Social Icons

Thursday, January 27, 2011

Watch out of the choice of your words!

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقُولُواْ رَٲعِنَا وَقُولُواْ ٱنظُرۡنَا وَٱسۡمَعُواْ‌ۗ
وَلِلۡڪَـٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬- ١٠٤

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "Raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "Unzurna" dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya) dan (ingatlah bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (2: 104)

Raaina - boleh kah tolong ulang semua perkataan tersebut?/ boleh tak beri kami masa sekejap?

bermakna, ketika Baginda Rasulullah sedang menyampaikan sesuatu, ada sebahagia daripada jemaah yang tak menumpukan perhatian, dan mahu baginda s.a.w mengulang perkataan baginda.

Namun begitu, Yahudi pada ketika itu suka memanjangkan "iii", menjadikan ra'ina kepada "raaaiiiiiina" yang membawa maksud pengembala. -bagi tujuan merendahkan martabat dan memperbodohkan baginda Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, Allah swt. telah berfirman, supaya digantikan penggunakan perkataan Ra'ina kepada Unzurna.
yang mempunyai sama maksud dengan ra'ina,

unzurna bererti-tolong tunggu kami, atau tolong beri perhatian kepada kami

MasyaAllah, lihat bertapa sekecil kecil perkara seperti itu juga ada difirmankan oleh Allah di dalam Al Quran.

Di dalam sehari harian kita, kita kadangkala sedar bahawa ada beberapa perkataan yang kita guna, boleh menyakiti hati manusia lain. Jadi, jika kita orang yang beriman, maka elakkan perkataan itu dan ganti dengan perkataan lain yang sama maksud tetapi tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang sedang bercakap dengan kita.


Jom kita refleks perkataan apa yang lebih baik kita guna berbanding sesetengah perkataan lain.
Dan ingatlah, peringatan daripada AlQuran itu tidak pernah sia-sia dan ia pasti ada fungsi yang besar dalam memurnikan kehidupan kita sekaligus untuk kita mencapai redhaNya, inshaAllah.

Allahu'alam .



Sunday, January 23, 2011

Aku perlukan segala pertolongan yang ada!!



Tiba lagi musim imtihan..

Belajar siang malam..

Mampukah AKU berjaya?

Hadith 18 dari Kitab Hadith 40 oleh Imam Nawawi, seperti hadith-hadith yang lain, sangat menarik!

Jom~

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ "
[رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]

"Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu 'Abdul Rahman Mu'adz bin Jabal radiyallahu 'anhuma dari Rasulullah sallallahu'alayhi wa sallam sabdanya: Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus. Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi. Dan katanya: Hadith ini hasan. Dan pada setengah naskhah dikatakan hadith ini hasan sahih."

Maka, secara ringkasnya (mestilah ringkaskan ^^ , kalau nak lagi best dan panjang, boleh baca kitabnya) hadith ini memperkatakan tentang 3 perkara iaitu:
1. Hak Allah: Taqwa kepadaNya
2. Hak Mukallaf: Menghapuskan kejahatan yang telah dikerjakannya
3. Hak Hamba: Elok pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat

InsyaAllah, kita lihat sedikit tentang perkara 1. Iaitu bertaqwalah kepada Allah.

Secara mudah, taqwa kepada Allah bererti melaksanakan segala wajib dan meninggalkan segala yang haram dan ditambah seperti dalam hadith di atas iaitu dengan tidak memilih waktu dan tempat.

Kita kan buat "business" dengan Allah. Maka apa pulangannya jika kita bertaqwa?
- menyingkirkan diri dari neraka
- menempatkan diri dalam syurga
- membaiki amal serta menghapuskan dosa
- mencapai kemenangan dan kejayaan
- mendapat peliharaan dan perlindungan dari seteru
- melepaskan diri dari kepayahan dan memperolehi rezeki yang halal

berkaitan "melepaskan diri dari kepayahan dan memperolehi rezeki yang halal" Firman Allah dalam Surah al-Thalaq: Ayat 2-3 yang bermaksud:

"...Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia jadikan baginya satu jalan keluar dan ia kurniakan dia dari jalan yang ia tidak sangka-sangka..."

