Social Icons

Thursday, April 14, 2011

DUNIA ISLAM KINI

DUNIA ISLAM KINI
Dunia islam kini adalah realita yang kita lihat bersama
Kemiskinan,kebodohan,perpecahan dan peperangan
Dunia islam kini adalah penghancuran secara sistimatis
Ketergantungan ekonomi, serbuan budaya dan tekanan politik
Dunia islam kini adalah Negara jajahan diabad moden
Jeratan hutang, eksploitasi sumber alam dan perampasan 
Dunia islam kini adalah kezaliman yang terus menerus
dan penindasan tiada henti
pemboikotan ekonomi dan pembunuhan massa
dunia islam kini adalah persekongkolan jahat internasional
PBB, Amrika, Eropa dan munafiqin baru
Dunia islam kini adalah permusuhan dan kebencian
Yahudi yang bengis dan Nasrani yang sadis
Dunia islam kini adalah korban kerendahan budaya
Anak muda yang gila pesta, orangtua yang rakus harta
Dunia islam kini adalah orang sakit yang terbaring menunggu ajal
Negara kecil ditindas
Negara besar diperas dan dibonekakan
Dunia islam kini adalah keterbelakangan
Umatnya yang bodoh dan ulamanya yang lemah
Dunia islamkini adalah negeri luas yang terkoyak
Dunia islamkini adalah Negri-negri kaya yang korup
Dunia islamkini adalah negri2 miskinyang papa
Dunia islamkini adalah umat yang lemah tak berdaya
Dunia islamkini adalah keputusasaan dan penantian hampa
Dunia islamkini adalah kesedihan yang berkepanjangan, nestapa dan duka lara
Dunia islamkini adalah kemiskinan.kebodohan, perpecahan dan pewrmusuhan
Dunia islamkini adalah air mata yang terus mengalir membasashi pelosok negri
Dunia islamkini adalah air mata selalu mengalir membasahi pelosok negri
Dunia islamkini adalah darah yang selalu tertumpah, tinggalkan luka-luka menganga merah bernanah
Dunia islamkini adalah tangisan anak-anak yatim, jeritan orang kelaparan dan teriakan orang2 yang kecewa
Dunia islamkini adalah realiti pahit yang jelas di depan mata..
Sebenarnya…
Dunia islam kini adalah hamparan yang sangat luasnya
Dari Maroko sampai Maroke. Dari Kairo sampai ke Moro
Dunia islam kini adalah kekuatan yang sangat besarnya
Semillion penduduknya, luas wilayah dan kekayaan alamnya
Gugus pegunungan dan hamparan laut yang tak terbatas
Hutan-hutan, sabana dan gurun pasir yang panas
Dunia islamkini adalah optimisme yang tak akan pupus, harapan yang tak boleh terhapus
Dunia islamkini adalah negri yang penuh dengan cita-cita mulia, semangat yang menggelora
Kesadaran orangtuanya. Keteguhan para pemudanya. Dan keikhlasan ulama-ulamannya
Kemuliaan para wanitanya dan kelembutan para ibu-ibunya.
Sungguh, itu adalah modal tak terkira
Tak terganti dengan berapapun harga
Dunia islam esok adalah cahaya yang menerangi dunia yang gulita
Dunia islam esok adalah kedamaian yang akan memenuhi semesta
Dunia islam esok adalah keadilan yang merata untuk yang kaya juga yang papa
Dunia islam esok adalah ilmu, peradaban dan kemanusiaan
Dunia islam esok adalah kekuatan baru yang takan tergoyahkan.
Dunia islam esok adalah mimpi indah yang akan kau wujudkan…!
DF
Depok 13/11/2002

Sunday, April 10, 2011

Israel terus mengganas




GAZA: Empat lagi penduduk Palestin terbunuh dan kira-kira enam yang lain cedera apabila tentera Israel meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza semalam, hari ketiga berturut-turut.
Sementara itu, pejuang Palestin bertindak balas dengan melancarkan serangan roket terhadap wilayah selatan Israel, menyebabkan lima penduduk Yahudi cedera.



Sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin, termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun terbunuh sejak Israel melancarkan serangan Khamis lalu dan 36 sejak sengketa terbaru bermula 20 Mac lalu.

Israel mendakawa serangan terbaru itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas sebuah bas sekolah oleh pejuang Palestin. Serangan rejim Zionis itu pada awal pagi semalam turut membunuh seorang pegawai kanan Hamas dan dua pengawal peribadinya. Mereka terbunuh serta-merta apabila kereta yang mereka naiki menjadi sasaran pesawat pengebom Israel.






Lima lagi penduduk Palestin cedera dalam serangan kedua di utara Gaza dan serangan ketiga membunuh seorang penduduk dan mencederakan seorang lagi.


Dalam keganasan kelmarin, sembilan penduduk Palestin terbunuh, termasuk seorang lelaki tua dan dua wanita apabila rumah mereka di Khan Younis dibom.
Serangan itu turut mencederakan tiga wanita, menurut sumber pasukan perubatan Palestin.


Israel berkata, serangan yang dilakukan itu hanya mensasarkan pejuang Palestin. - AP





Saturday, April 9, 2011

Terimalah Nikmat yang ada dan manfaatkanlah





Nikmatilah air yang dikurniakan Allah Subhanahu wa Ta'ala

Dengan meminumnya, berwudhu' dan mandi dengannya.

