Social Icons

Tuesday, March 12, 2013

Ulasan Buku: Ingatlah Tempatmu di Akhirat

Sekadar ingin berkongsi buku yang baru sahaja selesai dibaca. Bagi sesiapa yang sedang mencari bahan santapan rohani dan minda,  harap post ini membantu anda membuat pilihan. 




Secara amnya, buku ini cuba menggarap ayat-ayat yang terdapat dalam Al-Quran sebagai peringatan untuk kita pastikan di mana dan ke mana kita selepas ini.

Buku ini hadir sebagai usaha membantu anda mengatasi dilema " Di mana aku selepas ini". Lihat unsur penting yang patut anda semak:

a) Cara yang perlu dilakukan bagi mendapatkan kesejahteraan di akhirat
b) Dahsyatnya neraka, juga nikmatnya syurga sebagai tempat tinggal di akhirat
c) Apakah perkara yang boleh membawa seseorang ke syurga atau menjerumuskannya 
ke neraka
d) Apakah itu yang dikatakan keuntungan dan kerugian hakiki
e) Apakah iradat yang akan menjadi penentu kepada nasib seseorang di akhirat

Mudah-mudahan buku ini menjadi hadiah yang membimbing diri menuju kehidupan yang kekal abadi.

Selamat Membaca !!

Saturday, March 9, 2013

Hati Yang Buta


Ibrahim bin Adham dekelilingi oleh orang ramai di tengah pasar Basrah. Maka ditanya kepadanya akan mengapakah doa kami (orang ramai) tidak dimakbulkan oleh Allah padahal kami selalu berdoa kepadaNya. Lalu Ibrahim bin Adham menjawab:


Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara; iaitu:

Pertama: Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.

Kedua: Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W. tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.

Ketiga: Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya

Keempat: Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.

Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentanganya.

Keenam: Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

Ketujuh: Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

Kelapan: Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

Kesembilan: Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala ke'aiban manusia tetapi kamu lupa ke'aiban kamu sendiri.

Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pelajaran) daripada mereka.



Sumber: Hadis 40 (Imam Nawawi), syarahan hadis ke-10.

Allahu a'lam

Thursday, January 24, 2013

Progeria meruntun jiwa

Usai menonton sebuah video, mata berkaca-kaca menahan sebak.

Gadis kecil berusia 8 tahun ini menghidap penyakit Progeria. Ringkasnya, penyakit ini menyebabkan si pesakit kelihatan lebih tua dari umurnya.

Pelbagai adegan dalam video yang meruntun jiwa ini untuk lebih bersyukur seadanya. Gaids kecil ini 'very well behave' menutur menggunakan bahasa yang baik, senyum yang tak lekang di bibir, dan tak lupa berterima kasih bila mendapat nikmat dari manusia sekeliling. Tak heranlah, ramai yang begitu sayang pada gadis kecil ini, yang diberi nama Hayley.

Fikiranku juga terus teringat subjek Genetics yang aku pelajari di universiti. Banyak sekali penyakit genetics yang dihidapi oleh masyarakat Barat. Pada pengamatan aku, jarang sekali dapat berjumpa dengan anak-anak down syndrome di tanah airku Malaysia. Tapi di sini, penyakit genetics seperti down syndrome sangat kerap berlaku. Menjadi kewajipan wanita hamil lebih dari usia 35 tahun perlu melalui pelbagai ujian screening, dikhuatiri mengandung anak kurang sempurna. tetapi tidak di Malaysia.

Tak dapat tidak sesekali, aku menuduh gaya hidup yang jauh dari agama itu yang mengundang murka Allah dengan penyakit yang selalu menjadi stigma masyarakat. Alkohol menjadi begitu sebati dengan mereka.

Namun di satu sudut, aku mengagumi masyarakat barat. Mereka jarang mendiskriminasi rupa fizikal. Mereka meraikan kanak-kanak ini sesuai dengan keadaan mereka. Aku juga sayu melihat mereka bersungguh-sungguh membawa anak kecil ini berjumpa dengan Steve Irwin (pengacara rancangan haiwan) yang menjadi kegemaran Hayley. Dan menunaikan permintaan anak kecil ini untuk bersama 'Dolphin'.  Ternyata ada hikmah mengapa Allah selalu menurunkan penyakit jarang-jarang dan pelik ini kepada masyarakat di sebelah barat.

