Social Icons

Sunday, November 25, 2012

Something about taqwa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Father: Do your homework!
Child:*silent*
Father: Do your homework!
Child: I know lah. Can't you talk about it only once?


Sunday, November 18, 2012

Symptom of weak iman


symptom of weak iman 


A simple presentation made from the pdf book, Do' ful Eman (Weakness of Faith) an English Translation Book by Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid, spread and get rewarded.

Sunday, November 11, 2012

Membenci..Biarlah berpada..

Bismillah..

Pernah tak terasa tidak suka atau benci pada seseorang? mungkin kerana sikapnya yang tidak tahu hormat hak orang lain, atau dia jenis yang tidak bertanggungjawab, atau mungkin kerana sikap2nya yang berbeza dengan prinsip Islam yang patut diamalkan. Pernah? selalu?

Kalau benci atau tidak suka..biarlah berpada..
Kerana kita tidak tahu kedepannya atau pengakhirannya bagaimana..
kan Allah Maha Berkuasa membolak balikkan hati.
kan Allah dengan mudah boleh memberi hidayahNya.
kerana kita juga tidak tahu amalannya yang lain bagaimana. mungkin ada amal solehnya yang lain yang dinilai dan disukai Allah..
oleh itu kawan2, berpadalah..

Teringat kisah seorang wanita yang memberi minum seekor anjing yang kehausan.. diriwayatkan dari Imam Muslim “Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah perigi pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang diperbuat daripada kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.” (Muslim ).
 Subhanallah..betapa luasnya pengampunan Allah..dan betapa terbatasnya kemampuan kita untuk menilai manusia..

Jadi, tak bolehkah kita berasa benci? Tentu saja boleh. Wajar dan patut kita berasa marah atau benci,  jika ada seseorang yang melanggar hak orang lain, jika ada seseorang yang melakukan maksiat kepada Allah, jika ada seseorang yang tidak mengamalkan Islam dengan sebenarnya.Sangat wajar.kerana dia sedang berlaku zolim!
Tetapi berpadalah..  jangan sampai kita merasa lebih baik dan hebat lalu berasa sombong diri, ujub, menjauhkan diri..

Bencilah kepada perbuatannya bukan kepada pelakunya..
Maksudnya,  pergilah menegur supaya dia tidak mengulanginya, bergaul dengannya dengan cara yang baik agar dia dikelilingi orang2 yang baik yang dapat menjadi contoh kepadanya, dan sangat penting, doakan dia agar diberi hidayah oleh Allah..

ok kawan2, selamat beramal


~albaqiyat assholihat~


Wednesday, November 7, 2012

ibadah


Apakah Makna Ibadah?

Ibadah secara bahasa bermakna merendahkan diri dan tunduk.

Sedang secara istilah, ulama banyak memberikan makna. Namun makna yang paling lengkap adalah seperti yang didefinisikan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, yaitu:

 Suatu kata yang meliputi segala perbuatan dan perkataan; zahir maupun batin yang dicintai dan diredhai oleh Allah Ta’ala. Dengan demikian ibadah terbagi menjadi tiga, yaitu: ibadah hati, ibadah lisan dan ibadah anggota badan.

Firman Allah Ta’ala:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )

Ibadah juga terbahagi kepada ibadah umum dan ibadah khusus.

Ibadah yang khusus seperti solat, puasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji jika berkemampuan. Ibadah khusus ditentukan bagaimana hendak dilakukannya , bila waktunya, semuanya diajarkan secara khusus oleh Nabi Muhammad SAW

Manakala ibadah umum/ am ialah segala, semua  perkara yang kita buat samada melalui lisan, perbuatan
Kerana Allah, dicintai dan diredhai oleh Allah..

Berdakwah juga salah satu ibadah, belajar kerana Allah, belajar bersungguh – sungguh supaya dengan kejayaan yang insyaAllah kita bakal menyumbang utk negara dan agama juga ibadah, membantu orang dalam kesusahan, melakukan tugasan dengan penuh tanggungjawab dan amanah, telus malah sekecil kecil perkara dari hatta makan dan tidur untuk kemaslahatan diri dalam meneruskan perjuangan adalah ibadah jika didasari iman, kesedaran dan niat..

