Social Icons

Saturday, November 30, 2013

Saudara baru

"Pracujete?", cuba bertanyakan pekerjaannya, "tezke", jawabnya bererti "susah"..

Menundukkan pandangan, matanya tersimpan pelbagai beban yang terpikul. 

Wanita czech itu telah lama disitu, nampak seperti akan duduk lebih lama disitu. Sedang memulakan perjalanan barunya dengan alquran.  Alhamdulillah, telah sebulan memeluk islam.

Kuhulurkan sedikit wang sebagai "hadiah" kepadanya daripada kami. Air matanya bercucuran menangis. Seolah olah tidak dapat difahaminya. Bagaimana "a strangers" boleh merasa sangat gembira dengan pengislamannya sehingga ingin memberinya hadiah. Wang yang tidak seberapa itu, cukup bermakna buatnya, tambahan dalam keadaan dunia tidak menyebelahinya. 

Dunia sekarang semakin "menggila". Tak hairan, ramai yang muda dan yang masih tampan luarannya, di wad sakit jiwa. Bila dunia menekan teruk, manusia berbuat semampu boleh untuk terus meneruskan hidup. Kalau tiada agama sebagai penyelesaian, kalau tiada Tuhan sebagai sandaran, kapasiti badan serta keupayaan akal tidak mampu bertahan.
  
Beruntunglah wahai saudara baru, kerana belum tentu, kita yang sudah lama mengaku beragama, benar benar tahu peranan penciptaan diri, jauh sekali untuk sedar akan destinasi akhir nanti.

Kutinggalkan dia dalam rumah Allah yang tenang itu, menuju ke jalan raya yang penuh sesak..

Saturday, October 12, 2013

alkisah

sesi tazkiyatulmaut percuma aku peroleh dalam kelas bioethic tadi. Semangat di awal waktu, cikgu memulakan tajuk 'death', dengan soalan..

"do you believe in death?", "do you think you will be dead?"..melilau matanya mencari jawapan dan pandangan..Tanpa menunggu lama..kedengaran jawapan canggih dari hujung belakang kelas, dan.kepala pelajar lain tertumpu kearah lelaki daripada Cyprus itu. 


"as least for now, yes, 99% will be dead, but not sure in the future"..dia tersenyum dengan jawapan yang sememangnya difikir dalam-dalam sebelum menjawabnya tadi. 

Aku terpinga-pinga, terpegun dengan jawaapannya, sepanjang kelas. bukan kali ini sahaja soalan soalan dan jawapan-jawapan pelik di kongsi oleh pelajar. Lontaran soalan dan jawapan sentiasa diberi dan di jawab, dan setiap kali itu juga kepala aku berubah ke sana dan kemari, lagak sedang menonton perlawanan badminton. Sekejap toleh ke kanan, kejap ke kiri.

Aku berfikir sejenak, mereka ini ku akui, punya pemikiran yang sungguh kritis, menghafal cabang-cabang salur darah dan urat saraf dalam Anatomy dengan begitu mudah., punya kepintaran yang luar biasa. Namun, sayang, ilmu yang tidak dibimbing wahyu akan "ke laut" juga. Moga mereka-mereka ini akan memperoleh hidayah..

x x x x 

hidayah? sampaikah dakwah aku kepada mereka? Apa yang telah aku perbuat sepanjang beberapa tahun pengajian aku di sini? sedikit sebanyak beban tanggungjawab menyampaikan dakwah itu terpikul pada bahu aku..sedarkah aku? 

di dalam kelas ethic saja terbukti aku 'dayus'. Kerana tidak menguasai ilmu, dan kurang fasih dalam penerangan, aku selalu mengambil langkah diam, 'angguk-angguk, geleng-geleng' saja dalam kelas, sesekali tersenyum atau tertidur silih berganti leka, mendengar perbincangan.

