Social Icons

Sunday, May 15, 2011

Jumaat dan Dosa Jual Beli

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Apa khabar? harap2nya semua sihat, fizikal,mental, dan paling penting spiritual. =)


Saya nak kongsi sikit satu artikel dari ustaz Zaharuddin. Actually dah lama dah nak share, tapi tak berkesempatan. so hari ni insyaAllah kita tambah ilmu dan sebarkan ye. (Walaupun hari ni bukan hari Jumaat, tapi takpe, nanti hari Jumaat, ingat ye pasal benda ni, dan ingatkan yang lain juga, especially ayah, adik beradik lelaki, suami dan sahabat2 muslimin kita )

Tahukah sahabat2 sekalian, jual beli pada waktu selepas azan pada hari Jumaat adalah haram? 

Asas kepada hukum ini adalah berdasarkan surah al Jumu'ah ayat 9:


﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْاْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُواْ الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ﴾



 " Hai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah  dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"



atas wanita pun haram ke?
Tidak..
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Jadi, setiap urus niaga antara wanita dgn wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan  pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Ia adalah keharusan yang disepakati ole ke empat empat mazhab terbesar dalam fiqah Islam. 
Begitu juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat Jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir, dan sebagainya..
Jadi, perbincangan hukum ini hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua duanya sekali yang sihat, baligh, dan tidak bermusafir..



Ok, kalau macam tu, untuk ayah, abang, adik lelaki, suami, dan sahabat2 lelaki kita.. haramnya jual beli tu jatuh selepas azan pertama atau kedua?
Dalam hal ini,ulama' berbeza ijtihad dlm menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat pada zaman Nabi Saw, Abu Bakar as Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. 
Pada Zaman Khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan ini, para ulama' perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tidak berlaku lagi jual beli selepasnya. 


Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas menyatakan bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu ketika khatib sudah naik ke atas mimbar. Ia juga bertepatan dengan suasana ketika turunnya ayat alQuran ini pada masa hayat baginda Nabi Saw. Imam at Tohawi al hanafi menegaskan: " Azan yang terpakai adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat pada zaman Baginda saw." (Mukhtasar al Tohawi, hlm 24)


Namun demikian, ulama mazhab Hanafi mempunyai pelbagai pandangan, majoriti berijtihad bahawa jual beli selepas azan kedua 'pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka juga berpendapat pengharaman bermula sejak daripada azan pertama lagi  (azan masuk waktu) atau selepas gelincirnya matahari pada hari tersebut.


Ini bermakna mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini, dan 
keempat-empat mazhab sepakat berjual beli selepas azan kedua adalah haram. 
Imam ibn kathir as Syafi'i menyebut: " para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jual beli selepas azan kedua" (tafsir ibn kathir, 4/367)




Kalau begitu.. berdosa sahaja atau akad pun terbatal?
Jika akad tidak sah, maka pemilikan harga yang diperoleh peniaga adalah batal , demikian juga pemilikan barang oleh pembeli..bererti, kedua2 mereka menggunakan harta milik orang lain, dan berterusan keadaan dalam penuh syubhah dan bermasalah.

Dalam hal ini, ulama berbeza pendapat.
1) Akad adalah sah, tetapi DOSA ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah Ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafi'i dan sebahagian Maliki.

2) Akad batal dan berdosa. Ini pendapat mazhab hanbali dan majoriti Maliki.

namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh.kerana rukun dan syarat jual beli telah dipenuhi cuma waktu jualan sahaja yang haram. maka atas kesalahan itu, DOSA ditanggung tanpa membatalkan akad.


Jadi, kesimpulannya..jual beli pada hari Jumaat itu hukumnya haram apabila:
1) dilakukan selepas azan kedua, sewaktu imam berada di atas mimbar.
2) dilakukan oleh lelaki (sama ada peniaga atau pembeli) yang wajib solat Jumaat


Jadi, sahabat2 sekalian, marilah kita sama2 menyebarkan berkenaan perkara ini.. rasanya rata2 umat Islam memandang remeh akan hal ini..dan boleh jadi tidak mengetahui akan hal ini..
Marilah kita menghindari DOSA jual beli pada hari Jumaat..


