu sulit, tak tahu apa punca nya, namun hati kita resah, gelisah, perasaan sedih datang tanpa diundang, sangat kerap.

Arrrrgghhhhh!!!

Wahai jiwa yang resah dan gelisah, sabar, sabar dan sabar
semua yang berlaku di bawah pengetahuan Allah,
dia tahu apa yang sedang kamu rasa, semua isi hatimu dalam pengetahuanNya.
sabar dan sabar nescaya ada dosa yang sedang gugur lantaran dek kesakitan yang di rasa,
dia sedang menyucikan mu,
dia sedang mendidikmu, untuk mendepani masalah yang lebih besar bakal kau harungi dalam kehidupanmu kelak.

Setelah kamu melepasi tahap ujian ujian yang Allah bekalkan untuk mu, satu darjat akan diangkat, satu kebaikan diberi, dan dosa akan di hapuskan.

semoga kita beroleh jiwa yang tenang dan ketakwaan kita kepada Allah akan menebal...

Ramadhan Kareeem. Bertaubatlah, minta semua dosa diampunkan di bulan yang mulia, kerana mati itu pasti dan berlaku bila bila.

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam surga-Ku” (QS Al-Fajr [89]:27-30)

p/s: ayuh bertaddarus, cemas....ramadhan bakal berakhir....!!
bukan niat penulis mengecil ngecilkan perjuangan para shuhada yang diberi ujian direct, mereka sangat HEBAT bukan semua orang mampu di uji demikian. Allah menguji mu selayaknya...

Wednesday, July 21, 2010

Jika ada sesuatu yang tidak kena... janganlah bertangguh, segeralah muhasabah diri terhadap bonda

"dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: 'Wahai tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikki semasa kecil" (al isra' :24)

Biar kejam seorang bapa,
biar cuai seorang ibu
Mahupun busuk seorang bapa
biar kafir atau sundal sekalipun seorang ibu

bukan anak yang bertindak menghukum mereka. Segala dosa ibu bapa, kecuaian mereka dan serba-serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah terntang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap kita.

Namun bagi seorang anak, tugas kita adalah untuk tetap menghormati, menjaga kebajikan,memelihara dan memenuhi keperluan mereka tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan syariat.

"ibu bapa adalah pintu syurga paling tengah. Terserlah kepada kamu sama ada mahu mensia siakan pintu itu atau memeliharanya" (hadis riwayat Ahmad, At Tarmizi dan ibu Majah)

"tidak keterlaluan jika dikatakan, Jemaah Al Arqam dahulu hancur binasa cukup oleh tangisan mata dan retak hati ibu-ibu yang terluka di sepanjang liku perjuangan itu dulu. Jemaah yang ditimpa murka Allah kerana ramai yang hidup dalam murka bonda'


Jika hati resah, susah, telefon lah atau bercakap kepada ibu bapa kita, mungkin kita berdosa membiarkan mereka sunyi, minta ampun kepada mereka atas dosa yang pernah kita lakukan, nescaya SAKINAH (ketenangan) itu pasti meresap ke dalam diri.,
- ekperimen dibuktikan berjaya!





"bertapa ramai manusia yang hati mereka bahagia dan gembira hari ini adalah kerana hubungan baik mereka dengan ibu dan bapa mereka, kerana dari situ KASIH SYANG ALLAH datang bersama"

maafkan anakanda mu ini emak dan ayah.. T_T

*ihsan dari buku bercinta sampai ke syurga 2-ust . hasrizal jamil

Thursday, July 1, 2010

adik

adik,
cemburu kakak padamu
kau telah bertemu tuhan dahulu daripada kakak

adik,
cemburu kakak pada mu
bila kakak dengar makcik2 bercerita bagaimana kamu di akhir hidupmu
cemburu kakak pada mu bila ibu tenang meredhakan pemergianmu
katanya kau anugerah terbesar kurniaan Allah padanya
cemburu kakak pada mu bila ayah kerap membicarakan manis nya kenangan dia bersama mu

tapi adik,
kakak cukup tenang mendengar semua itu
kakak cukup gembira bila kakak pernah tahu
kakak punya adik seperti kamu.

adik,
semoga kakak ini sentiasa beringat akan kematian
semoga kematian adik menjadi iktibar dan peringatan terbesar buat kita sekeluarga
buat kakak, buat ayah, ibu dan kawan2 adik
semoga kakak tidak lagi melengah lengahkan waktu yang kakak ada
kakak perlu habis kan masa kakak hanya untuk Allah

kerana mungkin esok..kakak bakal mengikutimu

adik, tunggu kakak di sana. kenangan bersama dengan adik tak mungkin kakak lupa, kakak ingin sekali lagi berjumpa adik

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

”Jika seorang hamba Allah kematian anak,
Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku?
Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?”
Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”
Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”.
Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...