(sebab tengah cakap tentang taqwa, maka hanya ambil bahagian tersebut sahaja, tapi bolehlah sambung baca maksudnya, disambung tentang tawakal pula)

Hah! Kan menarik tu, mudah sahaja nak dapatkan bantuan pertolongan dari Allah untuk menghadapi musim imtihan ni, iaitu TAQWA.

Berusahalah kearah taqwa, bukan hanya berusaha secara fizikal, siang malam tetapi dalam masa yang sama meninggalkan solat, melakukan dosa dan lain-lain.

Wallahua'lam

Saturday, January 22, 2011

Kenapa Allah beri penderitaan kepada kita?

Seperti yg telah kita lihat:

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara.Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''

''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

'' Cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. Saya x dpt bayangkan Allah yg maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu tahu tak yg sbnrnye barber jgk tidak wujud?''

''Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi''..kata barber.

''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''..

''Ah! Barber mmg wujud! Lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnye!'' kata barber.

''Tepat sekali!''. Kata si lelaki tadi.

''That's the point!. Allah jgk wujud. Itulah yg terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan. ''

Sunday, January 9, 2011

Jom! Kuliah Online: Revolusi Huffaz

Live Your Life To The Fullest

Live Your Life To The Fullest..
Appreciate Every Moment That You Have..
As Tomorrow May Not Be..

Jadi,
Jom kita hargai mereka yang ada disekeliling kita!!
Dan mungkin salah satu cara yang kita boleh lakukan sebagai meng'ekspresi'kan perasaan 'caring' kita kepada mereka adalah dengan memasak..yeay!!!

Jadi, kali ini, saya nak kongsi 1 resepi dengan kawan-kawan semua  >.<

Well, basically, ramai orang tahu je masak makanan ni..tapi, saya saja je nak kongsi resepi ni dengan kawan-kawan semua juga  ^.^

Mushroom Soup (5-6 orang)

~Sekadar Hiasan~

Bahan-bahan:

Kentang – 5 biji bersaiz sederhana
Cendawan butang – 1 tin
Susu Cair – ½ tin
Garam
Lada Hitam
Air rebusan (‘stok’) ayam

Cara-cara:
  1. Rebus kentang sehingga empuk.
  2. Lenyekkan (hancurkan) kentang menggunakan senduk kayu.
  3.  Cincang cendawan butang sehingga halus.
  4. Masukkan kentang, cendawan butang dan susu cair ke dalam periuk.Sekarang dah boleh buka api ^^
  5.  Letak sedikit demi sedikit stok rebusan ayam. Hati-hati!! Takut terlalu cair..nanti, dah tak ‘umphh’..hehe..
  6. Masukkan garam dan lada hitam
  7.  Tunggu sehingga mendidih dan siap la ‘mushroom soup’ kita..

Sedikit tips:
  • Bilangan kentang sebenarnya ‘flexible’..lagi banyak kentang, lagi pekat kuah dan rasa kentang lebih..ikut cita rasa masing-masing.. >.<
  • Sebenarnya, lagi best kalau kita guna cendawan butang ‘fresh’ (bukan dalam tin)..kopek & buangkan kulit dia yang warna putih tu & gunakan cendawan tersebut sebagai bahan dalam masakan ini..huhu..
  • Lagi mudah juga sebenarnya, kalau kita ‘blend’kan kentang, cendawan dan susu sekali..guna ‘blender’ biasa kita kat rumah tu..bahan-bahan akan lebih mesra & kerja kita jadi lebih mudah..tak payah susah-susah lenyek kentang guna tangan..
  • Mushroom soup ini lagi sedap & lagi ‘best’ kalau kita makan dengan ‘garlic bread’..

