Social Icons

Thursday, October 6, 2011

10 kemudaratan makan berlebihan

Menurut Imam al-Ghazali sifat kesederhanaan akan menjadikan kita akan berhati-hati dan menjaga dalam dua perkara yang dituntut, iaitu tidak terlibat dengan perkara yang haram dan syubhat, dan memelihara diri daripada berlebihan dalam perkara halal.

Bagi mencapai darjat takwa, antara anggota yang perlu dijaga ialah perut dengan tidak memakan makanan atau minuman secara berlebihan pada bulan puasa.

Imam al-Ghazali di dalam kitab Manhaj al-Abidin mengingatkan kita bahawa perut adalah anggota yang paling sukar dijaga sekalipun di kalangan ahli ibadat.

Justeru, beliau telah menyenaraikan 10 kemudaratan berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan;

Pertama: Hati menjadi keras
Makan banyak bukan sahaja menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam. Nabi Muhammad SAW bersabda mengumpamakan di dalam hadis baginda bahawa hati manusia akan mati dengan banyak makan dan minum sekalipun halal sebagaimana tanaman yang banyak disiram air.

Kedua: Menimbulkan fitnah kepada anggota badan
Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan mensia-siakan. Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.
Sebaliknya, apabila perut lapar semua anggota lain akan tenteram, tenang dan tidak bernafsu untuk melakukan perkara yang haram dan sia-sia. Anggota menjadi lemah, tidak cergas disebabkan oleh tiadanya ransangan makanan.

Ketiga: Melemahkan fikiran
Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang disimpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan. Abu Sulaiman Abdul Rahman Al-Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita.



Keempat: Mengurangkan ibadat
Perut yang berlebihan kenyang akan menjadi badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya. Orang yang berada dalam kekenyangan seumpama ditimpa penyakit lumpuh.

Kelima: Menghilangkan kemanisan beribadat
Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk agama Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah.
Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita mendapat kemanisan beribadat.

Keenam: Terdedah kepada perkara syubhat dan haram
Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam al-Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.
Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras, tanpa penat dan lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.

Ketujuh: Menyibukkan hati dan badan
Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediaannya sehinggalah selesai.
Imam al-Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadan, suasana pada siang harinya tenang.

Kelapan: Bebanan urusan akhirat
Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di akhirat.
Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak sekatan, tapisan yang akan dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan urusan untuk ke syurga.

Kesembilan: Kurangnya panjaran pahala di akhirat
Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan di dunia. Justeru, Allah akan memberi jaminan tidak sesekali akan mengurangkan kelazatan di akhirat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

Kesepuluh: Tertahan di Padang Mahsyar
Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu syahwat. Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah.


jadi, jom amalkan puasa sunat, isnin khamis, dan puasa pada tiga hari di setiap bulan hijrah, 13,14,15 


Monday, October 3, 2011

dinar emas

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama satu ketika dahulu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.


"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)

Tahukah anda? Antara cara termudah membuat pelaburan emas ialah dengan cara membeli dinar emas. Memandangkan dinar emas memang dijual di Malaysia, maka sangatlah beruntung jika membuat pelaburan

Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:

1. Dinar Emas Kelantan
2. Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn bhd.

apa itu dinar???apa bezanya dengan dirham???

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram manakala
1 dirham merujuk kepada syiling perak tulen (999.9) yang beratnya 2.975 gram



 Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)


sejarah pengenalan dinar emas dan perak
Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.
Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.



Kebaikan membeli dinar emas:
  1. Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  2. Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  3. Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
  4. Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.


Wednesday, September 28, 2011

Hujan itu Rahmat


Mogadishou, Somalia :Ibu negara Somalia serta beberapa buah bandar di Somalia pada hari jumaat yang lalu dibasahi hujan selepas solat khusus yang telah dianjurkan oleh Amal Qatar.

Hujan yang turun itu memberi nafas lega kepada penduduk Somalia yang telah menghadapi kemarau yang teruk akibat ketiadaan hujan selama empat musim berturut-turut.

Solat yang telah didirikan di dataran Trabenca, Mogadishou telah diimamkan oleh Sheikh Mohammad Hasan Al-Merreikhi, Imam Masjid Omar Bin Khattab di Doha, Qatar. Turut bersama penduduk tempatan mendirikan solat jemaah tersebut ialah CEO Amal Qatar, Yusuf bin Ahmed Al-Kuwari.

Hujan yang turun ketika solat sedang didirikan itu merupakan suatu peristiwa yang amat menggembirakan. "Berkat dan rahmat Ilahi bersama keimanan,kepercayaan dan kepatuhan kepada agama Islam:" kata Sheikh al-Merreikhi dalam khutbah yang singkat yang disampaikan selepas solat tersebut.

Amal Qatar turut menyeru umat Islam di seluruh dunia agar mendoakan kesejahteraan saudara se-Islam mereka di Somalia`. Antara umat Islam yang menyahut seruan tersebut ialah umat Islam di negara Indonesia, Mauritania, Qatar, Kuwait, Somalia, Malaysia, Bosnia, Kosovo, Mali, Australia Comoros, Sudan, Eropah, Albania, Burkina Faso, Niger, Pakistan, Bangladesh, Mauritania, Argentina, Brazil, Mexico, India, Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Kanada, China, Mesir dan Palestin.


Jadi berhati hati bila kita mengeluh tentang lecehnya hujan yang dapat membantutkan mobiliti kita.

Alhamdulillah atas segala nikmat

credit to We care for Islam blog.

Friday, September 16, 2011

cukuplah rungutan kamu itu.


" Ala, taknak bahagian dada ayam, keras la", si A merungut

"betul, aku pun tak suka dada, boring la makan dada, aku suka kepak", si B bersetuju dan menambah. 

********
di Sebuah kedai aiskrim termahsyur, 
" ish, patutnya aku ambil vanila tadi, strawberry ni manis sangat, tak elok utk kesihatan aku" kata si C yang tak suka makanan yang terlalu manis. 
"Ish, makcik tu letak sikit je kacang, patutnye bagi la lebih.." kata si D setelah merasakan topping aiskrimnya kurang memuaskan hatinya. 

AStaghfirullah hal 'azim, banyakkkkkkkkkkkk nya kita merungut dan kurangbersyukur atas segala nikmat. Di saat kita boleh memilih jenis nutrisi yang masuk ke badan kita, mereka hanya punya dua pilihan, untuk terus belapar atau menanti bantuan makanan. 

jom lihat gambar ini, dan bayangkan adik berdik atau saudara mara kita yang menghadapi ujian KEBULURAN ini. Moga Allah memberi MAKANAN lebih Baik, dan terbaik utk mereka nanti. inshaAllah. 


Aden Salaad, 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.

Mohammed Osman berumur 70 tahun di selatan Somalia.

Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan.

Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi.

Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011.

Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg.

Hassan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru sahaj meninggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.

Itulah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu pada 21 Julai 2011.

Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.

Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000 kem tersebut adalah antara yang terbesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah yang seramai 90,000 orang sahaja.

Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation.

Pelarian di selatan Somalia sedang menerima bantuan makanan di Mogadishu.

Kaum ibu diperiksa sama ada mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya.

Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad.

Para wanita meredah rebut pasir untuk mencari air.

Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian.


Keadaan haiwan ternakan di Somalia.

Pelarian Somalia, Kadija Ibrahim berumur 67 tahun duduk berehat di kem pelarian merenung jauh.

Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir.


Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk dijadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.

Nado Mahad Abdili sedang menyiapkan pondok untuk berteduh.

Tin makanan yang telah digunakan dari USA.
sumber foto: We Care For Islam blog. 

Untuk sahabat di  Malaysia, rasanya banyak no account untuk kita hulurkan bantuan. 
Untuk sahabat di CZECH REPUBLIK, kalau tak mahu duit 
kehilangan dengan bank charges, anda boleh berbuat demikian di nombor akaun ini. 7069 7069/0300 

Kita menyangka yang apa yang diderma itu telah hilang dari kita, tapi sebaliknya harta sedekah itulah merupakan 

bahagian kita di akhirat kita. 

Hulurkan tangan ringakan beban. semoga menjadi amalan 

Monday, August 29, 2011

Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia



Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek agama kerana agama Islam membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi akidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang di­takutinya kecuali Tuhan. Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur. Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak terbatas-batas bangsa, kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam berkembang di seluruh dunia. Antara asasnya ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sem­purna yang merangkumi roh, akal dan jasad.

Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan agama secara paksaan yang selama mi diamal­kan oleh pihak gereja telah diubah kepada cara diplomasi dan damai.

Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan. Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan se­takat menterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoe yang dihasilkan pada abad ke­ 18M.



Begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan, telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.

Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan pe­rang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali.

Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipe­lajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiqi.

Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sinaberjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah.



Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah.

Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-­karya beliau antaranya Liberab’ci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.



Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah ter­dapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat.Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.

Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuh­tumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan.

Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina kincir air dan kincir angin.



Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco ofCobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garlanddengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab.

Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sas­tera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Istilah-­istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan ba­nyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah al-Mas’udi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah.

Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan strategi peperangan pada zaman moden.

Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi ta­madun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?34ee04eea595c5e75ce67ec48c1e65a7

Friday, August 19, 2011

Mari Beramal


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabisetiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletakpada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakinhampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari,alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'anterlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita,bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakanpusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yangmencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletakpada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkanrezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orangyang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yangbersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas olehAllah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangihamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selaluberwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia yaAllah".

Ketujuh: Amalkanistighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kitaakan dijauhkan oleh Allah.
semoga kita ditetapkan hati untuk terus beramal dengan amalan yang istiqamah.


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?34ee04eea595c5e75ce67ec48c1e65a7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...