Berselendanglah dengan matahari
untuk memanaskan badan dan memperoleh cahayanya.

Mandilah dengan cahaya bulan
untuk memperolehi keindahan dan kenyamanannya.

Petiklah buah-buahan , teguklah air dari sungai-sungai, pandangilah lautan, berjalanlah di gurun pasir,
dan bersyukurlah kepada Allah. Manfaatkalah anugerah yang telah diberikanNya kepada anda, dan jangan sekali-kali mengingkariNya.


Firman Allah swt;
16:83
Maksudnya:
Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang kafir (al-nahl: 83)

semoga kita tergolong bersama hamba-hambaNya yang sentiasa besyukur dengan apa jua bentuk nikmat yang diberi. Ujian juga adalah nikmat. Kerana ia membawa kita lebih dekat kepadaNya, membuat kita merasa hidup ini lebih bermakna  dan ia membuat kita lebih dewasa.

Sebelum engkau melihat duri yang terdapat di dalam bunga, perhatikanlah keindahannya terlebih dahulu. Sebelum anda mengeluh kerana disengat cahaya matahari, nikmatilah keindahan cahayanya. Sebelum anda menyesali kegelapan malam, ingatlah keteduhan dan ketenangannya. 

Oleh itu, ambillah semua nikmat yang ada dan terimalah ia dengan penerimaan yang baik, lalu bersyukurlah kepada Allah atas nikmat tersebut.

sumber: Jangan Bersedih, Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni



Wednesday, March 2, 2011

Formula Solat Sempurna

بسم الله الرحمن الرحيم 

Betul ke cara kita solat?
Kata, dari umur 7 tahun solat..tak kan la salah pulak?

Hmm..
Allah ada sebut ke dalam Quran cara-cara nak solat?
Nabi Muhammad SAW ada ajar ke macam mana nak solat?

Adeyh..
Kita jadi pak turut je ke selama ini dalam ibadah?
Apa orang buat, kita buat..
Apa orang tak buat, kita tak buat..
Betul ke kaedah belajar solat macam ini?


Jeng..jeng..jeng..
Memperkenalkan buku yang mampu membantu anda memperbaiki kesempurnaan solat anda, insya Allah..
FORMULA SOLAT SEMPURNA!!

cover buku solat
'Cover' buku lama.. 


'Cover' buku baru
~Jom kita sama-sama semak & muhasabah kesempurnaan solat kita~

Wallahua'lam..

Thursday, February 10, 2011

If Only You Know HIm

Far away in Arabia,
Born a son to Amina
became a messenger to Allah
revealed islam to the whole Arabia

we enjoy the fruit of islam today
how many many sufferings he had that day
to establish the believers for any day
every corner there are believers today.

however, do we pay any attention to read the pains of our prophet
tortures of Abu Lahab while our prophet was commencing prayers
Abu Lahab invited some one to bring a guts of a ccamel and put
put the back of our prophet who was in prayer
some one responded to his order and tortured our prophet
our prophet was in prostration
could not lift his head in that situation
till his daughter fatimah came to change its position

we need to love our lord and his messenger first
How on earth we are going to love our prophet
without knowing the sufferings he had for his ummah
atleast read once in your life, life of our prophet who showed us the path of jennah.


p.s JOM BANYAKKAN SELAWAT !!!

Thursday, January 27, 2011

Watch out of the choice of your words!

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقُولُواْ رَٲعِنَا وَقُولُواْ ٱنظُرۡنَا وَٱسۡمَعُواْ‌ۗ
وَلِلۡڪَـٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬- ١٠٤

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "Raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "Unzurna" dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya) dan (ingatlah bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (2: 104)

Raaina - boleh kah tolong ulang semua perkataan tersebut?/ boleh tak beri kami masa sekejap?

bermakna, ketika Baginda Rasulullah sedang menyampaikan sesuatu, ada sebahagia daripada jemaah yang tak menumpukan perhatian, dan mahu baginda s.a.w mengulang perkataan baginda.

Namun begitu, Yahudi pada ketika itu suka memanjangkan "iii", menjadikan ra'ina kepada "raaaiiiiiina" yang membawa maksud pengembala. -bagi tujuan merendahkan martabat dan memperbodohkan baginda Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, Allah swt. telah berfirman, supaya digantikan penggunakan perkataan Ra'ina kepada Unzurna.
yang mempunyai sama maksud dengan ra'ina,

unzurna bererti-tolong tunggu kami, atau tolong beri perhatian kepada kami

MasyaAllah, lihat bertapa sekecil kecil perkara seperti itu juga ada difirmankan oleh Allah di dalam Al Quran.

Di dalam sehari harian kita, kita kadangkala sedar bahawa ada beberapa perkataan yang kita guna, boleh menyakiti hati manusia lain. Jadi, jika kita orang yang beriman, maka elakkan perkataan itu dan ganti dengan perkataan lain yang sama maksud tetapi tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang sedang bercakap dengan kita.


Jom kita refleks perkataan apa yang lebih baik kita guna berbanding sesetengah perkataan lain.
Dan ingatlah, peringatan daripada AlQuran itu tidak pernah sia-sia dan ia pasti ada fungsi yang besar dalam memurnikan kehidupan kita sekaligus untuk kita mencapai redhaNya, inshaAllah.

Allahu'alam .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...