Social Icons

Monday, July 8, 2013

disconnect to reconnect for Ramdhan :)

Aina kelihatan sugul dan tak bermaya. Dia termakan makanan basi, lalu bertanya

"Apa ye ubat kalau tersalah makan, tadi termakan makanan basi pagi tadi :( ", suaranya sedikit lemah.

Berfikir mencari jawapan yang persis dan jitu, "muntah tu ubat la tu, aku cuba memujuk kerana baru tadi si Aina mengadu yang dia muntah-muntah, dan kurang senang dengan muntah." tersenyum

Benar, Allah itu lebih dari tahu tentang setiap ciptaanNya. Dia tahu serba serbi, dari cara untuk memusnahkan, mencantikkan, membaikpulih, mematikan dan menghidupkan makhluk serta ciptaanNya.

Takjub sekali, kerana itu jika mengalami luka, kawasan luka akan kemerahan, berair, panas, bagi menyah-buang virus-virus yang cuba menyerang masuk.
Bila badan dijangkiti kuman, hidung terkena bendasing- mekanisma badan akan bertindak balas DEMAM, BATUK, BERSIN. untuk membuang virus-virus luar. -itulah yang dinamakan SISTEM IMUNITI badan.

SUBHANALLAH.

itu perihal jasad yang kita nampak. Untuk ketahanan iman, sistem imuniti yang dimaksudkan ialah TAQWA . Sesorang yang takut kepada Allah akan sentiasa berhati-hati supaya tidak melakukan perkara haram.
TAQWA mengalang badan, hati dan roh dari perkara selain Allah, menahan diri dari melakukan perkara haram dan sia-sia.

Taqwa membantu mengekalkan IMAN dan ISLAM dalam keadaan baik, sebagai mana sistem imuniti mengekalkan badan yang sihat dari penyakit.


bagaimana kita memperoleh TAQWA? tentu sekali dengan berpuasa. tapi bukan..Puasa yang sekadar melepas batoh di tangga, ia adalah puasa yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh, menjaga serba serbi anggota, Mata, mulut, tangan termasuk HATI :)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Malam Al Qadr
dan Allah yang Maha Pengasih, menjadikan untuk kita Bulan Ramadhan. Di dalamnya pahala digandakan sebanyak-banyaknya. Bulan ini merupakan bulan yang di hadiah kan untuk umat Muhammad SAW. Kerana jangka hayat kita yang disebut Nabi SAW sekitar 60-70 tahun, lalu di berikan kepada kita Malam Al Qadar, yang bersamaan dengan seribu bulan = 83 tahun.

Jika dapat menghidupkan malam ini, ganjarannya mashaAllah haibat!!. Tak tentu lagi kita dapat hidup selama itu.

DISCONNECT TO RECONNECT

Terlalu berlebihan dalam perkara yang baik juga boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Ya internet itu baik, sumber untuk ilmu, sumber berita semasa, boleh akses tazkirah percuma. Tapi syaitan yang licik tahu kelemahan kita dan dia tahu memperdayakan kita.

Adam AS telah menikmati syurga, merupakan seindah-indah tempat, dan kalau logik akal kita tentukan pelik jika ada manusia yang sanggup melakukan sesuatu hingga terkeluar dari syurga. Tapi disitulah si licik syaitan, meghasut nabi Adam AS untuk memakan buah khuldi supaya dapat mengekalkan mereka di dalam Syurga kerana itulah yang diinginkan sesiapa pun yang telah merasa syurga, termasuk nabi Adam AS yang kita sayangi :).

Pernahkah kita merasa letih? tazkirah di You tube tidak lagi 'menyegat'?  Boleh jadi kerana terlalu lama kita di internet. Seorang yang alim pernah menceritakan, pop-up, suggestion video, gambar-gambar ad ditepi secara tanpa sedar, dapat 'mengurangkan' keberkesanan 'tazkirah-tazkirah' atau perkara yang baik yang berada di internet.


Itu belum sebut lagi dengan website kotor, dan masa yang kita luangkan yang terlalu banyak hingga terjejas kualiti hidup kita. Ia menjejaskan produktiviti, memutuskan silaturrahim dan komunikasi realiti, menjadikan kita hidup dalam dunia maya, yelah sekejap di sini, sekejap disana. Internet yang berlebihan juga 'mencuri' masa kita untuk membentuk diri secara sempurna. Ilmu di internet, kita kutip di sana dan sini, menjadikan kita tahu sesuatu secara 'surface' dan bukan secara keseluruhan.

Marilah, saya menyeru diri saya dan yang lain. At least for this Ramadhan, dan kemudian kita kan secara automatik sedar, banyak lagi perkara produktif yang kita boleh buat.

1) kurangkan masa online-kita disconnect to reconnect
2) reconnect dengan Allah pencipta kita
3) reconnect dengan keluarga kita serta sahabat kita.

Bukan suruh disconnect langsung, di akui, jika kita merancang aktiviti kita di internet, tentu sekali ia boleh membentuk diri kita dengan baik juga :) inshaAllah.

Celakalah mereka

Siapa yang dikatakan celaka tu? Siapa yang nabi kata rugi tu?

1) Mereka yang disebutkan nama nabi Muhammad SAW kepadanya, lalu dia tidak berselawat
2) Mereka yang melalui ramadhan, lalu tidak diampunkan dosanya
3) Mereka yang punya ibu-dan bapa yang masih hidup, lalu dia tak dapat masuk kedalam syurga.

Moga kita betul betul berazam, dan meminta Allah mengurniakan kita istiqamah sepanjang bulan Ramadhan ini, dan seterusnya sepanjang tahun, untuk terus menerus menjadi hamba Allah yang paling Allah sayangi :')
dan semoga kita suci daripada dosa-dosa kita yang banyak itu, dan inshaAllah moga Allah membina untuk kita SISTEM IMUN-daya tahan daripada dosa dan maksiat ==> TAQWA 



p.s: pahala digandakan bulan Ramadhan ini, lalu jangan kita cemari dengan dosa pada bulan yang mulia ni, orang panggil biadap! and last but not least, eat moderately!!~

RAMADHAN KAREEM 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...