Social Icons

Sunday, December 19, 2010

Hidup Bersyariat

Pernahkah anda membeli barangan atau produk elektrik canggih yang tidak mempunyai manual? Pasti celaru fikiran anda memikirkan cara menggunakan alat tersebut. Kalau tersalah guna, mungkin barang yang canggih itu akan rosak. Kalau tidak rosak pun, barangkali manfaatnya tidak dapat digunakan semaksima mungkin.

Begitu juga dengan penciptaan manusia. Kita diciptakan di dunia bukan untuk suka-suka, tapi ditaklifkan dengan pelbagai tanggungjawab kepada manusia, kepada bumi dan khususnya kepada Allah. Sebagai ciptaan yang mempunyai pelbagai ‘tugas khas’, sudah tentunya kita dilengkapkan dengan manual tersendiri dari pencipta kita. Sedangkan iPhone 4 dan iPad pun ada manual, inikan pula manusia, sebaik-baik ciptaan Allah.

Alangkah ruginya andai 'produk terbaik' ini tidak kita gunakan dengan selayaknya seperti yang dilandaskan dalam manual dari pencipta, yakni Al-Quran dan as-Sunnah. Kembali kepada syariat Islam adalah jalan terbaik bagi mengembalikan kesempurnaan fungsi hidup manusia. Tidak perlu kita merujuk cara hidup barat bagi mengubati penyakit masyarakat. Kita bukannya produk mereka.

Suatu hari nanti kita semua pasti akan pulang kepada pencipta Yang Maha Kekal. Harapnya, kita akan dipulangkan setelah berjaya menjalankan fungsi hamba dengan semaksimanya. Insya-Allah...


p/s: sekadar ingin mempromosikan buku yang meringkaskan manual hidup seorang hamba

Thursday, December 16, 2010

Muliakah kamu wahai orang yang ditarbiyyah?

 'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'

Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.

'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.

Keadaan sepi sebentar.

'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'

'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini?  Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.

'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.

'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'

Mereka menggangguk.

'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?'

"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.

'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'

'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.

'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'. 

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.

'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.

Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.

'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.

'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."

***
Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan.

Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.

Artikel ini untuk diri saya. Agar saya mampu bermuhasabah diri. 
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...



Ya. aku kejar TAQWA.



tapi, untuk mencapai taqwa itu, disinilah peranan dakwah dan tarbiyyah.
Sumayyah Abdul Aziz
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud: 88)

Wednesday, December 15, 2010

Muharram is Here!

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Bila sebut saja bulan Muharram, pasti 'ramai' diantara kita yang terlintas mengenai hari Assyura dan peristiwa hijrah. Tak kurang pula di sekolah sekolah, pertandingan nasyid pasti di anjurkan demi memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.




"hijrah itu pengorbanan..."
"hijrah itu perjuangan.."
"hijrah itu persaudaraan"
.....
"oleh itu, mari semua, kita sambut Maal Hijrah..."
"tingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam"
.....
"HIJRAH!"

Jom kita telusuri, satu peristiwa yang berlaku sebelum Rasulullah berhijrah..
"Perancangan Quraisy Hendak Membunuh Muhammad SAW"

Semasa Allah telah mengizinkan Rasulullah berhijrah ke Madinah, orang Quraisy merasa tidak senang. Oleh sebab itu, Abu Jahal telah memanggil pembesar pembesar Quraisy ke persidangan tergempar,"Darul Nadwah."

Abu Jahal telah berpesan bahawa sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Rasulullah tidak dijemput hadir.

Semasa mereka berkumpul datang juga seorang tua yang berpakaian orang Najd. Menurut Rasulullah orang itu ialah iblis yang turut hadir dalam rupa manusia bagi membantu Quraisy menyelesaikan masalah mereka.

Dalam perbincangan itu,
"Kita penjarakan Muhammad" kata Abul Buhturi.

"
Kalau kita penjarakan Muhammad, sahabat-sahabatnya akan terus berkumpul di Madinah dan memerangi kita", balas Abu Jahal dan orang tua itu

"Kita buang negeri ke tempat di luar Tanah Arab", seorang yang lain memberi idea.

