Social Icons

Friday, October 1, 2010

Secebis perkongsian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Allah..Allah..
Sudah lama blog ini dibiarkan sepi..
Seolah-olahnya tidak berpunya..
Maafkan saya..
Semoga selepas ini saya lebih istiqomah dalam memberi perkongsian..


Maafkan saya juga sekali lagi kerana entri pada kali ini isinya agak tidak terfokus dan tidak tersusun..cuma, harapannya ada manfaatnya untuk kita bersama..

BURUK SANGKA

Percayakah anda bahawa punca kepada kebanyakan permusuhan & pergaduhan yang berlaku di dalam dunia ini sebenarnya adalah disebabkan prasangka?
Betul, andai anda tidak percaya, anda boleh mula memerhati sekeliling dari sekarang atau paling mudah, kita menelek (muhasabah) diri kita kembali. Ada tak kita buat di antara yang berikut dalam kehidupan kita:

Berburuk sangka terhadap kedua ibubapa.
Berburuk sangka terhadap sahabat.
Berburuk sangka terhadap guru.
Berburuk sangka terhadap pekerja.
Berburuk sangka terhadap majikan.
Berburuk sangka terhadap pasangan.
Berburuk sangka terhadap bangsa lain.
Berburuk sangka sesama manusia..

Semua akhirnya, menimbulkan rasa tidak puas hati, marah, benci & etc..
Perasaan yang menghidupkan api permusuhan..
Sahabat boleh putus ukhuwah..
Suami isteri bercerai berai..
Keluarga porak peranda..
Malahan, tidak mustahil perasaan ini boleh mendorong kita melakukan pembunuhan!!
Dan syaitan bertepuk tangan..
Na'uzubillahi min zalik..

Namun, seburuk-buruk buruk sangka ialah BERBURUK SANGKA kepada Allah swt..Na'uzubillahi min zalik..

Allah..
Dia, Tuhan Yang Satu..Tiada Tuhan melainkan Dia..
Allah,Yang mencipta kita..
Allah, Yang mengizinkan kita untuk terus hidup sehingga kini..
Setiap helaan dan hembusan nafas adalah di bawah kekuasaanNya..
Allah, Yang tidak pernah jemu atau bosan untuk mengurniakan rezeki kepada kita..
Meskipun kita sebenarnya tidak layak untuk menerima pelbagai rezeki itu kerana kita sering menjadi manusia yang tidak reti menghargai pemberian..
Sering lalai dari mengingatiNya..
Namun, Dia tetap memberi..
Kerana Dia Maha Pemurah, Maha Penyayang..Maha Pengampun..

Mudah benar kita berburuk sangka kepadaNya apabila ditimpa ujian..
Mudah benar kita melatah apabila ditimpa musibah..

Allah..
Bukankah Dia telah berfirman:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Surah Al-Ankabut, 29: 2)

Allah..sampai hati kita berburuk sangka kepadaNya setelah pelbagai nikmat yang telah dikurniakanNya dan baru sekulimat ujian diberikanNya kepada kita..

Suka saya sebenarnya untuk kongsi sebuah doa yang saya dapat dari sebuah buku..Doa ini sebenarnya diselitkan pada ruangan Doa untuk Solat Sunat Tasbih...namun, saya rasa isi doa ini amat sesuai untuk dibacakan pada bila-bila masa..untuk perkongsian bersama..

"Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kami memohon taufik daripada-Mu
sepertimana mereka yang telah Engkau berikan petunjuk.
Dan jadikan amalan kami
sepertimana amalan ahli-ahli yakin.
Dan jadikan kami daripada golongan orang-orang yang menerima nasihat,
golongan orang yang bertaubat,
dan mempunyai keazaman sepertimana orang-orang yang sabar,
dan gementar kami sepertimana orang yang takut.
Kami juga memohon
sepertimana permohonan orang-orang yang suka kebaikan
dan beribadat sepertimana beribadat orang-orang yang warak.
Dan jadikanlah pengetahuan kami ini
sepertimana pengetahuan orang-orang yang berilmu.
Dan masukkanlah kami
ke dalam golongan orang-orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah!
Kami memohon kepadaMu,
jadikanlah kami terdiri daripada
orang-orang yang takut kepada perbuatan maksiat
sehingga kami sentiasa mentaati dan beramal dengan perintahMu
sepertimana amalan orang-orang yang mendapat keredhaan Mu.
Kami juga memohon
agar kami ini terdiri daripada
orang-orang yang ikhlas
dan bertawakal kepadaMu dalam setiap perkara.
Dan kami memohon supaya menjadi
orang yang BAIK SANGKA terhadap Engkau.
Maha Suci Engkau sebagai Pencipta"

Amin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...