Walhal, setiap soalan yang dikemukan sangat memerlukan jawapan, dan setahu kita penganut agama islam, Islam menyediakan jawapan terbaik, kerana jawapan kepada soalan seperti, "Apa yang berlaku selepas mati?", "bolehkan euthanasia di lakukan?", "adakah haiwan punya hak?", "Beretikakah prosedur ibu tumbang?" "kenapa ini patut..dan kenapa itu tak patut...yadda yaddaa...the list goes long..
tersedia dalam al quran, dibincangkan panjang lebar oleh para ulama', tapi kita yang malas menggali mutiara tersebut... realistik sangat kah aku?

renung kembali apa yang kita perbuat pada masa lapang kita...

Kesimpulan:

buat aku yang bernama remaja remaji, hikmah itu adalah sesuau yang hilang daripada kita. Sebaik mungkin perlu kita sematkan dalam-dalam, untuk cuba menguasai ilmu, memperelokkan ibadah dan hubungan kita dengan Allah, ikhlas dan penuh jujur dalam kehidupan, dan jangan terlalu lama dan menghabis masa dengan perkara yang remeh..

cerita cintan cintun, gossip artis sana sini, menonton movie berepisod-episod, menjadikan kita lemah dan lemah, kalah dengan nafsu dan sering terjebak dengan maksiat. Benteng kita semakin melemah kerana perkara sebegini.

sekarang, ambil cermin, dan refleksi diri, moga kita terus menerus berusaha membaiki diri, ke arah yang lebih baik. 

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh sungguh kerana hendak memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" (29:69)

Wallahua'lam, ya Allah bimbinglah kami..

Tuesday, October 1, 2013

Kenapa kadar jangkitan HIV lebih tinggi di Afrika?


Bismillah



Beberapa hari yang lepas saya telah terbaca satu artikel yang menarik di Al-Jazeera mengenai stigma yang dihadapi oleh penghidap jangkitan HIV di Somalia. Satu artikel yang menyedihkan namun pada masa yang sama telah membangkitkan satu persoalan yang telah lama bermain di fikiran saya – Mengapa kadar jangkitan HIV lebih tinggi di Afrika?

Sejak bermulanya epidemik HIV, dianggarkan 70 juta manusia telah dijangkiti dan di seluruh dunia dan pada akhir 2011, 34 juta manusia hidup dengan HIV, bermakna 35 juta telah meninggal disebabkan AIDS. Daripada jumlah penghidap HIV kini, 69 % tinggal di sub-Saharan Afrika. Hampir 1 bagi setiap 20 orang dewasa di sana menghidap HIV.1


                                   


Mari teliti situasi di Botswana. HIV telah merebak dengan sangat pantas di sana. 20 tahun yang lalu, tiada siapa pun yang menderita dengan HIV. Namun pada 1992 dianggarkan 20 % orang dewasa yang aktif dalam hubungan seksual telah dijangkiti. Pada 1995 nisbah tersebut telah meningkat kepada >30 % dan pada 2004 sebanyak 40 %.2 Situasi yang sama juga berlaku di negara sub-Saharan Afrika yang lain. HIV prevalence pada tahun 2011 (dalam %) bagi orang dewasa berusia 15 – 49 tahun di Swaziland adalah 26, Lesotho 23.3, Zimbabwe 14.9, Namibia 13.4, South Africa 17.3. dan Botswana kini, 23.4.3

Nisbah ini jika dibandingkan dengan data dari bahagian dunia yang lain menunujukkan perbezaan yang sangat ketara. Untuk perbandingan, HIV prevalence di USA adalah 0.7, UK 0.3, Czech Republic <0.1, Australia 0.2, Indonesia 0.3, Malaysia 0.4, malah Thailand yang terkenal sebagai pusat pelacuran tidaklah begitu parah dengan masalah HIV, hanya 1.2 %.3

Ada beberapa  teori yang telah diusulkan untuk menerangkan perbezaan ini. Pertama, system seksual Afrika yang unik. Kedua, masalah kelemahan immune system yang serius dan ketiga, concurrency theory. Hanya teori ketiga yang diterangkan dibawah kerana mungkin lebih relevan dengan situasi di tanah air.

