Social Icons

Thursday, October 6, 2011

10 kemudaratan makan berlebihan

Menurut Imam al-Ghazali sifat kesederhanaan akan menjadikan kita akan berhati-hati dan menjaga dalam dua perkara yang dituntut, iaitu tidak terlibat dengan perkara yang haram dan syubhat, dan memelihara diri daripada berlebihan dalam perkara halal.

Bagi mencapai darjat takwa, antara anggota yang perlu dijaga ialah perut dengan tidak memakan makanan atau minuman secara berlebihan pada bulan puasa.

Imam al-Ghazali di dalam kitab Manhaj al-Abidin mengingatkan kita bahawa perut adalah anggota yang paling sukar dijaga sekalipun di kalangan ahli ibadat.

Justeru, beliau telah menyenaraikan 10 kemudaratan berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan;

Pertama: Hati menjadi keras
Makan banyak bukan sahaja menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam. Nabi Muhammad SAW bersabda mengumpamakan di dalam hadis baginda bahawa hati manusia akan mati dengan banyak makan dan minum sekalipun halal sebagaimana tanaman yang banyak disiram air.

Kedua: Menimbulkan fitnah kepada anggota badan
Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan mensia-siakan. Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.
Sebaliknya, apabila perut lapar semua anggota lain akan tenteram, tenang dan tidak bernafsu untuk melakukan perkara yang haram dan sia-sia. Anggota menjadi lemah, tidak cergas disebabkan oleh tiadanya ransangan makanan.

Ketiga: Melemahkan fikiran
Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang disimpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan. Abu Sulaiman Abdul Rahman Al-Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita.



Keempat: Mengurangkan ibadat
Perut yang berlebihan kenyang akan menjadi badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya. Orang yang berada dalam kekenyangan seumpama ditimpa penyakit lumpuh.

Kelima: Menghilangkan kemanisan beribadat
Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk agama Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah.
Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita mendapat kemanisan beribadat.

Keenam: Terdedah kepada perkara syubhat dan haram
Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam al-Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.
Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras, tanpa penat dan lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.

Ketujuh: Menyibukkan hati dan badan
Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediaannya sehinggalah selesai.
Imam al-Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadan, suasana pada siang harinya tenang.

Kelapan: Bebanan urusan akhirat
Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di akhirat.
Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak sekatan, tapisan yang akan dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan urusan untuk ke syurga.

Kesembilan: Kurangnya panjaran pahala di akhirat
Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan di dunia. Justeru, Allah akan memberi jaminan tidak sesekali akan mengurangkan kelazatan di akhirat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

Kesepuluh: Tertahan di Padang Mahsyar
Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu syahwat. Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah.


jadi, jom amalkan puasa sunat, isnin khamis, dan puasa pada tiga hari di setiap bulan hijrah, 13,14,15 


Monday, October 3, 2011

dinar emas

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama satu ketika dahulu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.


"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)

Tahukah anda? Antara cara termudah membuat pelaburan emas ialah dengan cara membeli dinar emas. Memandangkan dinar emas memang dijual di Malaysia, maka sangatlah beruntung jika membuat pelaburan

Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:

1. Dinar Emas Kelantan
2. Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn bhd.

apa itu dinar???apa bezanya dengan dirham???

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram manakala
1 dirham merujuk kepada syiling perak tulen (999.9) yang beratnya 2.975 gram



 Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)


sejarah pengenalan dinar emas dan perak
Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.
Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.



Kebaikan membeli dinar emas:
  1. Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  2. Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  3. Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
  4. Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...