~Sekadar Hiasan~

Bahan-bahan untuk membuat ‘garlic bread’: 

 ‘French bread’ atau roti panjang
Margerine/butter
Bawang putih
Herba seperti oregano, basil, thyme & parsley (yang selalu bubuh dalam spaghetti)

Cara-Cara:
  1. Tumbuk bawang putih sehingga hancur
  2.  Gaul margarine dengan bawang putih yang telah ditumbuk
  3. Tambahkan herba-herba dan gaulkan bahan-bahan sehingga  mesra.
  4. Sapu pada roti yang telah dipotong menjadi kepingan bulat
  5.  Masukkan roti ke dalam oven
  6. Tunggu sehingga roti menjadi garing dan bau harum memenuhi dapur anda ^^

Selamat Mencuba!!!

p/s: adakah kita nak tunggu sehingga roh terpisah dari jasad baru nak tunjuk perasaan ambil berat kita?
Renung-renungkan & selamat beramal :)

Wednesday, January 5, 2011

antara usaha dan pertolongan ALLAH


Kisah perjuangan hijrah Rasulullah saw tidak lagi asing bagi kita sebagai satu kisah yang sarat dengan pengajaran. Ia tidah hanya menjelaskan peristiwa hijrah rasulullah saw dari Mekah ke Madinah, tetapi menyimpan pelbagai strategi,taktik dan siasatan jitu terhadap musuh. 


Kejayaan rasulullah saw menyelamatkan diri dari kepungan dan kejaran orang-orang yang ingin membunuhnya itu, tidak cukup dijelaskan semata-mata kerana pertolongan Allah. Meski itu yang paling utama, tetapi aspek usaha Rasulullah saw sebagai manusia pun sangat nyata. Bahkan kalau kita teliti, pertolongan Allah itu muncul dan menjadi kunci kejayaan setelah segenap usaha dilakukan.

Strategi dan taktik yang digunakan rasulullah saw dalam mengelabui musuh adalah suatu tindakan yang bijak. Baginda juga telah menjangkakan bahawa musuh akan mengejarnya ke arah Madinah, maka baginda bersembunyi di Gua Tsur yg bertentangan dengan Madinah. Bagi mengetahu keadaan lawan, Baginda menyuruh Abdullah b. Abu Bakar menginap bersama-sama baginda di gua dan sebelum matahari terbit berada di Mekah. Namun semua itu hanyalah usaha semaksimum manusia. Yang berhak menentukan kejayaan dan kegagalan hanyalah Allah.

Dalam perang Ahzab, baginda menyuruh Nuaim bin Mas'ud supaya memecahbelahkan pasukan musuh. tetapi itu hanyalah usaha manusia. yang memenangkan pertempuran adalah Allah. Dengan mengirimkan angin, Allah membuat pasukan Ahzab menjadi kucar-kacir. Mereka lari tunggang-langgang meninggalkan medan perjuangan dengan rasa yg mencengkam.

Begitulah perjuangan. Ia tidak hanya cukup dengn kerja keras dan usaha semaksimum, tetapi juga memerlukan bantuan daripada Allah. Sebaliknya bantuan Allah tidak akan turun begitu sahaja. Ia memerlukan usaha yang maksimum. Dua faktor ini ibarat duit syiling yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya menyebabkan lahirnya kejayaan. 



Dalam konteks sekarang, dua faktor ini tidak boleh diabaikan. kalau musuh sudah mengerahkan usaha mereka untuk memusnahkan Islam, seharusnya kaum muslimin pun begitu. Menghadapi pelbagai bentuk serbuan dari musuh, ia memerlukan strategi yang jitu, kecerdasan otak dan usaha yang besar. kemenangan memang akan menjadi milik umat Islam. Tetapi bukan tugas kita untuk menunggu. Tugas kita berusaha. Pertolongan Allah bersyarat dan ia bukanlah percuma.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (47:7)

 Jadi, jangan berharap pertolongan Allah akan muncul kalau kita tidak pernah berusaha menolong agama Allah. allahu'alam


dipetik dari buku belajar Dari Dua Umar



video

Saturday, January 1, 2011

Kesibukan dunia bukan alasan remehkan ibadah


Umat Islam mesti utamakan suruhan Ilahi supaya tidak dibelenggu hawa nafsu

BISIKAN petunjuk yang melekat pada fikiran dan perasaan seseorang salih hasil
usahanya yang bersungguh untuk membangun iman dan mewujudkan amal salih.
Petunjuk Allah mengarah jiwa insan salih ke arah mencari keredaan-Nya.