Rujukan: SOLUSI isu 15, artikel oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Wednesday, May 11, 2011

Cheetah: Memburu Untuk Makan, Bukan Membunuh


2Cheetah memburu mangsa hanya ketika lapar dan untuk makan. Selepas memburu dan makan ia perlu berehat. Tenaga mengejar mangsa perlu dipulihkan. Untuk buruan yang sukar, mungkin ia berehat lebih setengah jam. Ia segera makan daging buruannya. Ia tidak makan bangkai. Ia tidak makan kulit, isi perut dan tulang. Ia memberatkan badannya untuk memburu. Gambar-gambar di bawah menunjukkan cheetah yang tidak membaham anak antelop, bahkan menjilat lehernya. Binatang tiada akal, tetapi ada fitrah kehidupan yang Allah jadikan untuknya. Sebuas-buas binatang liar dan secekap-cekap seekor cheetah memburu mangsa, ada masa untuk berehat dari mangsa.
Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Ada akal. Ada agama yang menjadi petunjuk. Namun nafsu serakah menjadikan manusia lebih buas dari binatang cheetah-menerkam dan membunuh tanpa mengira ketika lapar, kenyang atau terlau kenyang. Bagi manusia beriman, cara makan cheetah boleh menjadi pengajaran kepadanya. Tapi bagi manusia rakus membaham harta syarikat, negara dan rakyat, memfitnah, merasuah dan menerima rasuah, lebih dahsyat dari seekor binatang buas!
(Bergambar): The Law Of The Wild says kill only when you are hungry
Photographer Michel Denis-Huot, who captured these amazing pictures on safari in Kenya ’s Masai Mara in October last year, said he was astounded by what he saw:
“These three brothers (cheetahs) have been living together since they left their mother at about 18 months old,’ he said. 
‘On the morning we saw them, they seemed not to be hungry, walking quickly but stopping sometimes to play together.
 
‘At one point, they met a group of impala who ran away. But one youngster was not quick enough and the brothers caught it easily’.”
These extraordinary scenes followed:
1
2
3
4
Sungguh, pada kejadian langit dan bumi itu dan isinya ada pengajaran buat ummat yang ada hati lalu menggunakannya,yang ada mata lalu melihat dengannya tanda-tanda kebesaran ALLAH,yang punyai telinga lalu mendengar kalimat-kalimatNYA dan mengambil peringatan-peringatan buat persediaan untuk hari besar yang akan menjelang tiba....semoga menjadi manusia yang mulia hatinya..~


.

bermanfaat atau tidak?

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tak berfaedah baginya. 

Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain lain sedemikian


Antara pengajaran hadis ini termasuklah bagaimana seorang mukmin itu dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia melakukan perkara-berkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah baginya.


Perkara yang tidak mendatangkan faedah atau tak bermanfaat ini, tidak semestinya terletak pada benda-benda yang haram sahaja, malah kita harus sedar tentang benda-benda kecil yang kita lakukan.
Ada yang melaghakan, seperti berhibur secara berlebihan. Sebagai contoh di Youtube, berapakali kita tewas dengan menekan suggested videos yang dihidangkan untuk kita? Lepas satu video, ke video yang lain, dan sedar tak sedar, dua jam telah berlalu. Aduh~
Oooh, di Facebook, jejari menekan butang tetikus untuk melihat si fulan dan si fulan dan lain-lain. Kata Melayunya, jaga tepi kain orang. Mungkin apa yang bermula sebagai keprihatinan berevolusi menjadi si busybody. Astargfirullah~


Benar, untuk tidak gunakan teknologi yang ada, ibarat satu kerugian. Namun begitu, setiap sesuatu itu ada batasnya. ;) Majukan pemikiran kita, seiring dengan kemajuan teknologi. Jadikan ia platform untuk kita berjaya, bukan untuk kita jatuh kecundang. Ana yakin, kita semua punya kapasiti untuk melakukannya.


Sekiranya semua umat Islam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti. Biarlah kata-kata ungkapan IHAB, "kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada pada kita" berpatutan dengan tindak-tanduk kita. Kalau kewajipan bagi kita adalah untuk melakukan perbuatan sia-sia, tak ke sedih bunyinya?


Akhir kata, penulisan ini, pertamanya untuk ingatkan ana sendiri, untuk nilai semula dan sentiasa berfikir sebelum bertindak.


Bisikkan dalam jantung masing-masing: 
"Adakah tindakan aku ini, akan jadi manfaat atau tidak?" 


Sekian, salam alaykum wbt.


Rujukan: Syarah Hadis 40 Imam Nawawi

Saturday, April 30, 2011

Menderma darah

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua :D

InsyaAllah, saya harini nak berkongsi sedikit berkenaan bab menderma darah.
Rasanya, ramai yang sedia maklum mengenai hukum menderma darah, iaitu sunat. Maka post ini akan memberi sedikit sebanyak input, bagaimana pandangan ulama' dan beberapa counter argument (hujah balas) ke atas isu ini, InsyaAllah :)

1) Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Beliau melihat menderma darah ini merupakan satu cara bersedekah yg cukup utama. Ini disebabkan disamping memberi, keperluan darah dikala kritikal membantu pesakit dan dapat menyelamatkan nyawa.

Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. (QS. AL-Maidah: 32)

Siapa yang membebaskan seorang muslim dari bebannya di dunia, maka Allah akan membebaskannya dari bebannya di hari kiamat. (HR Bukhari dan Muslim)

2) Syeikh Husamuddin bin Musa 'Ufanah

Ulama' yg berasal dari Palestin ini melihat menderma darah itu sangat penting hingga sampai ke tahap fardu kifayah. Namun, beliau menolak konsep menjual beli darah (dan juga organ)

3) Syaikh Zaid Bin Muhammad Al-Madkholi

Beliau berpandangan selagi mana ia tidak menimbulkan kemudharatan pada diri si penderma, ia bukan perkara yang dilarang, malah mendapat pahala.

“Barangsiapa yang beramal dengan sebiji debu kebaikan maka dia akan melihatnya, dan barangsiapa yang beramal dengan sebiji debu kejelekan maka dia akan melihatnya” (QS. Az Zalzalah: 7-8)

Namun, beliau menentang sebarang penjualan darah dan meletakkan hukum haram dalam penggunaan duit yg diperoleh dala urusan jual beli darah.

Derma darah dan mahram

Mengikut perbincangan ulama', sesetengah daripada mereka bersepakat berkenaan konsep mahram itu jatuh pada 3 perkara sahaja; nasab (keturunan), mushaharah (pernikahan) dan radhaah (penyusuan). Maka pandangan yang mengatakan si penerima darah bertukar menjadi muhrim kepada yang menderma ditolak sama sekali. Ringkasan syarahan mengapa tidak disamakan derma darah dan penyusuan ibu adalah disebabkan darah dianggap sebagai medium pengantara di dalam sistem badan manusia (nutrient, oksigen dll.); berlainan dengan susu ibu yang menjadi darah daging kepada si peminumnya.


Allahu a'lam


Wednesday, April 27, 2011

Then Let man look at his food.


فلينظر الانسان الى طعامه
Then Let man look at his food.
Quran 80:24



CARROTS EYES
CARROT – EYES

SLICE a carrot and it looks just like an eye, right down to the pattern of the iris. Its a clear clue to the importance this everyday veg has for vision. Carrots get their orange colour from a plant chemical called betacarotene, which reduces the risk of developing cataracts. The chemical also protects against macular degeneration an age-related sight problem that affects one in four over-65s. It is the most common cause of blindness in Britain. But popping a betacarotene pill doesnt have the same effect, say scientists at Johns Hopkins Hospital in Baltimore

WALNUT BRAIN

THE gnarled folds of a walnut mimic the appearance of a human brain – and provide a clue to the benefits. Walnuts are the only nuts which contain significant amounts of omega-3 fatty acids. They may also help head off dementia. AnAmerican study found that walnut extract broke down the protein-based plaques associated with Alzheimers disease. Researchers at Tufts University in Boston found walnuts reversed some signs of brain ageing in rats. Dr James Joseph, who headed the study, said walnuts also appear to enhance signalling within the brain and encourage new messaging links between brain cells.

TOMATO HEART

A TOMATO is red and usually has four chambers, just like our heart. Tomatoes are also a great source of lycopene, a plant chemical that reduces the risk of heart disease and several cancers. The Womens Health Study ” an American research programme which tracks the health of 40,000 women ” found women with the highest blood levels of lycopene had 30 per cent less heart disease than women who had very little lycopene. Lab experiments have also shown that lycopene helps counter the effect of unhealthy LDL cholesterol. One Canadian study, published in the journal Experimental Biology and Medicine, said there was œconvincing vidence that lycopene prevented coronary heart disease.

GRAPES LUNGS

OUR lungs are made up of branches of ever-smaller airways that finish up with tiny bunches of tissue called alveoli. These structures, which resemble bunches of grapes, allow oxygen to pass from the lungs to the blood stream. One reason that very premature babies struggle to survive is that these alveoli do not begin to form until week 23 or 24 ofpregnancy. A diet high in fresh fruit, such as grapes, has been shown to reduce the risk of lung cancer and emphysema.Grape seeds also contain a chemical called proanthocyanidin, which appears to reduce the severity of asthma triggered by allergy.

CHEESE BONES

A nice ˜holey cheese, like Emmenthal, is not just good for your bones, it even resembles their internal structure. And like most cheeses, it is a rich source of calcium, a vital ingredient for strong bones and reducing the risk of osteoporosislater in life. Together with another mineral called phosphate, it provides the main strength in bones but also helps to ˜power muscles. Getting enough calcium in the diet during childhood is crucial for strong bones. A study at Columbia University in New York showed teens who increased calcium intake from 800mg a day to 1200mg equal to an extra two slices of cheddar – boosted their bone density by six per cent.

GINGER STOMACH

Root ginger, commonly sold in supermarkets, often looks just like the stomach. So its interesting that one of its biggest benefits is aiding digestion. The Chinese have been using it for over 2,000 years to calm the stomach and cure nausea, while it is also a popular remedy for motion sickness. But the benefits could go much further.
Tests on mice at theUniversity of Minnesota found injecting the chemical that gives ginger its flavour slowed down the growth rate of bowel tumours. GINGER STOMACH

BANANA (SMILE) DEPRESSION


Cheer yourself up and put a smile on your face by eating a banana. The popular fruit contains a protein called tryptophan. Once it has been digested, tryptophan then gets converted in a chemical neurotransmitter called serotonin. This is one of the most important mood-regulating chemicals in the brain and most anti-depressant drugs work by adjusting levels of serotonin production. Higher levels are associated with better moods.

MUSHROOM EAR

Slice a mushroom in half and it resembles the shape of the human ear. And guess what? Adding it to your cooking could actually improve your hearing. Thats because mushrooms are one of the few foods in our diet that contain vitamin D. This particular vitamin is important for healthy bones, even the tiny ones in the ear that transmit sound to the brain.

BEANSPROUTS - SPERM

The stir-fry favourite bears an uncanny resemblance to the images we see of ‘swimming’ sperm trying to fertilise an egg. And research from the US suggests they could play an important part in boosting male fertility. A study at theCleveland Clinic in Ohio showed that to make healthy sperm in large quantities, the body needs a good supply of vitamin C, a powerful antioxidant that protects cells against damage by harmful molecules called free radicals. Just half a cup of bean sprouts provides 16 per cent of the recommended daily allowance of vitamin C for a man. It’s not just dad but baby too who could benefit. Bean sprouts are packed with folate, a vitamin that prevents neural tube defects, where the baby is born with a damaged brain or spine.

BROCCOLI CANCER

Close-up, the tiny green tips on a broccoli head look like hundreds of cancer cells. Now scientists know this disease-busting veg can play a crucial role in preventing the disease. Last year, a team of researchers at the US National Cancer Institute found just a weekly serving of broccoli was enough to reduce the risk of prostate cancer by 45 per cent. In Britain, prostate cancer kills one man every hour.

by, dr.margoosh@yahoo.com

Monday, April 25, 2011

ابن سینا Ibnu Sina Avicenna

Salamalaykum sahabat-sahabat sekalian..


Hidup perlukan inspirasi untuk menjadi yang terbaik. Tidak kisahlah apa yang kita ingin jadi, yang penting kita BERUSAHA menjadi yang TERBAIK. Terbaik dalam BIDANG yang kita CEBURI.


Berusahalah menjadi terbaik 
DOKTOR yang TERBAIK
DOKTOR GIGI yang TERBAIK
PILOT yang TERBAIK
PENIAGA yang TERBAIK
PENSYARAH yang TERBAIK
GURU yang TERBAIK
USTAZ yang TERBAIK
PELAJAR yang TERBAIK
dalam bidang kita masing-masing.


Kita mampu menjadi BAIK dalam semua bidang, namun MUSTAHIL kita menjadi TERBAIK dalam SEMUA bidang. Sesuatu yang BOLEH kita kecapi adalah untuk menjadi TERBAIK dalam BIDANG yang kita CEBURI.


NAMUN INGAT, tugas kita dua
1. Sebagai KHALIFAH (wakil Allah di muka bumi) - kita boleh pilih BIDANG apa kita nak FOKUS TANPA MENOLAK TEPI tanggungjawab KHALIFAH yang LAIN seperti tanggungjawab terhadap AGAMA (menegakkan hukum ALLAH), NEGARA, IBU BAPA, ANAK, SAHABAT, ANAK YATIM dan lain2 lagi yang menjadi tanggungjawab kita.
2. Sebagai HAMBA (Hamba Allah) - kita semua WAJIB menjadi hamba yang SOLEH/AH!! ia bukan satu bidang untuk dipilih-pilih.


Berbalik kepada berusaha menjadi yang terbaik. Hidup perlukan inspirasi untuk menjadi yang terbaik. Saya DEDIKASIKAN kisah INSAN yang BERJAYA menjadi yang TERBAIK dalam BIDANG PERUBATAN tanpa meninggalkan tanggungjawab2 yang lain sebagai KHALIFAH dan HAMBA kepada Allah.




Sekian, BERDOA, BERUSAHA, BERTAWAKKAL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...