Social Icons

Thursday, October 18, 2012

langkahku tak selaju semalam

"Allahu akbar allahu akbar....Allahu akbar alllahhhu akbar..
azan ditelinga secara automatik memberhentikan langkahku dari segala apa yang sedang aku buat. 

helaian muka surat Alquran juga dengan mudah aku selak, dan khatamkan. 
video-video ceramah begitu menarik jiwa aku 
qiam begitu sebati menghiasi malam-malam tidurku
solat dhuha menjadi kegemaranku

***
tapi, itu dulu.. ketika aku mula mengenal tarbiyah. 
kini aku makin kurang sensitif. aku mula L-E-M-A-U, langkah aku semakin perlahan.
sepatutnya semakin lama semakin laju, semakin advance, semakin maju. tapi ini tidak. aku berfikir mencari punca......



Lantas aku selak bebrapa buku-buku dakwah, mencari sebab.. aku rasa aku sudah bertemu jawapan, ya aku selalu sedar, yang iman kita naik dan turun. kita mudah berubah dengan suasana. aku perlu menghidupkan semula bi'ah iaitu persekitaran yang solehah. kerana manusia kerdil seperti aku, mudah berubah dan terkesan dengan suasana. mungkin ini adalah salah satu sebab, daripada asbab-asbab yang lain. 


Aku perlu menghidupkan biah solehah semula. tak kira mana pun aku berada, hatta bila sudah berkeluarga dan beranak pinak sekalipun! Kerana aku sedar jalan menuju tuhan masih panjang. Panjang dalam erti kata aku yang suka membazir waktu, yang suka berbuat perkara yang kurang penting, jadi merasakan masa aku makin banyak. Namun, aku akui, buat jiwa-jiwa yang sedang berjuang, tentu sekali, mereka merasakan masa sudah suntuk.

ayuh, semak kembali potensi diri, gilap kembali yang sudah kusam. Sebelum aku dapat menjadi pendakwah, yang mengajak manusia lain mengenal tuhan semula.

Masyarakat semakin parah, dari lambakan bayi luar nikah, hinggalah kepada kegilaan gangnam style!  Ah! aku perlu lebih maju kedepan, bukan duduk senang ditakuk lama. aku perlu checklist!

sebahagian checklist yang perlu aku buat.
1) meningkatkan kefahaman aku tentang agama, perlu membudayakan amalan membaca. iqra! Iqra! Iqra!
2) berusaha menjadi teladan yang baik, bukan hanya pandai percakap, tak tahu buat!
3) aku harus bersabar, menahan diri dari yang lagha, bersabar dengan karenah manusia sekeliling.
4) harus memupuk sifat lemah lembut, nescaya ia bisa menarik hati-hati, biiznillah.

"Sesungguhnya Allah Maha Lemah Lembut dan menyukai kelembutan, Memberi kepada orang yang lemah lembut apa yang tidak diberikan kepada orang yang kasar dan juga apa yang tidak diberikan kepada yang lain" (HR Muslim)

5) berusaha untuk selalu memudahkan bukan menyusahkan. agar masyarakan yang sedang parah ini mudah menerima ajakan kita kepada Allah.

banyaklagi check list yang perlu diperbuat, tapi biarlah ia satu-persatu, moga Allah terus menthabatkan hati ini, hingga menjadikan hari terindahku  ketika bertemuMu ya Allah. Kunci utama ialah bertaqarub dengan Allah, mengenal Allah, nescaya jalan menuju cinta Allah menjadi lebih mudah, tanpa perlu dibuat-buat. :)

"Allahumma 'a inna, 'ala zikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatik" doa yang diajarkan kepada Muaz bin Jabal agar dia selalu tetap dalam amalan baik.
" Ya Allah bantulah kami untuk mengingatiMu, menyuskuri, dan beribadat kepadaMu"


rujukan: Fathi Yakan, Isti'ab Meningkatkan kapasiti dakwah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...