Social Icons

Saturday, March 9, 2013

Hati Yang Buta


Ibrahim bin Adham dekelilingi oleh orang ramai di tengah pasar Basrah. Maka ditanya kepadanya akan mengapakah doa kami (orang ramai) tidak dimakbulkan oleh Allah padahal kami selalu berdoa kepadaNya. Lalu Ibrahim bin Adham menjawab:


Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara; iaitu:

Pertama: Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.

Kedua: Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W. tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.

Ketiga: Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya

Keempat: Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.

Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentanganya.

Keenam: Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

Ketujuh: Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

Kelapan: Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

Kesembilan: Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala ke'aiban manusia tetapi kamu lupa ke'aiban kamu sendiri.

Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pelajaran) daripada mereka.



Sumber: Hadis 40 (Imam Nawawi), syarahan hadis ke-10.

Allahu a'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...