Mudahnya Islam, betapa Allah sayang pada kita dan tidak lokek untuk memberikan kita pahala yang banyak dan memudahkan kita ke syurga jika kita beriman dan beramal dengannya. Sedangkan syurga itu milik Allah, nyawa dan harta itu juga milik Allah, segalanya milik Allah.

Sudahlah kita memang diciptakan untuk menjadi hamba dan mengabdikan diri kepada Nya, sepatutnya kita tiada bantahan dan melawan, malah mesti turut patuh dan jika patuh dan menurut arahan sekalipun, itu baru dikira ‘serve the purpose’..

Macam peti sejuk, kalau tak sejuk, tak dipanggil peti sejuk, memang tujuan diciptakan untuk menyejukkan makanan..jadi kalau sejuk, barulah ‘serve the purpose ‘

Tapi Allah sangatlah penyayang, kalau kita ‘serve the purpose’, terus diberikan ganjaran pahala yang melimpah ruah dan dijanjikan syurga, walhal kalau kita ‘serve the purpose ‘ pun tk layak kita ke sana sebab dh memang itu kerja/tugas kita.

Allah SWT berfirman yang maksudnya:

"Hai sekalian orang-orang yang beriman. Sukakah kalau saya tunjukkan kepadamu semua akan sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan engkau semua dari siksa yang menyakitkan? Yaitu supaya engkau semua beriman kepada Allah dan RasulNya dan pula berjihad fi-sabilillah dengan harta-harta dan dirimu semua. Yang sedemikian itu adalah lebih baik untukmu semua, jikalau engkau semua mengetahui.

`Allah juga akan mengampunkan dosa-dosamu semua serta memasukkan engkau semua dalam syurga-syurga yang mengalirlah sungai-sungai di bawahnya, demikian pula beberapa tempat tinggal yang indah di syurga 'Adn - kesenangan yang kekal - dan yang sedemikian itu adalah suatu keuntungan yang besar.

Ada pula pemberian-pemberian yang Iain-Iain yang engkau semua mencintainya, yaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." 
(as-Shaf: 10-13)


Jadi marilah sama – sama kita beribadah kepada Allah.. Ibadah umum ataupun khusus
Kita melaksanakan semua yang wajib, solat 5 kali sehari, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, membayar zakat sekiranya cukup haul dan nisab dan menunaikan haji ke Mekah jika mampu.

Kemudian kita mempertambahkan amalan berpuasa sunat, solat sunat rawatib, solat sunat tahajjud,berzikir memuji Allah, bersedekah.

Dan mari juga kita sama – sama melaksanakan ibadah umum..ibadah khusus menyediakan prinsip asas yang kita dapat apply dalam ibadah umum..

Puasa – mendidik kesabaran, amanah walaupun tiada siapa yang tahu anda sedang berpuasa, boleh je kalau nk minum atau makan senyap2 di rumah, tiada siapa yang tahu kan?

Tapi kita masih tetap teguh berpuasa, jadi prinsip ini kita mesti ambil, dan menjayakan ibadah umum.
Mustahil perkara rasuah, mengumpat, mancuri, pecah amanah berlaku, ini boleh dihalang dan ini adalah ibadah umum hasil dari tarbiyah ibadah khusus!

Solat 5 kali sehari juga mendidik kita berdisiplin, berjemaah mendidik kita bersatu, menunjukkan solidarity kita sesame muslim, menundukkan ego..apakah ini tidak boleh dilaksanakan di luar masjid? Di tempat kerja? Apa beza antara specialist dan MO? Apa beza pemimpin negara dengan rakyat bawahan?  Bukankah dalam masjid suasananya harmoni, solat bersebelahan bersentuh kaki dan bahu, bersalaman selepas solat?

Membayar zakat mendidik kita tidak lokek memberi, adakah bila tiba dan datangnya bencana kepada saudara kita di belahan dunia yang lain, kita cepat - cepat menghulurkan bantuan, memberikan apa yang kita mampu kepada saudara kita dan untuk agama kita?