"Itu pun tak boleh, nanti Muhammad boleh pergi ke Madinah", jawab beberapa suara, menyangkal idea yang dilontarkan.

masing-masing buntu, sehingga Abu Jahal memberikan cadangan:

"Kita bunuh Muhammad. Kita pilih daripada setiap suku seorang pemuda yang gagah dan mereka nanti membunuh Muhammad secara beramai-ramai. Kalau suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hasyim ingin menuntut bela, mereka tidak akan mampu mengahadapi kita semua"

"Benar, inilah pandangan yang paling tepat!" Jawab lelaki tua itu tadi.

(to be continued)
Pengajaran daripada peristiwa ini,
  • kebatilan yang tersusun, "berpontensi" mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun
  • segala kebaikan yang ingin di lakukan pasti menghadapi susah
  • Rasulullah merupakan aset penting dakwah pada ketika itu sentiasa menjadi sasaran musuh. (bagaimana dengan kita? musuh takut dengan kita?)
  • Peristiwa Hijrah ini penuh dengan cabaran dan tentangan, maka benarlah lagu nasyid yang sering berkumandang itu..
"hijrah itu pengorbanan dan perjuangan=)"

Jom selawat kepada manusia agung yang telah banyak berkorban ini.
p.s: Selawat yang paling utama berbanding selawat-selawat lain, sebagaimana utamanya solat sunat witir berbanding solat-solat sunat lain.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
(Al Ahzab33:56)

"Sesiapa yang berselawat (memohon rahmat dan keampunan) kepada ku sekali, maka Allah akan berselawat (mencurahkan rahmat dan keampunan) kepadanya 10 kali"
(Riwayat muslim no.48)

Rujukan: Biografi Muhammad bin Abdullah, Perjalanan Hidup seorang nabi, Zulkifli Mohd. Yussof
: RIngkasan Riyadhus Solihin, Imam Nawawi.












Sunday, December 5, 2010

“SAYA NK JADI MUJAHHID!!! SAYA NK TEMBAK ORG YAHUDI”

Ok murid2, hari ni kita belajar pasal cita2..cikgu nak tanya cita-cita masing2..ok..kita mulakan dengan aina..apa cita2 kamu?’
‘saya nak jadi doctor cikgu’,.. ‘bagus..kamu pulak aiman? ‘
‘saya nak jadi engineer, cikgu’..’ bagus..kamu pulak bagaimana syafiq? ‘
‘saya nak jadi mujahid cikgu, saya nak pergi tembak semua orang yahudi..mereka semua jahat..’
......terpegun seketika cikgu Aidah medengar jawapan seorang kanak2 yang berusia 7thn itu...



'Nak jadi mujahid? nak pergi jihad? Ala sekarang ini bukan ada seruan jihad pun..so tak payah la nak susah2 pikir..nanti kalau dah ada seruan..pergi je la'..itulah jawapan yang sering kita dengar bila cakap pasal jihad.. “lagi pun, aku belajar ini pun dikira jihad jugak apa..tak semestinya kena angkat senjata..”

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (2:216)

Jika dilihat, Umat islam sekarang semakin lemah..dan apakah puncanya??lemah semangat!!! tidak seperti zaman para sahabat dahulu yang sanggup bermati-matian menegakkan islam..dan apakah punca kita semakin lemah? Adakah sebab kita memang dilahirkan macam itu atau ada tembok penghalang yang menghalang dari kita bangun?? Seseorang pernah berkata, Umat Islam sekarang seperti singa yang dah dibiuskan..lemah,longlai, tak mampu berbuat apa2 walaupun pada hakikatnya kita suatu ketika dahulu sangat hebat dan digeruni musuh..



Apakah sebab umat kita makin lemah? Salah satu faktornya ialah, kurangnya semangat jihad, semangat untuk menegakkn agama Allah..antara kesan Barat yang terkesan ini hingga hari ni adalah tentang jihad..mereka cuba untuk membuat kita lupa tentang kekuatan kita..kita sering dimomokan dengan jihad belajar, jihad melawan nafsu, sehingga kita melupakan 'core' jihad itu sendiri, iaitu jihad mengangkat senjata melawan musuh..mereka sebenarnya takut kalau umat islam memang betul2 ada semangat tersebut..sebab musuh2 Allah ini tahu orang yang sanggup berjihad di medan perang ini sanggup buat apa saja..sanggup mati demi agama..maka salah satu cara nk bunuh semangat itu adalah dengan alihkan perhatian kita pada perkara2 yg boleh membawa kita hanyut hingga melupakan tanggungjawab kita yang sebenar..sebagai contoh,ghazwatul fiq(serangan pemikiran)..mereka menjadikan dunia seolah-olah syurga walaupun ia sebenarnya membawa kita ke neraka!!!



