Pernahkah anda membeli barangan atau produk elektrik canggih yang tidak mempunyai manual? Pasti celaru fikiran anda memikirkan cara menggunakan alat tersebut. Kalau tersalah guna, mungkin barang yang canggih itu akan rosak. Kalau tidak rosak pun, barangkali manfaatnya tidak dapat digunakan semaksima mungkin.
Begitu juga dengan penciptaan manusia. Kita diciptakan di dunia bukan untuk suka-suka, tapi ditaklifkan dengan pelbagai tanggungjawab kepada manusia, kepada bumi dan khususnya kepada Allah. Sebagai ciptaan yang mempunyai pelbagai ‘tugas khas’, sudah tentunya kita dilengkapkan dengan manual tersendiri dari pencipta kita. Sedangkan iPhone 4 dan iPad pun ada manual, inikan pula manusia, sebaik-baik ciptaan Allah.
Alangkah ruginya andai 'produk terbaik' ini tidak kita gunakan dengan selayaknya seperti yang dilandaskan dalam manual dari pencipta, yakni Al-Quran dan as-Sunnah. Kembali kepada syariat Islam adalah jalan terbaik bagi mengembalikan kesempurnaan fungsi hidup manusia. Tidak perlu kita merujuk cara hidup barat bagi mengubati penyakit masyarakat. Kita bukannya produk mereka.
Suatu hari nanti kita semua pasti akan pulang kepada pencipta Yang Maha Kekal. Harapnya, kita akan dipulangkan setelah berjaya menjalankan fungsi hamba dengan semaksimanya. Insya-Allah...
Suatu hari nanti kita semua pasti akan pulang kepada pencipta Yang Maha Kekal. Harapnya, kita akan dipulangkan setelah berjaya menjalankan fungsi hamba dengan semaksimanya. Insya-Allah...
No comments:
Post a Comment