Social Icons

Saturday, October 12, 2013

alkisah

sesi tazkiyatulmaut percuma aku peroleh dalam kelas bioethic tadi. Semangat di awal waktu, cikgu memulakan tajuk 'death', dengan soalan..

"do you believe in death?", "do you think you will be dead?"..melilau matanya mencari jawapan dan pandangan..Tanpa menunggu lama..kedengaran jawapan canggih dari hujung belakang kelas, dan.kepala pelajar lain tertumpu kearah lelaki daripada Cyprus itu. 


"as least for now, yes, 99% will be dead, but not sure in the future"..dia tersenyum dengan jawapan yang sememangnya difikir dalam-dalam sebelum menjawabnya tadi. 

Aku terpinga-pinga, terpegun dengan jawaapannya, sepanjang kelas. bukan kali ini sahaja soalan soalan dan jawapan-jawapan pelik di kongsi oleh pelajar. Lontaran soalan dan jawapan sentiasa diberi dan di jawab, dan setiap kali itu juga kepala aku berubah ke sana dan kemari, lagak sedang menonton perlawanan badminton. Sekejap toleh ke kanan, kejap ke kiri.

Aku berfikir sejenak, mereka ini ku akui, punya pemikiran yang sungguh kritis, menghafal cabang-cabang salur darah dan urat saraf dalam Anatomy dengan begitu mudah., punya kepintaran yang luar biasa. Namun, sayang, ilmu yang tidak dibimbing wahyu akan "ke laut" juga. Moga mereka-mereka ini akan memperoleh hidayah..

x x x x 

hidayah? sampaikah dakwah aku kepada mereka? Apa yang telah aku perbuat sepanjang beberapa tahun pengajian aku di sini? sedikit sebanyak beban tanggungjawab menyampaikan dakwah itu terpikul pada bahu aku..sedarkah aku? 

di dalam kelas ethic saja terbukti aku 'dayus'. Kerana tidak menguasai ilmu, dan kurang fasih dalam penerangan, aku selalu mengambil langkah diam, 'angguk-angguk, geleng-geleng' saja dalam kelas, sesekali tersenyum atau tertidur silih berganti leka, mendengar perbincangan.

Walhal, setiap soalan yang dikemukan sangat memerlukan jawapan, dan setahu kita penganut agama islam, Islam menyediakan jawapan terbaik, kerana jawapan kepada soalan seperti, "Apa yang berlaku selepas mati?", "bolehkan euthanasia di lakukan?", "adakah haiwan punya hak?", "Beretikakah prosedur ibu tumbang?" "kenapa ini patut..dan kenapa itu tak patut...yadda yaddaa...the list goes long..
tersedia dalam al quran, dibincangkan panjang lebar oleh para ulama', tapi kita yang malas menggali mutiara tersebut... realistik sangat kah aku?

renung kembali apa yang kita perbuat pada masa lapang kita...

Kesimpulan:

buat aku yang bernama remaja remaji, hikmah itu adalah sesuau yang hilang daripada kita. Sebaik mungkin perlu kita sematkan dalam-dalam, untuk cuba menguasai ilmu, memperelokkan ibadah dan hubungan kita dengan Allah, ikhlas dan penuh jujur dalam kehidupan, dan jangan terlalu lama dan menghabis masa dengan perkara yang remeh..

cerita cintan cintun, gossip artis sana sini, menonton movie berepisod-episod, menjadikan kita lemah dan lemah, kalah dengan nafsu dan sering terjebak dengan maksiat. Benteng kita semakin melemah kerana perkara sebegini.

sekarang, ambil cermin, dan refleksi diri, moga kita terus menerus berusaha membaiki diri, ke arah yang lebih baik. 

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh sungguh kerana hendak memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" (29:69)

Wallahua'lam, ya Allah bimbinglah kami..

Tuesday, October 1, 2013

Kenapa kadar jangkitan HIV lebih tinggi di Afrika?


