Social Icons

Wednesday, December 15, 2010

Muharram is Here!

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Bila sebut saja bulan Muharram, pasti 'ramai' diantara kita yang terlintas mengenai hari Assyura dan peristiwa hijrah. Tak kurang pula di sekolah sekolah, pertandingan nasyid pasti di anjurkan demi memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.




"hijrah itu pengorbanan..."
"hijrah itu perjuangan.."
"hijrah itu persaudaraan"
.....
"oleh itu, mari semua, kita sambut Maal Hijrah..."
"tingkatkan semangat, tegakkan syiar Islam"
.....
"HIJRAH!"

Jom kita telusuri, satu peristiwa yang berlaku sebelum Rasulullah berhijrah..
"Perancangan Quraisy Hendak Membunuh Muhammad SAW"

Semasa Allah telah mengizinkan Rasulullah berhijrah ke Madinah, orang Quraisy merasa tidak senang. Oleh sebab itu, Abu Jahal telah memanggil pembesar pembesar Quraisy ke persidangan tergempar,"Darul Nadwah."

Abu Jahal telah berpesan bahawa sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Rasulullah tidak dijemput hadir.

Semasa mereka berkumpul datang juga seorang tua yang berpakaian orang Najd. Menurut Rasulullah orang itu ialah iblis yang turut hadir dalam rupa manusia bagi membantu Quraisy menyelesaikan masalah mereka.

Dalam perbincangan itu,
"Kita penjarakan Muhammad" kata Abul Buhturi.

"
Kalau kita penjarakan Muhammad, sahabat-sahabatnya akan terus berkumpul di Madinah dan memerangi kita", balas Abu Jahal dan orang tua itu

"Kita buang negeri ke tempat di luar Tanah Arab", seorang yang lain memberi idea.

"Itu pun tak boleh, nanti Muhammad boleh pergi ke Madinah", jawab beberapa suara, menyangkal idea yang dilontarkan.

masing-masing buntu, sehingga Abu Jahal memberikan cadangan:

"Kita bunuh Muhammad. Kita pilih daripada setiap suku seorang pemuda yang gagah dan mereka nanti membunuh Muhammad secara beramai-ramai. Kalau suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hasyim ingin menuntut bela, mereka tidak akan mampu mengahadapi kita semua"

"Benar, inilah pandangan yang paling tepat!" Jawab lelaki tua itu tadi.

(to be continued)
Pengajaran daripada peristiwa ini,
  • kebatilan yang tersusun, "berpontensi" mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun
  • segala kebaikan yang ingin di lakukan pasti menghadapi susah
  • Rasulullah merupakan aset penting dakwah pada ketika itu sentiasa menjadi sasaran musuh. (bagaimana dengan kita? musuh takut dengan kita?)
  • Peristiwa Hijrah ini penuh dengan cabaran dan tentangan, maka benarlah lagu nasyid yang sering berkumandang itu..
"hijrah itu pengorbanan dan perjuangan=)"

Jom selawat kepada manusia agung yang telah banyak berkorban ini.
p.s: Selawat yang paling utama berbanding selawat-selawat lain, sebagaimana utamanya solat sunat witir berbanding solat-solat sunat lain.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
(Al Ahzab33:56)

"Sesiapa yang berselawat (memohon rahmat dan keampunan) kepada ku sekali, maka Allah akan berselawat (mencurahkan rahmat dan keampunan) kepadanya 10 kali"
(Riwayat muslim no.48)

Rujukan: Biografi Muhammad bin Abdullah, Perjalanan Hidup seorang nabi, Zulkifli Mohd. Yussof
: RIngkasan Riyadhus Solihin, Imam Nawawi.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...