Jika kita, Malaysia. Tentu sekali anak itu disorok di dalam rumah. Ya benar ujian seperti ini hebat, kerana semua manusia menginginkan anak yang sempurna. Namun apa yang boleh kita ubah sekarang di peringkat diri sendiri, dan masyarakat ialah berusaha menjadi masyarakat yang supportive, tidak melabel, tidak menilai dan lebih perlu bersifat terbuka menerima perkara sebegini.

Itu belum lagi kita tengok cara mereka melayan dan berbual dengan budak, cara mereka melayan soalan-soalan anak-anak mereka.
"Aaaaahh! jangan dok kagum sangatlah dengan barat tu!" Bukan, bukan. kita boleh mengambil sedikit sebanyak ibrah dari mereka. yang baik dari kita boleh diteruskan, yang belum cukup kita tingkat kan :) Bole,,?" 

"Aku jumpa Islam di Eropah tanpa Muslim. Di sini (Mesir), aku jumpa ramai Muslim tanpa Islam." - Syeikh Muhammad Abduh

p.s: Persoalannya mengapa begini? Ilmu kita tanpa amal mungkin..? Masih jauh akhlak kita dari Rasulullah SAW, buku sirah, hadith, perlu kita terlusuri dengan niat untuk DIAMALkan, inshaAllah

Sunday, January 6, 2013

Malunya Aku Kepada Tuhanku




MALUNYA AKU KEPADA TUHANKU 

Malunya aku kepada Tuhanku,
Tuhan yang telah menciptakanku,
Lengkap sempurna segala jasad & akalku,
Tidak dikurangi walau sedikitpun,
Biar pun jasad & akal itu terus bermalasan,
Tanpa peduli tujuan asal kewujudan.

Malunya aku kepada Tuhanku,
Tuhan yang Maha Menyayangi diriku,
Sentiasa memberi izin padaku,
Menghelakan nafas untuk meneruskan kehidupanku,
Dan Dia Tuhanku,
Masih belum menghentikannya,
Walau tika aku membuat maksiat dan dosa padaNya,
Walau tika aku lalai dari mengingatiNya.

Malunya aku kepada Tuhanku,
Tuhan yang mengurniakan nikmat padaku,
Nikmat yang tak terkira dek jemariku,
Biar pun diri terus dibuai lena dan mimpi,
Kaki bagai tak jejak ke bumi,
Hanyut dengan keindahan duniawi.

Malunya aku kepada Tuhanku,
Tuhan yang memberikan rezeki kepadaku,
Dan Dia Tuhanku,
Terus memberikannya tanpa henti,
Meski tangan selalu berat untuk memberi,
Meski diguna sekadar memuaskan nafsu diri.

Malunya aku kepada Tuhanku,
Allah Rabbul ‘Izzati,
Tuhan Yang Maha Mengampuni.


*******


Surah Al-An’am, 6: ayat 32
6:32
32. Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan permainan yang sia-sia dan senda gurau . Sedangkan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?


Surah Al-Munafiqun, 63: ayat 9

63:9  

9. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Surah Ali-Imran, 3: ayat 135

3:135 

135. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka. Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Surah Az-Zumar, 39: ayat 53

39:53

53. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.





Wassalam

p/s:

Premis 1: For the days that we make mistakes & sins, do repent and ask Allah forgiveness
Premis 2: The days = Everyday
Conclusion: Don’t forget to repent and ask Allah forgiveness EveryDay.


Monday, December 31, 2012

Cara syaitan mengganggu Bani Adam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

1) Waswasah
Waswasah bermaksud membisikkan keraguan pada diri manusia ketika dia melakukan kebaikan atau amal soleh. Sebagai contoh, di saat azan Subuh berkumandang, dan tubuh kita masih berselimut, terbersit dalam fikiran kita, "Lima minit lagi," "Masih awal". Ini adalah waswasah. Kenyataannya, bukan lima minit tetapi satu jam, dan akhirnya kita terlambatmengerjakan solat Subuh, atau bahkan kita langsung meninggalkannya.

