Social Icons

Wednesday, January 5, 2011

antara usaha dan pertolongan ALLAH


Kisah perjuangan hijrah Rasulullah saw tidak lagi asing bagi kita sebagai satu kisah yang sarat dengan pengajaran. Ia tidah hanya menjelaskan peristiwa hijrah rasulullah saw dari Mekah ke Madinah, tetapi menyimpan pelbagai strategi,taktik dan siasatan jitu terhadap musuh. 


Kejayaan rasulullah saw menyelamatkan diri dari kepungan dan kejaran orang-orang yang ingin membunuhnya itu, tidak cukup dijelaskan semata-mata kerana pertolongan Allah. Meski itu yang paling utama, tetapi aspek usaha Rasulullah saw sebagai manusia pun sangat nyata. Bahkan kalau kita teliti, pertolongan Allah itu muncul dan menjadi kunci kejayaan setelah segenap usaha dilakukan.

Strategi dan taktik yang digunakan rasulullah saw dalam mengelabui musuh adalah suatu tindakan yang bijak. Baginda juga telah menjangkakan bahawa musuh akan mengejarnya ke arah Madinah, maka baginda bersembunyi di Gua Tsur yg bertentangan dengan Madinah. Bagi mengetahu keadaan lawan, Baginda menyuruh Abdullah b. Abu Bakar menginap bersama-sama baginda di gua dan sebelum matahari terbit berada di Mekah. Namun semua itu hanyalah usaha semaksimum manusia. Yang berhak menentukan kejayaan dan kegagalan hanyalah Allah.

Dalam perang Ahzab, baginda menyuruh Nuaim bin Mas'ud supaya memecahbelahkan pasukan musuh. tetapi itu hanyalah usaha manusia. yang memenangkan pertempuran adalah Allah. Dengan mengirimkan angin, Allah membuat pasukan Ahzab menjadi kucar-kacir. Mereka lari tunggang-langgang meninggalkan medan perjuangan dengan rasa yg mencengkam.

Begitulah perjuangan. Ia tidak hanya cukup dengn kerja keras dan usaha semaksimum, tetapi juga memerlukan bantuan daripada Allah. Sebaliknya bantuan Allah tidak akan turun begitu sahaja. Ia memerlukan usaha yang maksimum. Dua faktor ini ibarat duit syiling yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya menyebabkan lahirnya kejayaan. 



Dalam konteks sekarang, dua faktor ini tidak boleh diabaikan. kalau musuh sudah mengerahkan usaha mereka untuk memusnahkan Islam, seharusnya kaum muslimin pun begitu. Menghadapi pelbagai bentuk serbuan dari musuh, ia memerlukan strategi yang jitu, kecerdasan otak dan usaha yang besar. kemenangan memang akan menjadi milik umat Islam. Tetapi bukan tugas kita untuk menunggu. Tugas kita berusaha. Pertolongan Allah bersyarat dan ia bukanlah percuma.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (47:7)

 Jadi, jangan berharap pertolongan Allah akan muncul kalau kita tidak pernah berusaha menolong agama Allah. allahu'alam


dipetik dari buku belajar Dari Dua Umar




1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt :)

    Allah..

    jzkk khayr..concise, precise, mantap

    barakallahu fiik :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...