Social Icons

Thursday, January 24, 2013

Progeria meruntun jiwa

Usai menonton sebuah video, mata berkaca-kaca menahan sebak.

Gadis kecil berusia 8 tahun ini menghidap penyakit Progeria. Ringkasnya, penyakit ini menyebabkan si pesakit kelihatan lebih tua dari umurnya.

Pelbagai adegan dalam video yang meruntun jiwa ini untuk lebih bersyukur seadanya. Gaids kecil ini 'very well behave' menutur menggunakan bahasa yang baik, senyum yang tak lekang di bibir, dan tak lupa berterima kasih bila mendapat nikmat dari manusia sekeliling. Tak heranlah, ramai yang begitu sayang pada gadis kecil ini, yang diberi nama Hayley.

Fikiranku juga terus teringat subjek Genetics yang aku pelajari di universiti. Banyak sekali penyakit genetics yang dihidapi oleh masyarakat Barat. Pada pengamatan aku, jarang sekali dapat berjumpa dengan anak-anak down syndrome di tanah airku Malaysia. Tapi di sini, penyakit genetics seperti down syndrome sangat kerap berlaku. Menjadi kewajipan wanita hamil lebih dari usia 35 tahun perlu melalui pelbagai ujian screening, dikhuatiri mengandung anak kurang sempurna. tetapi tidak di Malaysia.

Tak dapat tidak sesekali, aku menuduh gaya hidup yang jauh dari agama itu yang mengundang murka Allah dengan penyakit yang selalu menjadi stigma masyarakat. Alkohol menjadi begitu sebati dengan mereka.

Namun di satu sudut, aku mengagumi masyarakat barat. Mereka jarang mendiskriminasi rupa fizikal. Mereka meraikan kanak-kanak ini sesuai dengan keadaan mereka. Aku juga sayu melihat mereka bersungguh-sungguh membawa anak kecil ini berjumpa dengan Steve Irwin (pengacara rancangan haiwan) yang menjadi kegemaran Hayley. Dan menunaikan permintaan anak kecil ini untuk bersama 'Dolphin'.  Ternyata ada hikmah mengapa Allah selalu menurunkan penyakit jarang-jarang dan pelik ini kepada masyarakat di sebelah barat.

Jika kita, Malaysia. Tentu sekali anak itu disorok di dalam rumah. Ya benar ujian seperti ini hebat, kerana semua manusia menginginkan anak yang sempurna. Namun apa yang boleh kita ubah sekarang di peringkat diri sendiri, dan masyarakat ialah berusaha menjadi masyarakat yang supportive, tidak melabel, tidak menilai dan lebih perlu bersifat terbuka menerima perkara sebegini.

Itu belum lagi kita tengok cara mereka melayan dan berbual dengan budak, cara mereka melayan soalan-soalan anak-anak mereka.
"Aaaaahh! jangan dok kagum sangatlah dengan barat tu!" Bukan, bukan. kita boleh mengambil sedikit sebanyak ibrah dari mereka. yang baik dari kita boleh diteruskan, yang belum cukup kita tingkat kan :) Bole,,?" 

"Aku jumpa Islam di Eropah tanpa Muslim. Di sini (Mesir), aku jumpa ramai Muslim tanpa Islam." - Syeikh Muhammad Abduh

p.s: Persoalannya mengapa begini? Ilmu kita tanpa amal mungkin..? Masih jauh akhlak kita dari Rasulullah SAW, buku sirah, hadith, perlu kita terlusuri dengan niat untuk DIAMALkan, inshaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...