Concurrent theory

Concurrency theory – mempunyai ramai pasangan pada jangka masa panjang pada masa yang sama. Untuk lebih memahami teori ini mari kita lihat hasil kajian yang dilakukan di Uganda dan US pada awal 90-an. Didapati bahawa  25 % penduduk di kedua-dua negara tersebut mengakui mempunyai > 10 pasangan seksual. Walaupun kedua-dua negara mempunyai bilangan pasangan seksual yang sama, namun kesamaan ini tidak direfleksikan melalui prevalence. Prevalence di Uganda pada pertengahan 90-an mencapai 18 % namun di US tidak melebihi 1 %. Manakala di Thailand walapun hampir 65 % lelaki mengaku mempunyai >10 pasangan seksual, prevalence tidak melebihi 2 %.

Kunci perbezaan antara Uganda dan Thailand/US adalah sikap individu di Uganda terhadap hubungan seksual. Perlu diketahui bahawa kebarangkalian untuk seorang individu menjangkitkan HIV dalam satu hubungan seks kepada individu yang lain sebenarnya adalah agak rendah iaitu antara 1 dalam 100 hingga 1000. Di Thailand kebanyakan lelaki hanya mempunyai satu hubungan jangka masa panjang – iaitu dengan isteri. Walaupun lelaki di Thailand selalu melanggani pelacur, dalam purata 5 kali setiap tahun, namun jarang sekali mereka melanggani pelacur yang sama lebih daripada sekali. Maka ditakdirkan lelaki tersebut melanggan pelacur HIV positif, kebarangkalian dia mendapat HIV hanyalah 0.001 - 0.01 %*

Tetapi individu di Uganda aktif dalam hubungan seksual dengan ramai pasangan jangka masa panjang (contoh:  lelaki mempunyai seorang isteri dan 3 kekasih rahsia, dan kekasih rahsia mungkin berhubungan dengan ramai lagi lelaki lain) pada masa yang sama. Hubungan jangka masa panjang bermakna lebih banyak pertemuan seks dengan pasangan yang sama dan ini membawa kepada risiko penyebaran HIV yang lebih tinggi. Lebih-lebih lagi apabila risiko menjangkitkan HIV adalah paling tinggi pada peringkat awal jangkitan.

Lain pula di US, walaupun mereka juga juga mempunyai ramai pasangan, tapi hubungan jangka masa panjang dengan pasangan itu adalah sequentially, mengikut urutan. Maka sekiranya seseorang itu dijangkiti, dia hanya akan menjangkitkan kepada seorang pasangannya itu sahaja. Virus itu hanya berkitar diantara mereka berdua dan keluar menjangkitkan individu lain apabila mereka mencari pasangan baru selepas hubungan mereka berakhir.

Situasi di tanah air?

Pada tahun 2011 dianggarkan terdapat seramai 81000 individu HIV positif di Malaysia. Sejak dari 1986, AIDS telah mengorban seramai hampir 15000 orang pesakit. Perkongsian jarum suntikan merupakan kunci utama dalam merebaknya HIV pada awal epidemik, bertanggungjawab untuk 70 – 80 % kes baru HIV. Namun pada 2011, hanya 38 % dikaitkan dengan penggunaan jarum suntikan menunjukkan hubungan seksual kini telah menjadi medium utama penyebaran. Lelaki merupakan majoriti utama pesakit tapi telah menunjukkan trend menurun sejak 2003. Sebaliknya wanita pula menunjukkan trend menaik, malah dianggarkan wanita merangkumi 21 % kes baru HIV pada 2011 berbanding dengan hanya 4 % pada 1996.4, 5

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan anak luar nikah bagi tahun 2008 – 2010 yang direkodkan ialah seramai 152,182 orang.6 Sebagai sebuah negara majoriti Islam, ini adalah satu fakta yang memalukan, lebih-lebih lagi apabila Melayu yang menjadi juara dalam masalah sebegini. Pekerja seks wanita, transgender, dan lelaki homo/bi-sexual serta anak-anak muda adalah golongan berisiko tinggi dalam penyebaran HIV dan sepatutnya menjadi fokus utama dalam program mengatasi HIV.

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi faktor yang menyebabkan merebaknya HIV di Afrika secara berleluasa – polisi dan usaha kerajaan, sistem perubatan tempatan, masalah sosial, sikap dan pengetahuan masyarakat, serta pelbagai lagi –  dan concurrent theory menerangkan bagaimana sikap populasi dari sudut hubungan seksual mampu menenatkan lagi situasi HIV di sesebuah negara. Teori ini juga boleh digunakan untuk menerangkan peningkatan kes HIV di kalangan para isteri di Malaysia (hubungan jangka masa panjang) apabila mempunyai suami yang bermasalah.

Wallahualam


*Hanya anggaran yang boleh jadi lebih tinggi, bergantung pada pelbagai faktor lain seperti viral load, circumcision, jenis hubungan (homo/hetero),  samada jangkitan dari lelaki ke perempuan atau sebaliknya, concomitant STD dan pelbagai lagi.



Rujukan


1. Global Health Observatory HIV/AIDS http://www.who.int/gho/hiv/en/


3. Data on the size of the HIV/AIDS epidemic: Prevalence of HIV among adults aged 15 to 49 (%) by country http://apps.who.int/gho/data/node.main.622





Monday, July 8, 2013

disconnect to reconnect for Ramdhan :)

Aina kelihatan sugul dan tak bermaya. Dia termakan makanan basi, lalu bertanya

"Apa ye ubat kalau tersalah makan, tadi termakan makanan basi pagi tadi :( ", suaranya sedikit lemah.

Berfikir mencari jawapan yang persis dan jitu, "muntah tu ubat la tu, aku cuba memujuk kerana baru tadi si Aina mengadu yang dia muntah-muntah, dan kurang senang dengan muntah." tersenyum

Benar, Allah itu lebih dari tahu tentang setiap ciptaanNya. Dia tahu serba serbi, dari cara untuk memusnahkan, mencantikkan, membaikpulih, mematikan dan menghidupkan makhluk serta ciptaanNya.

Takjub sekali, kerana itu jika mengalami luka, kawasan luka akan kemerahan, berair, panas, bagi menyah-buang virus-virus yang cuba menyerang masuk.
Bila badan dijangkiti kuman, hidung terkena bendasing- mekanisma badan akan bertindak balas DEMAM, BATUK, BERSIN. untuk membuang virus-virus luar. -itulah yang dinamakan SISTEM IMUNITI badan.

SUBHANALLAH.

itu perihal jasad yang kita nampak. Untuk ketahanan iman, sistem imuniti yang dimaksudkan ialah TAQWA . Sesorang yang takut kepada Allah akan sentiasa berhati-hati supaya tidak melakukan perkara haram.
TAQWA mengalang badan, hati dan roh dari perkara selain Allah, menahan diri dari melakukan perkara haram dan sia-sia.

Taqwa membantu mengekalkan IMAN dan ISLAM dalam keadaan baik, sebagai mana sistem imuniti mengekalkan badan yang sihat dari penyakit.


bagaimana kita memperoleh TAQWA? tentu sekali dengan berpuasa. tapi bukan..Puasa yang sekadar melepas batoh di tangga, ia adalah puasa yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh, menjaga serba serbi anggota, Mata, mulut, tangan termasuk HATI :)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Malam Al Qadr
dan Allah yang Maha Pengasih, menjadikan untuk kita Bulan Ramadhan. Di dalamnya pahala digandakan sebanyak-banyaknya. Bulan ini merupakan bulan yang di hadiah kan untuk umat Muhammad SAW. Kerana jangka hayat kita yang disebut Nabi SAW sekitar 60-70 tahun, lalu di berikan kepada kita Malam Al Qadar, yang bersamaan dengan seribu bulan = 83 tahun.

Jika dapat menghidupkan malam ini, ganjarannya mashaAllah haibat!!. Tak tentu lagi kita dapat hidup selama itu.