Bismillah



Beberapa hari yang lepas saya telah terbaca satu artikel yang menarik di Al-Jazeera mengenai stigma yang dihadapi oleh penghidap jangkitan HIV di Somalia. Satu artikel yang menyedihkan namun pada masa yang sama telah membangkitkan satu persoalan yang telah lama bermain di fikiran saya – Mengapa kadar jangkitan HIV lebih tinggi di Afrika?

Sejak bermulanya epidemik HIV, dianggarkan 70 juta manusia telah dijangkiti dan di seluruh dunia dan pada akhir 2011, 34 juta manusia hidup dengan HIV, bermakna 35 juta telah meninggal disebabkan AIDS. Daripada jumlah penghidap HIV kini, 69 % tinggal di sub-Saharan Afrika. Hampir 1 bagi setiap 20 orang dewasa di sana menghidap HIV.1


                                   


Mari teliti situasi di Botswana. HIV telah merebak dengan sangat pantas di sana. 20 tahun yang lalu, tiada siapa pun yang menderita dengan HIV. Namun pada 1992 dianggarkan 20 % orang dewasa yang aktif dalam hubungan seksual telah dijangkiti. Pada 1995 nisbah tersebut telah meningkat kepada >30 % dan pada 2004 sebanyak 40 %.2 Situasi yang sama juga berlaku di negara sub-Saharan Afrika yang lain. HIV prevalence pada tahun 2011 (dalam %) bagi orang dewasa berusia 15 – 49 tahun di Swaziland adalah 26, Lesotho 23.3, Zimbabwe 14.9, Namibia 13.4, South Africa 17.3. dan Botswana kini, 23.4.3

Nisbah ini jika dibandingkan dengan data dari bahagian dunia yang lain menunujukkan perbezaan yang sangat ketara. Untuk perbandingan, HIV prevalence di USA adalah 0.7, UK 0.3, Czech Republic <0.1, Australia 0.2, Indonesia 0.3, Malaysia 0.4, malah Thailand yang terkenal sebagai pusat pelacuran tidaklah begitu parah dengan masalah HIV, hanya 1.2 %.3

Ada beberapa  teori yang telah diusulkan untuk menerangkan perbezaan ini. Pertama, system seksual Afrika yang unik. Kedua, masalah kelemahan immune system yang serius dan ketiga, concurrency theory. Hanya teori ketiga yang diterangkan dibawah kerana mungkin lebih relevan dengan situasi di tanah air.

Concurrent theory

Concurrency theory – mempunyai ramai pasangan pada jangka masa panjang pada masa yang sama. Untuk lebih memahami teori ini mari kita lihat hasil kajian yang dilakukan di Uganda dan US pada awal 90-an. Didapati bahawa  25 % penduduk di kedua-dua negara tersebut mengakui mempunyai > 10 pasangan seksual. Walaupun kedua-dua negara mempunyai bilangan pasangan seksual yang sama, namun kesamaan ini tidak direfleksikan melalui prevalence. Prevalence di Uganda pada pertengahan 90-an mencapai 18 % namun di US tidak melebihi 1 %. Manakala di Thailand walapun hampir 65 % lelaki mengaku mempunyai >10 pasangan seksual, prevalence tidak melebihi 2 %.

Kunci perbezaan antara Uganda dan Thailand/US adalah sikap individu di Uganda terhadap hubungan seksual. Perlu diketahui bahawa kebarangkalian untuk seorang individu menjangkitkan HIV dalam satu hubungan seks kepada individu yang lain sebenarnya adalah agak rendah iaitu antara 1 dalam 100 hingga 1000. Di Thailand kebanyakan lelaki hanya mempunyai satu hubungan jangka masa panjang – iaitu dengan isteri. Walaupun lelaki di Thailand selalu melanggani pelacur, dalam purata 5 kali setiap tahun, namun jarang sekali mereka melanggani pelacur yang sama lebih daripada sekali. Maka ditakdirkan lelaki tersebut melanggan pelacur HIV positif, kebarangkalian dia mendapat HIV hanyalah 0.001 - 0.01 %*