Daripada Abu Hurairah, katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah
berfirman dalam hadis qudsi: “Barang siapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku
memberitahu padanya bahawa ia akan Kuperangi, Kumusuhi. Dan tidaklah seseorang
hamba-Ku itu mendekat pada-Ku dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada
apabila ia melakukan apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seorang
hamba-Ku itu mendekatkan pada-Ku dan melakukan hal sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Akulah sebagai telinganya yang ia
gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang ia gunakan untuk melihat, Akulah
tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang ia gunakan
untuk berjalan. Andai kata ia meminta sesuatu pada-Ku, pastikan Kuberi dan
andai kata memohonkan perlindungan pada-Ku, pasti Kulindungi.”
(Hadis riwayat
Bukhari)


Apabila anak Adam pada zaman ini melazimi ibadah wajib dan sunat seperti
dituntut Allah serta ditunjukkan melalui kehidupan Rasulullah SAW, maka akan
tumbuh iman dalam dirinya untuk hidup bahagia dan selamat.


Ramai orang meremehkan jalan hidup Rasulullah SAW disebabkan mereka terbelenggu
dengan kesibukan. Bilangan manusia bertambah tetapi tidak ramai yang memahami
tujuan hidup dan bagaimana menjalani hidup selamat serata bahagia.


Masing-masing mengisi hidup dengan cara sendiri sesuai dengan hawa nafsu.
Masyarakat tradisional suka dengan acara tradisi dan amalan yang diyakini
membawa kepada kejayaan hidup di dunia serta akhirat.




Ada juga umat beragama membuat upacara ibadah dan amalan sendiri padahal ia
bukan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Semua itu di hadapan Allah sebagai sia-sia.
Firman Allah yang bermaksud:

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) daripada
urusan agama itu, maka ikuti syariat itu dan jangan kamu ikuti hawa nafsu orang
yang tidak mengetahui.” (Surah al-Jasiyah:18)


Kesibukan mengharungi kehidupan dan jadual aktiviti dunia menyebabkan manusia
sering bingung apakah perkara yang perlu diutamakan supaya dapat mencontohi
Rasulullah SAW yang berjaya melaksanakan tugas keduniaan dan pada masa sama
tidak melupakan tuntutan akhirat. Mereka yang mendapat petunjuk Allah akan
mengutamakan perkara yang mendekatkan diri kepada-Nya serta berusaha mencari
keredaan-Nya.
Firman Allah yang bermaksud:

“Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetap atas) fitrah
Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada
fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwa kepada-Nya serta
dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang yang mempersekutukan Allah.”
(Surah ar-Rum: 30-31)


Perlu disedari kehidupan di dunia dan akhirat adalah milik Allah semata.
Apabila manusia mengutamakan kecintaan selain Allah, maka Allah dapat berbuat
segala sesuatu kepada umat manusia di muka bumi.

Firman Allah yang bermaksud:

“Jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat Kami) itu, maka
Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. Apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka di malam hari pada waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada waktu matahari naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka rasa aman daripada azab Allah (yang tidak terduga). Tiada yang rasa aman daripada azab Allah kecuali orang yang merugi.”
(Surah
al-A’raf: 96-99)


Ancaman Allah ini dijadikan orang beriman yang solih untuk lebih mengutamakan
jadual Allah, daripada jadual lain. Mereka lebih mencintai Allah daripada yang
lain. Kepentingan itu kemudian disebarkan kepada umat lain ke arah mencari
kebahagiaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...