Social Icons

Saturday, November 30, 2013

Saudara baru

"Pracujete?", cuba bertanyakan pekerjaannya, "tezke", jawabnya bererti "susah"..

Menundukkan pandangan, matanya tersimpan pelbagai beban yang terpikul. 

Wanita czech itu telah lama disitu, nampak seperti akan duduk lebih lama disitu. Sedang memulakan perjalanan barunya dengan alquran.  Alhamdulillah, telah sebulan memeluk islam.

Kuhulurkan sedikit wang sebagai "hadiah" kepadanya daripada kami. Air matanya bercucuran menangis. Seolah olah tidak dapat difahaminya. Bagaimana "a strangers" boleh merasa sangat gembira dengan pengislamannya sehingga ingin memberinya hadiah. Wang yang tidak seberapa itu, cukup bermakna buatnya, tambahan dalam keadaan dunia tidak menyebelahinya. 

Dunia sekarang semakin "menggila". Tak hairan, ramai yang muda dan yang masih tampan luarannya, di wad sakit jiwa. Bila dunia menekan teruk, manusia berbuat semampu boleh untuk terus meneruskan hidup. Kalau tiada agama sebagai penyelesaian, kalau tiada Tuhan sebagai sandaran, kapasiti badan serta keupayaan akal tidak mampu bertahan.
  
Beruntunglah wahai saudara baru, kerana belum tentu, kita yang sudah lama mengaku beragama, benar benar tahu peranan penciptaan diri, jauh sekali untuk sedar akan destinasi akhir nanti.

Kutinggalkan dia dalam rumah Allah yang tenang itu, menuju ke jalan raya yang penuh sesak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...