Tetapi kebanyakan manusia TIDAK MENGETAHUI AIB-AIB MEREKA."
kerana, kadang-kala kita rasa kita tahu, tapi dari kaca mata orang lain, lain yang mereka nampak..
sebab itulah ada peribahasa, kuman di seberang kita nampak, gajah didepan mata kita tak nampak....
Cara mengetahui aib sendiri
1. Hendaklah dia duduk dihadapan syeikh yang mengetahui terhadap cacat yang tersembunyi.
Kemudian syeikh itu akan memberitahu mengenai berbagai aib itu dan cara mengubati.
Namun cara ini jarang ditemui pada zaman sekarang
2. Hendaklah dia mencari seorang teman yang jujur, sangat mengetahui, kuat beragama,
kemudian menjadikan dirinya sebagai pengawas dirinya agar selalu memerhatikan berbagai keadaan dan perbuatannya,
Kemudian kawannya itu memberitahu kepadanya berbagai akhlak tercela, tingkah laku yang tidak baik, aib-aibnya baik yang zahir atau yang batin.
*Hal ini pernah dilakukan oleh Saidina Umar r.a. pertanyaan beliau berbunyi
"perihal apa yang kamu telah dengar tentang diriku yang tidak kamu sukai?"
3. Memanfaatkan lisan para musuh.
Tabiat manusia selalu cencerung tak mempercayai musuh dan menilai penyataan musuh sebagai kedengkian. Tetapi, jika kita punya mata hati, kita akan mengambil kata-kata mereka untuk muhasabah,kerana pandangan kebencian akan mengungkap segala keburukan.
4. Hendaklah dia berinteraksi dengan masyarakat, lalu setiap hal yang dilihatnya tercela di tengah kehidupan masyarakat, hendaklah dia bermuhasabah diri sendiri. atau kata lain, hendaklah dia memeriksa dan membersihkan diri dari setiap sifat yang dicela yang ada pada orang lain..
Namun tidak dapat tidak, kesemua usaha untuk membersihkan diri dan usaha untuk 'mahu' tahu kesilapan dan aib sendiri ini memerlukan kekuatan yang kuat.
Di samping itu, kita harus yakin, bahawa langkah kita untuk mengetahui aib sendiri ini adalah cara kita membersihkan diri dan dengan itu kita akan mudah menghiasi diri dengan sifat-sifat yang baik
Sekian saja... semoga hari ini lebih baik dari semalam, baik dari hal-hal pelajaran kita, muamalat kita dengan orang lain, dan hubungan kita dengan Allah..
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment