Hari ini sebelum pulang ke rumah, setelah paginya bersilaturrahim dengan seorang sahabat, aku singgah sebentar di rumah seorang sahabat yang lain untuk mengambil kiriman barang. Sedang menunggunya di luar bangunan, tiba2 seorang wanita keluar dari bangunan yang sama dan menyapaku dengan ramah. Dia seorang wanita Czech, ku kira umurnya sekitar 30-40an tetapi fasih berbahasa Inggeris. Dia tahu aku belajar medic di sini dan dia tahu aku dari Malaysia, mungkin kerana biasa melihat atau mungkin kerana ada berbicara dengan teman2ku yang lain disini.
Tidak sampai 5 minit kami berbual, tiba2 dia bertanya kepadaku: " I would like to ask you something, maybe you know because you study medicine". "Yes,sure, you may ask" aku menjawab sambil tersenyum. "Is taking antidepressant dangerous?" dia bertanya. Aku sedikit terkejut kerana ditanya soalan sebegitu, tapi aku berusaha kekalkan ketenangan di wajah, lalu aku menjawab: "If you take it in the correct dose,it is not dangerous but it may have some side effects". Wajah wanita itu sedikit berubah, ada riak kerisauan di situ..Aku memberanikan diri bertanya lanjut: "are you taking antidepressant?" Dia menjawab:"No, my son.."
Lalu dia membuka cerita, kisah anak lelakinya yang baru ditinggalkan kekasih ketika sedang tinggal hanya 2 lagi exam untuk menyelesaikan kuliah undang-undang. Aku jadi teringat,sekarang memang musim exam disini.. Bakal peguam rupanya anaknya, tetapi bila jadi begini, anaknya tidak dapat belajar kerana tertekan dan dia khuatir anaknya tidak akan dapat graduate.. Dalam keadaan hampir menangis, dia juga bercerita yang anaknya ingin bunuh diri..
Aku bagaikan terkelu lidah, tidak tahu perkataan apa yang harus aku ucapkan untuk menenangkan wanita ini. Kaget. Tidak menyangka berdepan situasi ini. Aku hanya mampu mengusap lengannya dan memberi cadangan untuk membawa anaknya ke hospital dan memberi keyakinan padanya mungkin anaknya boleh meneruskan lagi pengajian. Dan kemudian suasana menjadi diam, dia menahan rasa sedihnya dan takungan airmatanya dari menitis dan aku terus diam..
Aku cuba ingin bicara lebih lanjut ketika tiba2 orang yang ditunggu wanita ini datang, maka dia pun mengucapkan terima kasih padaku, mungkin kerana mendengar sebentar luahan hatinya, lalu mengucapkan selamat tinggal.Setelah itu, sahabatku turun.Aku mengambil kiriman barang darinya dan meminta diri untuk pulang.Dalam perjalanan pulang aku sedih sendirian.. 'apa yang aku telah lakukan hari ini!?' ketika peluang dakwah begitu terbuka luas, aku kekeluan lidah!..T_T
Bukan mudah seseorang menceritakan kesedihan dan masalah diri kepada orang asing!..menceritakan kesusahan hati kepada orang asing..Aku sangat asing bagi dirinya,aku bukan sebangsa dengannya, bukan orang negerinya, bahkan baru kali pertama aku berjumpa dengannya, itupun tidak lebih dari sepuluh minit kami berbual bicara..tapi dia membuka kisahnya padaku.. mungkin kerana aku bertudung, dia merasakan keamanan, rasa selamat untuk bercerita, mungkin meminta aku menenangkan, tapi aku..dek kerana kelemahan diri, kurang praktis dakwahnya, lagi kurang bicara dakwahnya dalam bahasa Inggeris tidak mampu membantu wanita ini..T_T astaghfirullahal'azhim...ampunkan hambaMu ya Allah..aku sangat sedih..
Aku ingin sekali bicara seperti ini kepada wanita itu: "Dont worry, there is no problem that cannot be solved.. There will be a way out of this problem..Do you believe in God..? God will help you..He is the Almighty, He is very Powerful..He will help you.." Ingin sekali bicara ini menenangkannya..
How I wish I could be more fluent at that time..T_T
Tidak mengapa, tak usah menyesali apa yang telah terjadi. Semuanya ada hikmah didikan yang Allah ingin beri. Peristiwa hari ini menjadi pengajaran buatku: 'bahawa kamu sebagai seorang pendakwah, orang yang berjalan dengan membawa syiar Islam melalui tudungmu, haruslah mempersiapkan dirimu dari segala hal! Harus lancar percakapanmu, harus fasih bahasa Inggeris untuk dakwahmu, harus luas pengetahuan dan ilmumu! Harus pandai menenangkan saat diperlukan. Harus semuanya! Jangan kerana sifatmu yang bermalas malasan mempersiapkan diri, Islam tersimpan, tidak tersebar..!'
Ya Allah, ampunkanlah kesalahan dan kelemahan hambaMu ini..
Ya Allah hiasilah hamba dengan hiasan iman,
dan jadikan hamba orang yang terhidayahi dan mampu menyampaikan hidayah..
Berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada wanita itu..ya Allah..
Ameen Ya Rabbal 'Alamin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment