Social Icons

Wednesday, August 17, 2011

Sedekah Memadam Dosa

“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.” (al-Bukhari dan Muslim) Huraian 1. Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk melipatgandakan amal kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi atau personal dan merupakan rahsia antara seorang manusia dengan Tuhannya.

2. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadatnya pada bulan Ramadhan sahaja. Tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik.

Sabda Rasulullah yang bermaksud :Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan.

Menurut Hadis Riwayat At-Tirmizi, “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.”

Terdapat banyak hadith yang berkata, “Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan amarah Allah dan menghindarkan diri dari kematian

dan ni dia tips bersedekah
Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud, “Jika menampakkan sedekah kamu ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikan kepada orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu dari kejahatan sendiri, Allah menyedari setiap apa yang kamu kerjakan.”

Wednesday, July 20, 2011

belangkas

daripada Ustazah Noraslina Jusin (isteri Ustaz Zaharuddin )
Muslimah-muslimah ini bukan dari golongan biasa-biasa.Mereka berpendidikan agama dan mengikuti tarbiyah serta bergaul bersama kelompok yang solehah, namun entah di mana silapnya mereka terjebak dalam hubungan terlarang. Cinta sonsang sesama sahabat perempuan!

Inilah antara persoalan yang menguasai minda saya tika ini. Mereka inginkan nasihat kerana berbicara soal hukum, mereka juga sudah sedia maklum. Ada sahabat2 yang mahu memberikan pandangan? Semoga keprihatinan kita terhadap golongan ini menambahkan iman kita dan mereka,menyelamatkan mereka dari terus hanyut seterusnya sebagai amal soleh yang menyelamatkan kita serta zuriat keturunan kita dari terjebak dalam dosa yang sama. Na'uzubillah min zaalik Ya Rabb.

Apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

(Tirmidzi dan Ibn Majah )
-
tanda-tanda mereka ini ialah:
1) terlalu berdua dan sentiasa mengharapkan sahabat nya ini melebihi segalanya
2) ada bibit-bibit cemburu yang tidak syar'ie
apabila masyarakat dan sahabat sekeliling perasan akan perkara ini, ambil langkah berhati hati dan saling ingat mengingatkan mereka
kadang-kadang golongan ini tak pernah menduga licknya syaitan. pernah melihat perkara ini berkali kali, ayuh ingatkan mereka cinta yang utama mereka adalah Allah dan bukan manusia. tak hairanlah dalam buku virus-virus ukhwah, penulis meletakkan TERLALU CINTA sebagai virus ukhwah
dan satu lagi ialah peringatan mengenai perlu BERSEDERHANA dalam setiap tindak tanduk kita inshaAllah dapat menjadi perlindungan dari licknya syaitan yang di rejam 
ALHAMDULILLAH wa ASTAGHFIRULLAH Hal 'AZIM 
doa untuk mengelakkan dosa

Tuesday, July 12, 2011

kerana kita belum sebagus itu

Mata pakcik di depan ni seakan akan tersenyum, leka dia mendengar isterinya ber'celoteh'.
sesekali, dia terketawa, kedut-kedut di tepi matanya tak dapat menyembunyikan yang usianya sudah mencecah 70-an.Kekadang pula, kelihatan dia membuka mulut, memberi respon terhadap cerita isterinya.
 

"Jana Masaryka, Pristi Zatavska, Krimska", auto suara daripada sistem trem berbunyi.
Lantas aku lihat, dua pasangan tua ini berpegang tangan, erat sekali menuruni trem yang aku naiki.
kadang-kadang suasanaa dan perasaan bahagia antara pasangan, tak perlu diterang panjang lebar, cukup sekadar orang keliling yang memerhati membuat sangkaan.

 Kelihatan bahgia sungguh.
Bahagianya nampak, "Macam mana mereka begitu bahagia?" Mereka bukannya ada agama, dan mereka bukan kenal Nabi, untuk mereka cari panduan, cara hidup bahagia sampai ke tua.


Fikiran aku terus melayang, memikirkan nasib seorang lelaki non-muslim,aku kurang ingat nama beliau. Tapi dia dilahirkan cacat, tidak bebola mata, namun dia sungguh bahagia, malah dia punya banyak kepakaran. Dia mahir bermain bola keranjang, dan dikurniakan keluarga yang bahagia. dan pendek kata dia diberi segala-galanya yang dia perlu untuk bahagia kecuali penglihatannya.

 Lantas fikiran aku mengimbau kembali bukan sedikit perkara ini pernah aku lihat dalam hidupku.
Yang "belum kenal Allah" di lihat lebih berjaya berbanding "yang sudah mengaku kenal Allah'.
TING!! seoalah olah ada ketukan dikepala, patutlah..

Mereka ini memenuhi sunatullah. 
Mana taknya, mereka rajin,
merea mengkaji kemahiran-kemahiran keibubapaan supaya dapat melahirkan seorang anak yang paling berjaya di muka bumi.
Mana taknya, mereka bertungkus lumus mengkaji dan mempraktiskan selok belok perniagaan, untuk menjadi Jutawan Melenium baru
dalam bab diet makanan pula, mereka sanggup mengkaji setiap kandungan dalam buah, sayur, ikan dan kekacang, untuk memastikan makan terbaik untuk otak dan badan.

Adeii,, mana taknya, mereka juga tak putus asa membuat latih-latih tubi untuk memastikan mereka dapat 100% dalam peperiksaan.

Benar, matlamat mereka dunia. sebab itu kita lihat mereka sangat bertungkus lumus untuk kebahagiaan di dunia ini, namun. kita macam mana?
nak kata sedang membuat persediaan rapi untuk kenegeri akhirat hingga tak ter'layan' dunia ni? (uhuk, uhuk) ( _ _ ")


Kerana Tuhan kita ialah Tuhan seluruh Alam
Kerana Nabi kita Manusia sebaik baik manusia
Kerana cara hidup kita, cara hidup yang Tuhan gariskan,
dan kerana musuh kita itu Syaitan musuh Allah.

Ayuh lepaskan diri kita dari kemalasan, mahu tidur lebih, mahu rehat banyak, mahu makan banyak, semua tu boleh di 'claim' di syurga nanti.  

doa memohon dari sifat lemah dan malas, 


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَمِّ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا. 

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur. Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketaqwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaannya. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenal kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya.” (Riwayat Muslim no. 7081)


dan semoga Allah sentiasa memberkati masa kita, 
masa berkat itu bererti masa itu sedikit tapi cukup
penuhkan masa dengan yang BERFAEDAH
minimakan bual-bual kosong dan minimakan yang sia sia



“setiap inci di muka bumi ini adalah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga”
(Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi)
. 


penulis cuba menasihati diri penulis,
Alhamdulillah, wa astaghfirullah hal 'azim.







Sunday, July 10, 2011

Sampaikanlah kami ke bulan Ramdhan kali ini

Semalam entah kenapa, rasa susah sangat nak tidur. Pusing sini, pusing sana mencari posisi terbaik untuk tidur, dah setengah jam kepala melilau, mata terkatup namun di minda, macam-macam difikirkan, rasa macam dah kosong,  tapi perasaan nak tidur tu tak datang, datang. 
mulalah aku mengelamun, bila ku lihat, bilik gelap, hening, aku keseorangan, tentu di KUBUR lebih dashat, 

isk..iskk isk..
banyaknya dosa aku setahun ni,
 lantas kepala berpaling ke arah kalendar , "8 Syaaban", terus mengingatkan aku kepada bulan selepasnya,, RAMADHAN KAREEM
ALLAHu ALLAh, rindunya aku, kepada Ramadhan, bulan yang di dalamnya 
terdapat segala MAGHFIRAH yang keampuanan Allah maha Luas,
bulan yang di dalamnya segala pahala KEBAIKAN di gandakan,
bulan yang ketika itu syaitan di rantai dan di ikat,
dan bulan yang di dalamnya terdapat MALAM AL QADAR,

pendek kata, inilah bulan yang dapat aku gunakan untuk menyucikan diri ku yang Kotor, yang berdebu dosa ini,

Alhamdulillah, jika dipanjangkan umur lagi sebulan, bertemulah kita dengan ramadhan sekali lagi,

kalau persiapan raya ada yang mula sebulan awal, apakata Ramadhan kali ni, kita siap sedia awal,

biasakan membaca satu juzuk satu hari
biasakan solat awal waktu
dan biasakan diri berjaga malam
latih juga diri berpuasa isnin khamis,
agar badan tak terkejut, terutamanya yang tak dapat berpuasa di tanah air

hati kagum melihat pihak  Produktif muslim bersungguh-sungguh untuk memastikan Ramdhan kita kali ni lebih baik daripada ramadhan-ramdhan yang sebelumnya. Antara saranan pihak mereka juga,
 
  1. mencari jawapan bagi persoalan persoalan berkaitan puasa, (boleh kah terima suntikan ketika puasa?, bolehkan bersugi/menggosok gigi ketika puasa, dan banyak lagi persoalan lain) yuk! cari jom!
  2. menghadiri kuliah2 pre-ramadhan, supaya mood itu telah ada dalam diri kita

ingin berkongsi jadual productive muslim utk Ramadhan nanti  http://bit.ly/Plan_Ur_Ramadan

dan ini adalah buah tangan menjelang Ramadhan untuk para pembaca :) 

 
"ke arah ramadhan yang lebih produktif demi mengejar taqwa"

semoga aku dan kalian beroleh TAQWA yang akan menjadi bekalan kita setahun hadapan inshaALlah.
astaghfirullah hal 'azim

Wednesday, June 22, 2011

ISLAM, IMAN, IHSAN


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat2 
apa khabar?
moga sihat2 dan tenang2 aja =)

sahabat2 pernah dengar hadith 2 dari Imam Nawawi? 
jom kita dengar!

http://www.youtube.com/watch?v=i9-_skJHPG4

Seronokkan ada org bacakan hadith untuk kita? hehe..boleh search kat youtube, ada hadith2 lain juga.=)

Hadith ini adalah hadith ke2 mengikut susunan Imam Nawawi dalam kitab Syarah Hadith 40. Hadith ini amat besar kedudukannya sebab dia meranghkumkan semua tanggungjawab - amalan zahir dan batin. Semua ilmu syari'at dirujukkan padanya dan bercabang darinya.
Tahu tak sebab apa sahabat2? mesti boleh teka--> sebab hadith ni kan membicarakan tentang Islam, Iman dan Ihsan- Lengkap!

Jadi, apa pengajaran yang kita boleh ambil dari hadith ini?

1) Mengelokkan pakaian dan keterampilan
sangat elok untuk kita berpakaian bersih dan berwangi2 untuk masuk masjid dan hadiri majlis ilmu serta jaga adab terhadap alim ulama' - sebagaimana Jibril a.s telah megajarkan kita dalam hadith ini.
---> banyak antara kita selalu terlupa kan bab ni? pakai pakaian cantik utk keluar dengan kawan2 je. kalau pergi masjid, tak kisah pun ketrampilan diri! =.= (ni untuk lelaki esp, perempuan masih perlu berhati hati, bab berwangi2 ni ye)

2) Islam itu tertegak atas 5 rukun
- Syahadah, Solat, Zakat, Puasa dan Haji bagi yang berkemampuan.
--->  tanpa salah satu ni, maka lompong lah Islam kita.. yuk sahabat2, buat betul2 Solat kita, puasa kita, zakat kita, dan mari kita berusaha untuk dapat menunaikan Haji! \^.^/

3) Iman itu maksudnya membenarkan dengan hati tanpa berbelah bahagi
akan kewujudan Allah SWT, kewujudan malaikat, kitab2 suci, para rasul, membenarkan adanya hari Akhirat , dan membenarkan bahwa setiap yang bergerak di alam maya ini adalah dengan Taqdir Allah SWT.
---> kalau kita benar2 menyematkan Iman ini dalam hati, maka insyaAllah berjayalah kita dan selamat. Jika tidak (na'uzubillah) maka akan sesatlah dan rugi..

4)  Ihsan itu adalah Ikhlas dan Tekun
 yakni semata mata mengikhlaskan hati dalam beribadat kepada Allah SWT, beribadat seolah2 kita melihat Allah, jika tidak, maka yakin bahawa Allah melihat kita
---> kalau macam ni lah kita rasa dalam setiap ibadah kita, pasti khusyuk!pasti tenang dan damai jiwa disetiap kali ibadah.. dan pasti kita takkan berani melakukan maksiat dan perkara2 lagha..=.= 
yuk sahabat! mari berusaha ke arah IHSAN!!!!! tak susah pun~ senang2, senang2~

5) Hari Qiyamat dan tanda2nya..
sahabat2..kalau kita perhati hadith tersebut dan realiti kehidupan kita sekarang.. rasa tak sahabat2 bahawa Qiamat semakin menghampiri..? anak2 menderhaka kepada ibu bapa.. urusan2 dirujuk pada bukan ahlinya.. banyak bangunan2 pencakar langit yang dibina..pembaziran...
---> marilah sahabat2.. lazimi taubat kita kepada Allah SWT..
bila Qiyamat sudah dekat..janji kemenangan Islam juga sudah semakin dekat.. marilah kita bersama bertolong bantu berusaha ke arah menegakkan syari'at Allah di atas muka bumi ini!

6) Soalan mengenai Ilmu
a) seorang muslim itu hanya akan bertanya tentang perkara2 yang memanfaatkannya di dunia dan di akhirat dan meninggalkan soalan2 yang tidak berfaedah.
b) jika seseorang itu menghadiri majlis ilmu, dan dia merasakan peserta 2 majlis ilmu itu ada kemusykilan tentang sesuatu perkara tetapi tiada seorang pun yg bertanya tentangnya, maka hendaklah ia bertanya mengenainya walaupun ia mengetahui akan jawapan kepada persoalan tersebut, agar orang yang menyertai majlis itu memperoleh manfaat dari jawapan terhadap soalannya
c) barangsiapa yang ditanya mengenai sesuatu perkara, sedangkan dia tidak mengetahui akan jawapannya..maka hendaklah ia berkata 'Allahu a'lam' (Allah yang lebih mengetahui) maka yang demikian menunjukkan kewarakannya, ketaqwaanya dan ilmunya yang sebenarnya.

Inilah sedikit sebanyak kefahaman hadith yang boleh kita peroleh.
Moga setelah mendengar hadith ini, kita boleh beramal dengannya..insyaAllah..

Jaga diri kawan2
sampai jumpa lagi, insyaAllah..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...