Hari ini aku keluar membeli barang rumah dengan papa, seronok sangat sebab jarang papa mengajak aku keluar ke kedai. Hari ini papa kerja separuh hari, walaupun hari ini cuti, papa kata dia ingin menyiapkan kerja yg tak sempat dihabiskan semalam.
Apa yg kami beli hari ini? aku lihat ke dalam bakul yg dibawa oleh papa. Dek kerana terlalu seronok berlari-lari di dalam supermarket ini, aku tak sedar apa yg papa capai di rak-rak. Hmm biar aku "check". Ada timun, tomato, roti, filet ikan dan telur.
"Papa, banyak kita beli barang hari ni?"
Selalunya kalau papa balik kerja, tak bnyak barang yang dibeli. Cukup-cukup utk kami dan mama makan. Tak terlebih tak terkurang.
"Esok cuti, kita suruh mama masak sedap ok?"kata papa sambil menunjukkan ibu jarinya.
"Ok!" aku senyum nampak gigi.
Sambil menunuggu papa bayar, aku duduk bergayut-gayut di tiang besi sebelah "cashier". Ya aku memang aktif, melilau ke sana-sini, mulut pun banyak cakap. Papa hanya tersenyum melihat aku. Aku melihat papa, dari atas ke bawah. Baju papa ada debu. Mungkin dari tempat kerjanya. Kulit papa kemerahan, panas agaknya. Kasutnya ada tanah.
"Jom" kata papa selepas selesai bayar. Aku capai tangan papa. "Jumpa lagi" aku katakan dgn nada gembira kpd mak cik cashier. Kami terus keluar dari supermarket itu. Hari ni cuaca baik, walaupun panas, tapi angin bertiup menyejukkan badanku. Kami berjalan turun ke stesyen metro. Semasa turun tangga, dari jauh aku terlihat seorang pak cik tua, eik kaki dia ada satu je? mulut aku ternganga sekejap, aku tarik tangan papa. "Papa, tu" mulut aku muncung ke arah pak cik itu, bersama-sama telunjukku, ke arah yang sama.
"No, kenapa?" tnya papa.
"Kenapa ada satu?"
Papa mula-mula tak faham, kemudian baru dia tahu."Ohh pak cik tu tak ada satu kaki, orang macam tu kita kena tolong. Susah dia nak hidup, tak dapat jalan senang macam kita. Nah, ambil duit ni. Pergi bagi." Aku ambil syling 50 kc itu, berjalan perlahan kearah pak cik itu dan letakkan ke tapak tangannya. Bezanya saiz tangan aku dgn tangannya, warna pun tak sama. Mungkin pak cik ni banyak berjemur juga, macam papa.
Terima kasih, pak cik tu menganggukkan kepala kepada aku sambil tersenyum. Aku senyum malu-malu. Papa berjalan kearahku, menepuk belakang ku sambil tersenyum. Papa berbual sebentar dengan pak cik itu, tentang apa? aku sendiri tak tahu. Mungkin waktu itu aku masih malu-malu, tak sedar apa yg mereka bualkan.
"Jumpa lagi" kami teruskan lagi berjalan.
Aku sayang papa, Walaupun kami tak hidup sesenang org lain, tapi papa banyak mendidik aku tentang ERTI HIDUP, ilmu yang tak semua org dapat. Papa mengajar aku bahawa ada lagi org lain yang lebih susah. ERTI inilah yg membuatkan hidup aku CUKUP. Alhamdulillah.
Kami berjalan pulang, tak sabar nak tunggu apa yg mama nak masak hari ini ;)
[Cerita ini hanya rekaan,smg bermanfaat insyaAllah]
salam wrt wbt~
ReplyDeleteNice one bawang goreng =)
banyak manfaatnya insya Allah. teruskan menulis =)
waalaikumussalam wbt kak rusna~ :) u taky teruskan menghidupan zivot v praze :)
ReplyDelete