Social Icons

Thursday, January 5, 2012

check list peti ais/ tudung saji kita!!

bismillah,

tatkala membaca ruangan kesihatan, atau laporan kesihatan, hati risau memikirkan banyaknya penyakit yang menjadi punca kematian,

tatkala mendengar berita dari saudara-mara, hati tak keruan memikirkan banyaknya penyakit baru yang dulunya tak biasa kita dengar di negara kita,

tatkala menelaah pelajaran, baru ku sedar yang pemakanan merupakan faktor besar menyumbang semua penyakit-penyakit tersebut..
sebagai contoh,
seseorang boleh berusaha memanjangkan umur jika diserang penyakit Phenylketouria (tak biasa di Malaysia), sekirannya dia pandai jaga makan,
seseorang juga oleh memendekkan umur jika dia banyak 'makan' rokok!

dah nak buat macammana lagi.....!!! sebab, perkembangan tubuh badan kita ni sumber nutrisinya makanan.. 
hari hari kita bangun makan, dan berfikir tentang makanan serta selalu bercerita tentang makanan, 


kemuadian fikiran melayang memikirkan pemuda yang aku cukup kagum, dan rindu kepadanya...
itulah Muhamad bin Abdullah SAW

jom kita check list, groceries kita, makanan kita sehari hari... selain dapat pahala sunah. makanan ini juga membantu kita menjaga kesihatan diri. Sebenarnya byk lagi makanan sunah yang boleh menjadi ubat,

these are few of them :) selamat beramal


MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima 
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.

Allahua'lam 



Wednesday, December 21, 2011

Mahligai

(boleh klik tajuk ini untuk dengar lagu)

Empat perkara jika di amalkan 
Istimewa di syurga menanti 
Mahligai permai telah dijanjikan 
Sejahtera di syurga menanti 

Empat perkara jika di amalkan 
Istimewa di syurga menanti 
Mahligai permai telah dijanjikan 
Sejahtera di syurga menanti 

Yang pertama Laa Illahailallah 
Jadi pegangan setiap masa 
Yang kedua lafadz alhamdulillah 
Tiap kali di berkati Allah 

Empat perkara jika di amalkan 
Istimewa di syurga menanti 
Mahligai permai telah dijanjikan 
Sejahtera di syurga menanti 

Yang ketiga lafaz astagfirullah 
Bila bersalah pohon anmpun darinya 
Yang keempat Innalillahi wa inna illaihi rojiun 
Tiap kali musibah menimpa 

Empat perkara jika di amalkan 
Istimewa di syurga menanti 
Mahligai permai telah dijanjikan 
Sejahtera di syurga menanti 

Empat perkara jika di amalkan 
Istimewa di syurga menanti 
Mahligai permai telah dijanjikan 
Sejahtera di syurga menanti 

He... 

Empat perkara jika di amalkan 
Istimewa di syurga menanti 
Mahligai permai telah dijanjikan 
Sejahtera di syurga menanti 

Empat perkara jika di amalkan 
Istimewa di syurga menanti 
Mahligai permai telah dijanjikan 
Sejahtera di syurga menanti

Album : 
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Saturday, December 10, 2011

dengki?

dengki dengan pengaruh yang dia ada?
dengki kerana dia ada kereta BESAR  dari kita?
dengki kerana rumah dia tersegam indah? dengan dengan kekayaan yang jiran tetangga ada?
aduhh...sakitnya perasaan ini, berat-berat....

biasa lihat? biasa rasa? lebih buruk jika dengki itu diterjemahkan menjadi PERBUATAN MUNGKAR YANG MEROSAKKAN nikmat yang dikurniakan kepada orang lain.. 

jadi tidak hairanlah jika harini kita lihat manusia bertikam lidah cuba menjatuhkan pihak lawan, menjatuhkan maruah sesama manusia, bunuh membunuh, dan yang lebih menjijikkan bila manusia meminta tolong makhluk halus untuk tujuan merealisasikan sifat buruk dengkinya tadi.. seringkali juga mereka yang terus menerus berdengki ini akan selalu menampakkan kesombongan terhadap orang lain.


tingkatan dengki dibahagi kepada empat: 

1) Seseorang yang mengharapkan hilangnya nikmat dari orang lain, walaupun nikmat itu tidak dia dapati (seburuk buruk sifat dengki)

2) Seseorang yang mengharapkan hilangnya nikmat dari orang lain kerana menginginkan kenikmatan itu untuk dirinya. 

3) Seseorang yang ingin mendapatkan seperti yang dimiliki orang lain dan tidak mengharapkan kenikmatan itu hilang dari orang  itu. 
Akan tetapi apabila dia tidak dapat nikmat itu, maka dia mengharap kenikmatan itupun hilang dari orang itu agar tidak ada beza antara dia dengan orang lain.

4) Seorang yang ingin mendapatkan apa yang dimiliki oleh orang lain. Akan tetapi, apabila tidak mendapatkannya, maka dia tidak berharap nikmat itu hilang dari orang lain.

dan kategori terakhir ini...
adalah merupakan perbuatan tercela yang dimaafkan apabila kenikmatan itu berkaitan urusan dunia. 

Akan tetapi apabila berkaitan urusan akhirat, ia merupakan urusan yang disunnahkan




Jadi bagaimana melatih diri untuk tidak dengki??? 

Tiada ubat yang paling mujarab yang dapat merawat penyakit ini melainkan dengan ilmu dan amal (perbuatan yang bermanfaat) . Ilmu yang bermanfaat yang dimaksudkan ialah ilmu yang benar-benar membuat diri sedar, bahawa DENGKI dapat memberi mudharat kita di akhirat kelak. 

Di sisi lain, disini saya kongsikan satu lagi kaedah menarik bagi mengelakkan dengki. 

Ketika hati seseorang timbul rasa dengki terhadap orang lain, maka paksakan lidahnya untuk memberi pujian kepada orang itu. 
Ketika kedengkian disebabkan kesombongan, maka paksakan diri kita untuk mengambil sikap tawadhu' di hadapan orang itu. 
Ketika kedengkian disebabkan ketidaksenangan melihat orang lain berbahagia, maka paksakan diri kita untuk memberikan sesuatu yang terbaik untuknya. 

Sungguh ini merupakan hal yang cukup berat, akan tetapi jika diteruskan, maka akan membuka hati kita untuk mencintai orang yang awalnya kita dengki. 

ketahuilah apabila kita memberikan pujian kepada orang lain, bersikap tawadhu' dan memberikan kebahagiaan untuknya, maka orang tersebut akan membalas perbuatan sama yang kita lakukan, sehingga timbulnya persaudaraan dan kasih sayang dengannya, dan perkara yang pada awalnya sangat berat akan berubah menjadi tabiat yang tidak dapat dilepaskan.. 

inilah ubatnya, meskipun terasa pahit dihati, 

"kerana ubat yang paling mujarab adalah ubat yang paling pahit, 
dan orang yang tidak mampu meminum ubat yang pahit, maka tidak akan merasa manisnya kesembuhan"

ingatlah, 
"dan janganlah kalian saling dengki-mendengki, memutuskan silaturrahum, bermarahan, bermusuhan, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara." -muttafa'alaih

"dengki dapat memakan kebaikan (kebahagiaan) sebagaimana api memakan kayu bakar"
 (abu daud dan Ibnu majah)







Friday, December 9, 2011

Bukan sekadar nombor..

happy-birthday-quotes


Hmm..
Sesetengah orang kata,
'Age is just number..'


Yap.
Umur itu memang nombor. Angka.
Tapi ia bukan hanya setakat angka sahaja..
Ia adalah masa.
Masa & peluang yang diberikan oleh Allah swt..
Kalau difikir-fikir, agaknya adakah kita dah gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya?







Monday, December 5, 2011

melihat aib diri dengan mata hati

"Ketahuilah bahawa jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hamba, maka ia menjadikan hamba itu melihat berbagai aib dirinya sendiri. Siapa yang memiliki penglihatan dengan mata hati akan melihat berbagai aib dalam dirinya, untuk dia ubati keaiban/keburukan itu.

Tetapi kebanyakan manusia TIDAK MENGETAHUI AIB-AIB MEREKA."
kerana, kadang-kala kita rasa kita tahu, tapi dari kaca mata orang lain, lain yang mereka nampak..


sebab itulah ada peribahasa, kuman di seberang kita nampak, gajah didepan mata kita tak nampak....


Cara mengetahui aib sendiri

1. Hendaklah dia duduk dihadapan syeikh yang mengetahui terhadap cacat yang tersembunyi.
Kemudian syeikh itu akan memberitahu mengenai berbagai aib itu dan cara mengubati.
Namun cara ini jarang ditemui pada zaman sekarang

2. Hendaklah dia mencari seorang teman yang jujur, sangat mengetahui, kuat beragama,
kemudian menjadikan dirinya sebagai pengawas dirinya agar selalu memerhatikan berbagai keadaan dan perbuatannya,


Kemudian kawannya itu memberitahu kepadanya berbagai akhlak tercela, tingkah laku yang tidak baik, aib-aibnya baik yang zahir atau yang batin. 

*Hal ini pernah dilakukan oleh Saidina Umar r.a. pertanyaan beliau berbunyi
"perihal apa yang kamu telah dengar tentang diriku yang tidak kamu sukai?"

3. Memanfaatkan lisan para musuh.


Tabiat manusia selalu cencerung tak mempercayai musuh dan menilai penyataan musuh sebagai  kedengkian. Tetapi, jika kita punya mata hati, kita akan mengambil kata-kata mereka untuk muhasabah,kerana pandangan kebencian akan mengungkap segala keburukan.








4. Hendaklah dia berinteraksi dengan masyarakat, lalu setiap hal yang dilihatnya tercela di tengah kehidupan masyarakat, hendaklah dia bermuhasabah diri sendiri. atau kata lain, hendaklah dia memeriksa dan membersihkan diri dari setiap sifat yang dicela yang ada pada orang lain..
 