2) Tazyin
Tazyin bermaksud membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala yang berbau maksiat biasanya dilihat indah. Misalnya, mengapa orang yang bercinta dilihat lebih mesra berbanding pasangan suami isteri? Berjalan berdua ketika bercinta dirasakan lebih manis berbanding berjalan berdua selepas berkahwin. Ini kerana ada unsur tazyin. Berdua-duaan tanpa ikatan itu maksiat, sementara pernikahan itu ibadah. Namun maksiat dihiasi oleh syaitan supaya ia kelihatan indah, lebih nikmat. Inilah yang disebut sebagai strategi tazyin.

3) Tamanni
Tamanni bermaksud memperdayakan manusia dengan khayalan dan angan-angan. Pernahkah anda terniat mahu solat tahajud ketika merebahkan badan ditempat tidur? Namun pada jam 3 pagi, di saat jam penggera berbunyi, kita cepat-cepat mematikannya kemudian meneruskan tidur.

Pernahkah kita ingin bertaubat? Namun ketika maksiat ada di depan mata, kita tetap melakukannya. Ironisnya ini berlaku berkali-kali. Inilah yang disebut strategi tamanni.

4) A'dawah
A'dawah ertinya berusaha menanamkan benih permusuhan. Syaitan sentiasa berusaha menumbuhkan api permusuhan di antara manusia. Biasanya permusuhan berawal dari prasangka buruk. Kerana itu, waspadalah kalau berprasangka buruk pada orang lain, sesungguhnya kita telah terperangkap dengan strategi syaitan.

5) Takwif
Takwif ertinya menakut-nakutkan. Pernahkah anda merasa takut miskin kerana menginfakkan sebahagian harta, takut disebut berlagak alim kerana datang ke majlis taklim? Kalau kita pernah merasakannya, inilah strategi takwif.

6) Saddun
Saddun ertinya berusaha menghalang manusia melaksanakan perintah allahdengan menggunakan pelbagai bentuk hambatan. Pernahkah anda merasa malas ketika mahu mengerjakan solat, atau merasa sangat mengantuk ketika membaca al-Quran meskipun sudah cukup tidur? Ini adalah gejala saddun angkara syaitan.

7) Wa'dun
Wa'dun ertinya janji palsu. Syaitan berusaha memujuk manusia supaya mengikutinya dengan memberi janji-janji yang menggoda. akhirnya manusia mempercayainya. Misalnya, seorang wanita menyerahkan dirinya kepada kekasih hatinya kerana dia berjanji untuk menikahinya, namun apabila dia hamil, kekasihnya meninggalkannya begitu sahaja. Dia enggan bertanggungjawab. Inilah contoh wa'dun atau janji palsu daripada syaitan.

8) Kaidun
Kaidun bermaksud tipu daya. Syaitan berusaha sekuat tenaga memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak ke dalamnya. Pernahkah di saat anda diberikan tugas, anda terfikir mahu menangguhkannya kerana tempohnya masih panjang? Ternyata apabila tempoh masa yang diperuntukkan hampir tamat, kita mulai kelam kabut menyelesaikannya. Kita lakukannnya dengan ala kadar dan tergesa-gesa sehingga hasilnya tidak seperti yang diharapkan. strategi ini disebut kaidun

9) Nisyan
Nisyan bermaksud lupa. Sesungguhnya lupa itu adalah sifat manusiawi. Lupa memang sifat manusiawi, tetapi syaitan tetap berusaha agar manusia menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidakbertanggungjawab. Pernahkah kita lupa menunaikan janji? Lupa solat? Kalau sesekali itu bolehlah disebut manusiawi, tetapi kalau sering dilakukan bererti kita telah terjebak dengan strategi nisyan.