Katakan tiba2 sekarang ni ada seruan jihad? Semua pemuda diwajibkan pergi berjihad melawan jahudi membebaskn tanah palaestin..berapa kerat sahaja yang sanggup? Tentu boleh kira dengan jari..yang sanggup itupun belum tentu cukup berani..kalau pun berani tak cukup 'skills'..kalau tak cukup 'skills' ini ibarat macam pergi bunuh diri sahaja..


Ramai dari kita selalu cakap..aku sanggup pergi berperang, demi islam..aku sanggup tinggalkn keluarga,harta, anak2..tapi kalau kita 'reflect' balik diri kita sendiri, adakah kita BENAR2 sanggup? Walaupun ana sendiri teringin untuk mejadi syuhadah, namun dalam hati kecil ana ni masih ada sekulumit perasan takut dan cintakan dunia..nauzubillah..

maka, macam mana nak hasilkan generasi al-Fateh? Generasi sallehudin Al-Ayyubi? Nak tawan balik Negara yang dulunya jadi hak kita? Di sinilah jalan tarbiyah memainkn peranan..macam budak kecik dalam dialog tadi..mcam mana dia boleh dapat semangat macam tu? tengok dunia pun belum habis lagi, tup2 nak pergi berjihad..so disinilah peranan ibubapa sangat penting..kalau yahudi, anak2  ditanamkan sifat bencikan Islam, kenapa kita tak boleh buat benda yang sama..ana2 ditanamkn dengan semangat nak berjihad, jadi mujahid, gugur sebagai syahid..subhanallah..kalau la anak2 tersebut diasuh dari kecik untuk berjihad, tak mustahil satu hari nanti orang yahudi gigit jari..sebab tengok semangat islam kembali lagi..orang jahudi ni sebenarnya penakut..mereka kuat pun sebab orang islam lemah..kalau mereka tahu semangt jihad islam dah kembali, mereka tahu sejarah pasti berulang kembali...

Dan berperanglah kamu sekalian di jalan Allah, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (2:244)

tapi nanti ada yang kata, ‘isk, tak nak la ajar anak I bab2 violent ni..kita kan islam, so kena peace..tak boleh la nak ganas2..nanti orang ingat terrorists..’

kalau orang yang angkat senjata ni semua terrorists, rasulullah SAW dan sahabat dulu pun semua terrorist la?? Tepuk dada, Tanya iman...

akhir sekali ana sarankan kepada semua, bila dah ada anak nanti tanamkan semangat jihad dari kecil, biar semangat tersebut yang mendorong dia untuk terus berjuang demi Islam dan menjadikan dia muslim yang lebih baik...lebih baik dia terdorong untuk angkat senjata melawan musuh Islam dari dia terdorong mengangkat motor 90darjah...



~wallahualam~

Thursday, December 2, 2010

Kisah Abu Hurairah RA & Si Pendusta

~Sekadar hiasan~



Imam Al-Bukhari meriwayatkan dalam Kitab Sahihnya pada Bab Fadhailul Quran (Keutamaan-keutamaan Al-Quran),

Dari Abu Hurairah R.A, beliau bercerita;

Rasulullah SAW pernah memberikan tugas kepadaku untuk menjaga zakat fitrah.
Lalu, ada seseorang yang mendatangiku seraya meraup makanan (dengan kedua telapak tangannya),

Maka, aku pun segera menangkapnya seraya kukatakan,
“Akan aku laporkan kamu kepada Rasulullah”

Orang itu berkata,
“Biarkanlah aku mengambilnya. Sesungguhnya aku memerlukannya. Aku mempunyai ahli keluarga yang banyak, dan aku mempunyai keperluan yang sangat mendesak.”