DISCONNECT TO RECONNECT

Terlalu berlebihan dalam perkara yang baik juga boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Ya internet itu baik, sumber untuk ilmu, sumber berita semasa, boleh akses tazkirah percuma. Tapi syaitan yang licik tahu kelemahan kita dan dia tahu memperdayakan kita.

Adam AS telah menikmati syurga, merupakan seindah-indah tempat, dan kalau logik akal kita tentukan pelik jika ada manusia yang sanggup melakukan sesuatu hingga terkeluar dari syurga. Tapi disitulah si licik syaitan, meghasut nabi Adam AS untuk memakan buah khuldi supaya dapat mengekalkan mereka di dalam Syurga kerana itulah yang diinginkan sesiapa pun yang telah merasa syurga, termasuk nabi Adam AS yang kita sayangi :).

Pernahkah kita merasa letih? tazkirah di You tube tidak lagi 'menyegat'?  Boleh jadi kerana terlalu lama kita di internet. Seorang yang alim pernah menceritakan, pop-up, suggestion video, gambar-gambar ad ditepi secara tanpa sedar, dapat 'mengurangkan' keberkesanan 'tazkirah-tazkirah' atau perkara yang baik yang berada di internet.


Itu belum sebut lagi dengan website kotor, dan masa yang kita luangkan yang terlalu banyak hingga terjejas kualiti hidup kita. Ia menjejaskan produktiviti, memutuskan silaturrahim dan komunikasi realiti, menjadikan kita hidup dalam dunia maya, yelah sekejap di sini, sekejap disana. Internet yang berlebihan juga 'mencuri' masa kita untuk membentuk diri secara sempurna. Ilmu di internet, kita kutip di sana dan sini, menjadikan kita tahu sesuatu secara 'surface' dan bukan secara keseluruhan.

Marilah, saya menyeru diri saya dan yang lain. At least for this Ramadhan, dan kemudian kita kan secara automatik sedar, banyak lagi perkara produktif yang kita boleh buat.

1) kurangkan masa online-kita disconnect to reconnect
2) reconnect dengan Allah pencipta kita
3) reconnect dengan keluarga kita serta sahabat kita.

Bukan suruh disconnect langsung, di akui, jika kita merancang aktiviti kita di internet, tentu sekali ia boleh membentuk diri kita dengan baik juga :) inshaAllah.

Celakalah mereka

Siapa yang dikatakan celaka tu? Siapa yang nabi kata rugi tu?

1) Mereka yang disebutkan nama nabi Muhammad SAW kepadanya, lalu dia tidak berselawat
2) Mereka yang melalui ramadhan, lalu tidak diampunkan dosanya
3) Mereka yang punya ibu-dan bapa yang masih hidup, lalu dia tak dapat masuk kedalam syurga.

Moga kita betul betul berazam, dan meminta Allah mengurniakan kita istiqamah sepanjang bulan Ramadhan ini, dan seterusnya sepanjang tahun, untuk terus menerus menjadi hamba Allah yang paling Allah sayangi :')
dan semoga kita suci daripada dosa-dosa kita yang banyak itu, dan inshaAllah moga Allah membina untuk kita SISTEM IMUN-daya tahan daripada dosa dan maksiat ==> TAQWA 



p.s: pahala digandakan bulan Ramadhan ini, lalu jangan kita cemari dengan dosa pada bulan yang mulia ni, orang panggil biadap! and last but not least, eat moderately!!~

RAMADHAN KAREEM 

Friday, May 17, 2013

aku terbaik kot..



mendengar dan membaca tulisan mereka yang 10 tahun lebih muda dariku, 
aku tersenyum sinis, merasa itulah aku 10 tahun yang dulu,
tergopoh gapah, bersemangat waja, berkata sesuka rasa. 