Namun tidak dapat tidak, kesemua usaha untuk membersihkan diri dan usaha untuk 'mahu' tahu kesilapan dan aib sendiri ini memerlukan kekuatan yang kuat.
 Di samping itu, kita harus yakin, bahawa langkah kita untuk mengetahui aib sendiri ini adalah cara kita membersihkan diri dan dengan itu kita akan mudah menghiasi diri dengan sifat-sifat yang baik

Sekian saja... semoga hari ini lebih baik dari semalam, baik dari hal-hal pelajaran kita, muamalat kita dengan orang lain, dan hubungan kita dengan Allah..


Wallahua'lam

Saturday, November 26, 2011

magic nye!

Tanganku sejak tadi menekan-nekan butang pada alat kawalan jauh televisyen. dari satu siaran ke siaran berikutnya, boring, tak ada yang menarik.. tiba tiba aku terlihat susuk tubuh ini, dia berjaya menarik perhatian aku,

david copperfild, siapa tak kenal, ahli sihir terkenal tu... Satu persatu aksinya membuatkan aku kagum,,mana taknya,
telur ayam yang biasa aku lihat tu, tiba-tiba dia keluarkan daripadanya burung merpati,
kemudian kembali menjadi telur ayam. Penonton bukan main lagi, bersemangat menepuk tangan memberi sokongan kepada Ahli Sihir kegemaran mereka ni. Bukan satu dua sahaja rancangan berunsur perkara-perkara ajaib yang ada sekarang ni....

*             *            *             *              *    
Namun, hatiku tiba tiba sayu dan berasa pelik, mengapa begitu banyak KEAJAIBAN dalam KEJADIAN ALLAH gagal mengagumkan 'penontonnya'. 
Nyata lebih banyak bilangan perkataan "WOW" yang mengangumi bakat magician berbanding perkataan "MASHAALLAH" yang mengagumi kesempurnaan ciptaan sekuntum bunga"

ternyata lebih banyak perkataan "BRAVO, WHOAH, FUIYOOH, magic nye!!!" yang mengagumi aksi-aksi silap mata, berbanding SUBHANALLAH, LA HAWLAWALA QUWATA ILLA BILLAH atau zikir-zikir lain ketika melihat ajaibnya pertukaran sebiji larva kepada seekor lalat, uniknya kaedah pendebungaan, takjubnya kejadian langit dan bumi, hatta keajaibab sekecil kecil makhluk pun.!

Antara pesanan Ustaz Said Haawa dalam Kitab Tazkiyyatun Nafs tentang cara menyucikan jiwa ialah dengan TAFAKKUR.-tafakur tentang ciptaan Allah.

 Kejadian tubuh kita

"dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memerhatikan"- adz Dzaariyat:21

"dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu menjadi manusia yang berkembang biak" -ar Rum: 20

"Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya?" al Qiyamah: 35-37

Subhanallah "segala Puji bagiMu ya Allah..." 




Kejadian Langit dan Alam 
Seandainya kira mengurai satu per satu keajaiban organ-organ dalam tubuh sahaja, umur kita akan HABIS!itu belum lagi kamu memerhatikan kejadian langit dan bumi, 

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal" - Ali-Imran :190

"Apakah kamu yang lebih sulit penciptaannya atau langit? Allah telah membinanya. Dia meninggikan bangunan lalu menyempurnakannya, dan Dia menjadikan malamnya gelap gulita dan menjadikan siangnya terang benderang" -an-nazi'at:27-29

dan sekarang lihat pula pada Alam sekitar, angin yang kita tak nampak, namun nikmatnya mashaAllah sangat besar. Kita tak dapat hidup lebih daripada 4-5 minit tanpa udara. Banyak juga penyakit-penyakit yang wujud kesan daripada udara/angin. 
"dan Kami meniupkan angin untuk mengahwinkan (tumbuh tumbuhan) -Al Hijr:22
namun, si angin yang lembut juga akur pada kekuasaan Allah....
"sesungguhnya Kamu telah menghembuskan kepada mereka angin yang sangat kencang pada hari nahas yang terus menerus, yang menggelimpangkan manusia seakan akan mereka pokok kurma yang tumbang" Al-Qamar:19-20. 

subhanallah segala puji bagi Allah.
dan keajaiban keajaiban ini berterusan jika kita teliti satu persatu.. 
Andai kucing, lembu, haiwan-haiwan keliling anda juga dapat melihat langit, dapat merasa dinginnya udara, tapi samakah tahap kita merenung dan meneliti setiap penciptaanNYA? 

Kesimpulannya, 
Semua hal yang kita perhatikan juga diperhatikan oleh para naturalis tetapi cara pandang mereka hanya menghasilkan kesesatan, sedangkan orang yang diberi taufik oleh Allah memandangnya dengan cara yang benar, sehingga menjadi sebab hidayah dan KEBAHAGIAAN. 

Semakin banyak pengetahuan kita mengenai KEAJAIBAN ciptaannya, semakin sempurna pengetahuan anda tentang keagungan dan kemuliaan Allah.. 

ayuh tafakur mengenal Allah melali ciptaannya :) 
 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...