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'am; 112)

sumber: Mantapkan hati Meminang Bidadari (Burhan Sodiq)

Sunday, December 30, 2012

Al-Qa'qa' bin Amru : Dihantar seorang sebagai tentera bantuan

     


     Pertama kali saya terdengar nama Al-Qa'qa' bin Amru At-Tamimi adalah apabila menonton cerita drama bersiri Omar Series  keluaran syarikat MBC. Perasaan saya hanyalah biasa, tidak sama perasaan ketika melihat watak Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Khalid Al Walid RadiAllahu 'anhum. Dan saya rasa kisah Usamah bin Zaid sebagai panglima muda menggantikan Khalid Al-Walid lebih kerap kali saya dengar berbanding kisah Al-Qa'qa' bin Amru






ERA PEMERINTAHAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A

     Bila saya cuba mencari kisah Al-Muthanna bin Harithah, yang dilantik oleh Khalifah Abu Bakar menjadi ketua operasi awal berperang di Iraq melawan Parsi dalam buku Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin karya Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saya terjumpa kali kedua nama Al-Qa'qa' bin Amru. Dan alhamdulillah inilah titik permulaan saya merasakan Al-Qa'qa' bin Amru bukan calang orang



     Khalifah Abu Bakar mengarahkan Khalid Al-Walid untuk membantu Al-Muthanna :


Khalid datang bersama dengan seribu anggota tentera, disertakan dengan tentera daripada puak-puak Rabiah dan lain-lain yang datang membantu seramai sepuluh ribu. Al-Muthanna pula membawa lapan ribu tentera dan menjadikan jumlahnya lapan belas ribu.
Apabila panglima Khalid dan Iyadz menghantar perutusan kepada Khalifah Abu Bakar meminta tentera tambahan, khalifah menghantar hanya Al-Qa'qa' bin Amru At-Tamimi seorang sahaja bagi membantu Khalid
Lalu dikatakan kepadanya, "Adakah munasabah hanya menghantar seorang sahaja?" Khalifah Abu Bakar menjawab, "Tidak boleh dikalahkan oleh musuh sekiranya ada seorang sepertinya". 
Jawapan menunjukkan Khalifah Abu Bakar mengetahui kemampuan dan kepakaran seorang tokoh tentera yang boleh menyamai jumlah yang ramai 
 Zat Al-Salasil (Battle of Chains)

     Di dalam buku ini juga ada diceritakan bagaimana ketika Khalid dicabar oleh Panglima Parsi bernama Hurmuz untuk bertarung satu lawan satu, Hurmuz telah melakukan helah, Hurmuz berpakat dengan beberapa orang tenteranya supaya membunuh Khalid sewaktu mereka bertarung satu lawan satu.




     Ketika Khalid dan Hurmuz bertarung tanpa senjata, tentera Hurmuz telah berlari keluar dari barisan tentera dan mengelilingi Khalid dan Hurmuz. Sejurus Al-Qa'qa' menyaksikan terdapat beberapa orang tentera Parsi berlari untuk menerkam Khalid, Al-Qa'qa' telah dapat mengesan helah tersebut, tanpa sempat memberitahu tentera Islam yang lain kerana dia merasa kesuntukan masa , Al-Qa'qa' dengan pantas mengejar dengan menunggang kuda lantas dengan rahmat Allah swt, Al-Qa'qa' seorang telah membunuh kesemua tentera Parsi yang cuba hendak membunuh Khalid, alhamdulillah sekaligus memudahkan Khalid membunuh Hurmuz yang mana sebentar tadi agak sukar bagi Khalid kerana dia terpaksa bertarung dengan Hurmuz dan tentera-tentera Parsi yang lain.

     Setelah kematian Hurmuz, peperangan berlangsung,tentera Parsi mempunyai anggota yang ramai, antaranya pasukan khas yang diikat dengan rantai (Zat Al-Salasil). Pertempuran sengit ini berakhir dengan kemenangan tentera Islam dan tentera Parsi berundur lari bertempiaran.


     

ERA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB R.A

Perang Qadisiyyah 

     Abdul Rahman bin 'Auf telah mencadangkan kepada Khalifah Umar supaya melantik Singa yang menerkam dengan kukunya, iaitu Sa'ad bin Abi Waqas sebagai panglima perang tentera Islam seramai sekitar 30 000 orang.