Abu Hurairah melanjutkan ceritanya:
Kemudian aku pun membiarkannya, hingga pada keesokan harinya, Rasulullah SAW berkata;
“Hai Abu Hurairah, apa yang dikerjakan oleh tawananmu malam tadi?"

Kujawab, lanjut Abu Hurairah:
“Ya Rasulullah, ia mengadukan keperluannya yang sangat mendesak & keluarganya yang banyak. Maka aku merasa kasihan kepadanya dan membiarkan dia berlalu”

Beliau bersabda:
“ Sesungguhnya dia telah membohongimu dan akan kembali”
Aku tahu bahawa orang itu akan kembali lagi berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Bahawa dia akan kembali”.

Kemudian, aku pun mengintainya.
Ternyata. Dia datang dan meraup makanan.
Lalu aku menangkapnya kembali dan kukatakan:
“Aku akan laporkan engkau kepada Rasulullah SAW.”

Maka, orang itu pun berkata,
“Biarkanlah aku mengambilnya, sesungguhnya aku benar-benar terdesak oleh keperluan dan tanggungan keluarga, aku tidak akan kembali.”
Maka aku pun merasa kasihan dan aku biarkan dia berlalu.

Dan pada keesokan harinya, Rasulullah SAW berkata kepadaku,
“Hai Abu Hurairah, apa yang dikerjakan oleh tawananmu malam tadi?”

Kukatakan,
“Ya Rasulullah, ia mengadukan keperluannya yang sangat mendesak dan keluarganya yang banyak. Maka aku kasihan kepadanya dan aku biarkan dia berlalu.”

Baginda bersabda,
“Sesungguhnya dia telah membohongimu dan dia akan kembali”.

Selanjutnya kuintai untuk kali ketiganya, dan ternyata dia datang kembali dan meraup makanan lagi. Lalu  aku menangkapnya kembali dan kukatakan:
“Aku akan laporkan engkau kepada Rasulullah. Dan ini adalah kali ketiganya & engkau telah berjanji untuk tidak kembali, tetapi, ternyata engkau masih kembali.

Kemudian orang itu berkata:
“Lepaskanlah aku, aku akan ajarkan kepadamu beberapa kalimat, yang dengannya Allah akan memberi manfaat kepadamu”.
“Apakah kalimat-kalimat tersebut?”, tanyaku.

Maka dia menjawab,
“Apabila hendak tidur, maka bacalah ayat kursi:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)’,

Nescaya engkau akan sentiasa ada dalam perlindungan Allah & engkau tidak akan didatangi oleh syaitan sehingga pagi hari tiba”.
Maka aku pun membebaskan orang itu.

Dan pada pagi harinya, Rasulullah SAW berkata kepadaku,
“Apa yang dikerjakan oleh tawananmu malam tadi?”
Kukatakan,
“Ya Rasulullah SAW, orang itu telah mengajarku beberapa kalimat, yang dengannya Allah akan memberi manfaat kepadaku. Maka aku pun membiarkan dia berlalu.”

Baginda SAW bertanya,
“Apakah kalimat-kalimat tersebut?”
“Orang itu berkata kepadaku:
Apabila engkau hendak tidur, maka bacalah ayat kursi:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)’,

Nescaya Allah akan memberikan perlindungan-Nya dan engkau tidak akan didatangi oleh syaitan sehingga pagi hari tiba”

Maka Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya dia telah berkata benar, padahal dia adalah seorang pendusta. Tahukah engkau, hai Abu Hurairah, siapakah yang engkau ajak bicara selama 3 malam tersebut?”
“Tidak,” jawabku.
Baginda bersabda: “Dia adalah syaitan.”

~Tamat~

Wallahua'lam

Rujukan: Kitab Tafsir Ibnu Kathir, Jilid 1, Tafsir Surah Al-Baqarah, 2: 255

Pengajaran daripada kisah:
i) Mari kita jadikan ayat kursi sebagai amalan yang kita baca sebelum tidur :)
ii) Walau siapa pun yang berkongsi ilmu dengan kita, kita patut ambil 'point' daripada kata-katanya, bukan melihat pada orang yang menyampaikan ilmu tersebut. Namun, kena pastikan juga, ilmu yang disampaikannya mestilah benar.

~Selamat beramal~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...