Tetapi individu di Uganda aktif dalam hubungan seksual dengan ramai pasangan jangka masa panjang (contoh:  lelaki mempunyai seorang isteri dan 3 kekasih rahsia, dan kekasih rahsia mungkin berhubungan dengan ramai lagi lelaki lain) pada masa yang sama. Hubungan jangka masa panjang bermakna lebih banyak pertemuan seks dengan pasangan yang sama dan ini membawa kepada risiko penyebaran HIV yang lebih tinggi. Lebih-lebih lagi apabila risiko menjangkitkan HIV adalah paling tinggi pada peringkat awal jangkitan.

Lain pula di US, walaupun mereka juga juga mempunyai ramai pasangan, tapi hubungan jangka masa panjang dengan pasangan itu adalah sequentially, mengikut urutan. Maka sekiranya seseorang itu dijangkiti, dia hanya akan menjangkitkan kepada seorang pasangannya itu sahaja. Virus itu hanya berkitar diantara mereka berdua dan keluar menjangkitkan individu lain apabila mereka mencari pasangan baru selepas hubungan mereka berakhir.

Situasi di tanah air?

Pada tahun 2011 dianggarkan terdapat seramai 81000 individu HIV positif di Malaysia. Sejak dari 1986, AIDS telah mengorban seramai hampir 15000 orang pesakit. Perkongsian jarum suntikan merupakan kunci utama dalam merebaknya HIV pada awal epidemik, bertanggungjawab untuk 70 – 80 % kes baru HIV. Namun pada 2011, hanya 38 % dikaitkan dengan penggunaan jarum suntikan menunjukkan hubungan seksual kini telah menjadi medium utama penyebaran. Lelaki merupakan majoriti utama pesakit tapi telah menunjukkan trend menurun sejak 2003. Sebaliknya wanita pula menunjukkan trend menaik, malah dianggarkan wanita merangkumi 21 % kes baru HIV pada 2011 berbanding dengan hanya 4 % pada 1996.4, 5

Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan anak luar nikah bagi tahun 2008 – 2010 yang direkodkan ialah seramai 152,182 orang.6 Sebagai sebuah negara majoriti Islam, ini adalah satu fakta yang memalukan, lebih-lebih lagi apabila Melayu yang menjadi juara dalam masalah sebegini. Pekerja seks wanita, transgender, dan lelaki homo/bi-sexual serta anak-anak muda adalah golongan berisiko tinggi dalam penyebaran HIV dan sepatutnya menjadi fokus utama dalam program mengatasi HIV.

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi faktor yang menyebabkan merebaknya HIV di Afrika secara berleluasa – polisi dan usaha kerajaan, sistem perubatan tempatan, masalah sosial, sikap dan pengetahuan masyarakat, serta pelbagai lagi –  dan concurrent theory menerangkan bagaimana sikap populasi dari sudut hubungan seksual mampu menenatkan lagi situasi HIV di sesebuah negara. Teori ini juga boleh digunakan untuk menerangkan peningkatan kes HIV di kalangan para isteri di Malaysia (hubungan jangka masa panjang) apabila mempunyai suami yang bermasalah.

Wallahualam


*Hanya anggaran yang boleh jadi lebih tinggi, bergantung pada pelbagai faktor lain seperti viral load, circumcision, jenis hubungan (homo/hetero),  samada jangkitan dari lelaki ke perempuan atau sebaliknya, concomitant STD dan pelbagai lagi.



Rujukan


1. Global Health Observatory HIV/AIDS http://www.who.int/gho/hiv/en/


3. Data on the size of the HIV/AIDS epidemic: Prevalence of HIV among adults aged 15 to 49 (%) by country http://apps.who.int/gho/data/node.main.622





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...