melihat diriku sekarang menutup aurat, menunaikan yang wajib, tidak tinggal yang sunat, hafal sepotong dua ayat quran,
seperti telah menjadi baik dari sebelumnya membuatkan aku menghela nafas lega, uh 'alhamdulillah, ucapku di dalam hati', sambil aku melihat gelagat manusia di dalam trem. 
stesen yang dituju agak jauh, mengambil masa kira-kira 30 minit lagi. MP3 kesayanganku ditekan, cuba mencari tajuk ceramah yang berkenan dihati. "antara pahala dan maksiat'. Isi ceramah itu mengingatkan aku yang 

"SEDIH kerana DOSA itu, kadang kala lebih baik, dari SUKA kita terhadap amal soleh kita"

Fikiran ku menerawang teringat kepada ulasan ustaz Hasrizal yang pernah dibaca tentang watak Novel Ayat-Ayat Cinta. Antara ibrah yang menarik perhatian aku ialah, dijadikan hero yang digambarkan sempurna, merasa dirinya terbaik, di sanjung dan dipuji masyarakat, menjadi idaman gadis sezamannya- hero ini telah terkena fitnah zina, lalu dihukum dan dipenjarakan. 

pada amatan si hero, beliau tidak layak di hina sebegitu, beliau terlalu taat kepada agama, apakah dosanya hingga dihina sebegitu. 

Kadangkala, mereka yang taat selalu terkena penyakit "budget bagus, aku baik" akhirnya terperangkap dalam jerat syaitan. Si taat kepada agama, boleh terkene sifat Ujub. merasa dirinya baik. Merasa dia tidak layak untuk dihina, tidak boleh ada kekuarangan atau keaiban.

Allahu rabi, berhati hatilah si taat, kerana sifat ujub itu membakar amalan yang lalu. membakar hangus seperti dijilat api. Merasa diri baik itu tak akan menjadikan diri lebih baik, menyebabkan diri statik, tidak membaiki diri. Berbanding yang selalu merasa diri hina dalam dosa, mereka selalu sedar akan ruang perubahan untuk menjadi hamba lebih baik. Perasaan sedih ketika melakukan dosa itu juga sebenarnya merupakan tanda dalam hatinya ada iman. 

Namun, jangan terus terjerat dalam perangkap syaitan sekali lagi! Jangan remehkan hal dosa, kita juga perlu sentiasa berusaha keluar dari kancah dosa dan maksiat tersebut,kerana kesan dosa itu sukar sekali dipadam! Biarpun Allah Mahapengampun tentu sekali menerima taubat, kesan dosa itu kadangkala menyakitkan. Dan juga kerana kedudukan seorang yang taat yang ikhlas, yang dapat mengawal dirinya dari ujub, mampu mendekatkan diri kepada Allah, kedudukannya disisi Allah itu lebih tinggi. inshaAllah. 

Penyelesaian dan resolusi 
Berdoa diberi keikhlasan hati dan berlindung diri dari syaitan
Sentiasa ada khauf dan raja' -takut dan harap, (takut amalannya ditolak dan harap agar amalan nya diterima)
Sentiasa membaca kisah para nabi, dan orang-orang soleh, para ulama' yang berpengalaman.
Bergaul dan lihat serta amati cara mereka, mereka jauh lebih baik dari kamu.

walau golongan tua itu kelihatan lemah kudrat mereka,
lambat tutur kata mereka, 
tapi si muda ini selalu gopoh dan kasar,
terlalu banyak pelajaran hidup yang perlu kita pelajari. terutamanya daripada si tua yang telah lama melalui tarbiyah, mereka sudah berkecimpung dengan amali, sedang simuda tertipu dengan teori yang ditalaqi

namun tidak disempitkan, kadangkala kita juga boleh mempelajari sesuatu daripada sesiapa tidak kira umur dan rupa. kerana kedudukan disisi Allah itu nilaiannya TAQWA. 

Selamat membaiki diri semua :) salam jumaat 




Friday, May 10, 2013

HAK KEPADA MUSLIM YANG LAIN


Diriwayatkan oleh Imam Muslim , dari Rasulullah SAW, bahawa beliau bersabda: 

"Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam:jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah', dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke pemakaman)." 