     Rustum adalah panglima perang tentera Parsi yang mempunyai kekuatan seramai 120 000 orang dan 33 ekor gajah perang. Gajah raja yang paling besar berwarna putih diletakkan dibarisan hadapan, taktik pertempuran ini amat menggerunkan dan telah menyebabkan tentera berkuda Islam tidak mampu berhadapan dengan tentera bergajah Parsi.




     Perang ini berlangsung selama 4 hari. Sa'ad bin Abi Waqas telah mengarahkan Al-Qa'qa' bin Amru dan saudaranya Asim bin Amru untuk mencederakan mata dan belalai gajah, dan alhamdulillah pada hari ketiga, pertempuran dikuasai oleh tentera Islam setelah tunjang utama kekuatan tentera Parsi iaitu tentera bergajah dapat ditewaskan.




     Kemenangan berpihak kepada tentera Islam dengan jumlah tentera syahid seramai ribuan orang, manakala tentera Parsi yang terbunuh adalah seramai puluhan ribu orang.


Penaklukan Mesir



     Sewaktu penaklukan Mesir yang diketuai oleh Amru bin Ash, Al-Qa'qa' adalah salah seorang yang dihantar oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A untuk membantu Amru bin Ash.

     Dalam suratnya Saidina Umar berkata "Aku kirimkan kepadamu seorang lelaki berbanding seribu dari umat Islam". Alhamdulillah dengan izin Allah, Mesir dapat ditakluk dengan mudah.


TESTIMONIAL PARA SAHABAT TENTANG AL-QA'QA' BIN AMRU AT-TAMIMI

  1. Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A 
    • "Suara Al-Qa'qa' dalam tentera jauh lebih baik dari suara seribu tentera"
    • "Tidak boleh dikalahkan oleh musuh sekiranya ada seorang sepertinya"
  2. Saidina Umar Al-Khattab R.A
    • "Aku kirimkan kepadamu seorang lelaki berbanding seribu dari umat Islam"
  3. Sa'ad bin Abi Waqas R.A
    • Suatu hari Saidina Umar berkirim surat kepada Sa’ad bin Abi Waqas. Dalam suratnya itu beliau bertanya; “Siapa tentera yang paling berani dalam perang Qadisiyyah?” Dalam surat balasannya, Sa’ad menjawab bahwa dirinya belum perah melihat tentera paling berani seperti Al-Qa'qa'. Dalam satu hari dia mampu melakukan tiga serangan. Dalam setiap serangan itu mesti ada musuh yang dibunuh.

Pesanan untuk diri saya dan sahabat-sahabat sekalian
  1. Terus menerus mendoakan saudara-saudara seaqidah kita di seluruh dunia yang ditindas dan dibunuh dengan zalim
  2. Pernah terdengar nama Khattab? Beliau adalah panglima moden Islam abad ke-20. Seorang yang masyaAllah hebat, berjuang di Afghanistan, Checnya etc. Boleh cari dokumentari beliau di Youtube




p.s : Syarikat MBC juga ada buat drama bersiri tentang Al-Qa'qa' bin Amru At-Tamimi cuma sayangnya belum ada subtitle english.

Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu adalah dari kekurangan diri saya

BarakAllahu fiikum

wassalam wbt :)





Sumber : 
  1. Omar series keluaran syarikat MBC
  2. Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin karya Tuan Guru Abdul Hadi Awang
  3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_al-Qadisiyyah
  4. http://www.nellaieruvadi.com/islam/history_brave_qaqa1.asp
  5. http://www.grandestrategy.com/2007/12/sword-of-allah-chapter-19-battle-of.html
  6. http://www.buletin-alilmu.com/2011/03/26/kemenangan-islam-di-perang-qadisiyyah/
  7. http://www.2lisan.com/1812/amru-bin-ash/#.UN9jq28UnN0
  8. http://www.2lisan.com/1820/al-qaqa-bin-amru/#.UN9kYW8UnN1





     

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...