Digabungkan ibadah khusus yang mantap ( wajib + sunat ) ditambah pula dengan ibadah umum ( dalam cara kita meneruskan kehidupan, bekerja, belajar, hidup bermsyarakat, berpolitik, menguruskan diri ), insyaAllah kita mampu menggapai syurga Nya, amin!

Thursday, October 18, 2012

langkahku tak selaju semalam

"Allahu akbar allahu akbar....Allahu akbar alllahhhu akbar..
azan ditelinga secara automatik memberhentikan langkahku dari segala apa yang sedang aku buat. 

helaian muka surat Alquran juga dengan mudah aku selak, dan khatamkan. 
video-video ceramah begitu menarik jiwa aku 
qiam begitu sebati menghiasi malam-malam tidurku
solat dhuha menjadi kegemaranku

***
tapi, itu dulu.. ketika aku mula mengenal tarbiyah. 
kini aku makin kurang sensitif. aku mula L-E-M-A-U, langkah aku semakin perlahan.
sepatutnya semakin lama semakin laju, semakin advance, semakin maju. tapi ini tidak. aku berfikir mencari punca......



Lantas aku selak bebrapa buku-buku dakwah, mencari sebab.. aku rasa aku sudah bertemu jawapan, ya aku selalu sedar, yang iman kita naik dan turun. kita mudah berubah dengan suasana. aku perlu menghidupkan semula bi'ah iaitu persekitaran yang solehah. kerana manusia kerdil seperti aku, mudah berubah dan terkesan dengan suasana. mungkin ini adalah salah satu sebab, daripada asbab-asbab yang lain. 


Aku perlu menghidupkan biah solehah semula. tak kira mana pun aku berada, hatta bila sudah berkeluarga dan beranak pinak sekalipun! Kerana aku sedar jalan menuju tuhan masih panjang. Panjang dalam erti kata aku yang suka membazir waktu, yang suka berbuat perkara yang kurang penting, jadi merasakan masa aku makin banyak. Namun, aku akui, buat jiwa-jiwa yang sedang berjuang, tentu sekali, mereka merasakan masa sudah suntuk.

ayuh, semak kembali potensi diri, gilap kembali yang sudah kusam. Sebelum aku dapat menjadi pendakwah, yang mengajak manusia lain mengenal tuhan semula.

Masyarakat semakin parah, dari lambakan bayi luar nikah, hinggalah kepada kegilaan gangnam style!  Ah! aku perlu lebih maju kedepan, bukan duduk senang ditakuk lama. aku perlu checklist!

sebahagian checklist yang perlu aku buat.
1) meningkatkan kefahaman aku tentang agama, perlu membudayakan amalan membaca. iqra! Iqra! Iqra!
2) berusaha menjadi teladan yang baik, bukan hanya pandai percakap, tak tahu buat!
3) aku harus bersabar, menahan diri dari yang lagha, bersabar dengan karenah manusia sekeliling.
4) harus memupuk sifat lemah lembut, nescaya ia bisa menarik hati-hati, biiznillah.

"Sesungguhnya Allah Maha Lemah Lembut dan menyukai kelembutan, Memberi kepada orang yang lemah lembut apa yang tidak diberikan kepada orang yang kasar dan juga apa yang tidak diberikan kepada yang lain" (HR Muslim)

5) berusaha untuk selalu memudahkan bukan menyusahkan. agar masyarakan yang sedang parah ini mudah menerima ajakan kita kepada Allah.

banyaklagi check list yang perlu diperbuat, tapi biarlah ia satu-persatu, moga Allah terus menthabatkan hati ini, hingga menjadikan hari terindahku  ketika bertemuMu ya Allah. Kunci utama ialah bertaqarub dengan Allah, mengenal Allah, nescaya jalan menuju cinta Allah menjadi lebih mudah, tanpa perlu dibuat-buat. :)

"Allahumma 'a inna, 'ala zikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatik" doa yang diajarkan kepada Muaz bin Jabal agar dia selalu tetap dalam amalan baik.
" Ya Allah bantulah kami untuk mengingatiMu, menyuskuri, dan beribadat kepadaMu"


rujukan: Fathi Yakan, Isti'ab Meningkatkan kapasiti dakwah


Monday, August 6, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...