 Pertama, jika bertemu maka berilah salam · 

 Mengucapkan salam adalah langkah pertama, akan semakin mantap jika diikuti dengan berjabat tangan. Ucapan salam harus disertai dengan perasaan cinta, senang, dan wajah yang berseri agar fungsi ucapan salam itu terwujud. Setelah itu saling memperkenalkan nama, pekerjaan, dan tempat tinggal. Dengan demikian Antunna telah menapaki tahap awal dalam berdakwah. 



 Kedua, jika tidak kelihatan maka cari tahulah · 

 Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang telah Antunna kenal itu tidak Antunna lihat dalam waktu tertentu, maka Antunna harus mencari khabar tentang keadaannya atau menghubunginya, baik menerusi telepon mahupun emel, atau sekadar whats App...hehe 



 Ketiga, jika sakit maka jenguklah · 

 Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang, maka suatu saat ia akan merasa gembira, sedih, atau sakit. Dan setiap SITUASI harus disikapi dengan sikap yang islami. Jika Antunna mendengar bahawa teman Antunna sakit, Antunna harus cepat-cepat menjenguknya, dan mendoakan untuk kesembuhannya; akan sangat baik lagi jika Antunna membawa hadiah yang sesuai. 

 Rasulullah saw. bersabda, "Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling mencintai." (HR. Malik dalam "Al-Muwatha"') Dari Abu Hurairah ra. 

Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama muslim kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepadanya, 'Kamu dalam keadaan baik dan baikpula tempat tujuanmu, kamu pun akan ditempatkan di surga.'" (HR. Muslim) 



 Keempat, jika ia mengundangmu maka penuhilah · 

 Setelah melewati tahapan-tahapan di atas maka hubungan antara kalian akan semakin erat. Suatu saat teman Antunna akan menghadapi keadaan-keadaan penting, seperti sukses dalam tugas, pernikahan, atau yang lainnya, lalu ia mengundang Antunna untuk menghadiri acara-acara tersebut. Antunna harus memenuhi undangan tersebut kerana ini merupakan kesempatan berharga yang tersedia tanpa harus Antunna rencanakan sebelumnya. · Begitu juga sebaliknya, Antunna pun harus mengundangnya dalam acara-acara penting yang Antunna adakan. 



Kelima, jika ia bersin dan mengucapkan "hamdalah" maka jawablah (ucapkan "yarhamukallah") · 

 Duduk bersebelahan dengan orang yang belum dikenal di suatu tempat, baik di perjalanan, pesta, mahupun tatkala menjenguk orang sakit, lalu orang yang duduk di sebelah Antunna itu bersin maka hendaklah Antunna menoleh kepadanya dengan wajah berseri seraya mengucapkan, "yarhamukallah (mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada Anda)." Tentunya hal ini akan menjadikan dirinya merasakan sesuatu yang baru dan setelah itu Antunna dapat bercakap-cakap dengannya. 



 Keenam, jika ia meninggal dunia maka hantarkanlah ke tempat pemakamannya · 

 Apa yang dapat ia lakukan setelah meninggal dunia dan dikubur? Pada hakikatnya, menghantar orang lain yang meninggal ke tempat pemakaman adalah menghantar dirinya sendiri, yang ia akan dapat mengambil nasihat, pelajaran, dan merenungkannya. Ini sebuah sunah Rasulullah saw. yang menggambarkan persatuan dan kesatuan kaum muslimin. Jika sebelumnya Antunna dapat mengenal peribadi orang yang telah meninggal dunia, maka sekarang Antunna dapat menggunakan kesempatan untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang berta'ziah ke rumahnya. 

 Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa menghadiri jenazah hingga menshalatkannya, maka baginya pahala satu qirath. Barangsiapa menyaksikan hingga di makamkan, maka baginya dua qirath." Seorang sahabat bertanya, "Apakah dua qirath itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Seperti dua gunung yang besar." (Muttafaqun 'Alaih) 



 *dari buku Bagaimana Menyentuh Hati, Abbas As-Sisi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...