Seronokkan ada org bacakan hadith untuk kita? hehe..boleh search kat youtube, ada hadith2 lain juga.=)
Hadith ini adalah hadith ke2 mengikut susunan Imam Nawawi dalam kitab Syarah Hadith 40. Hadith ini amat besar kedudukannya sebab dia meranghkumkan semua tanggungjawab - amalan zahir dan batin. Semua ilmu syari'at dirujukkan padanya dan bercabang darinya. Tahu tak sebab apa sahabat2? mesti boleh teka--> sebab hadith ni kan membicarakan tentang Islam, Iman dan Ihsan- Lengkap!
Jadi, apa pengajaran yang kita boleh ambil dari hadith ini?
1) Mengelokkan pakaian dan keterampilan
sangat elok untuk kita berpakaian bersih dan berwangi2 untuk masuk masjid dan hadiri majlis ilmu serta jaga adab terhadap alim ulama' - sebagaimana Jibril a.s telah megajarkan kita dalam hadith ini. --->banyak antara kita selalu terlupa kan bab ni? pakai pakaian cantik utk keluar dengan kawan2 je. kalau pergi masjid, tak kisah pun ketrampilan diri! =.= (ni untuk lelaki esp, perempuan masih perlu berhati hati, bab berwangi2 ni ye)
2) Islam itu tertegak atas 5 rukun
- Syahadah, Solat, Zakat, Puasa dan Haji bagi yang berkemampuan. --->tanpa salah satu ni, maka lompong lah Islam kita.. yuk sahabat2, buat betul2 Solat kita, puasa kita, zakat kita, dan mari kita berusaha untuk dapat menunaikan Haji! \^.^/
3) Iman itu maksudnya membenarkan dengan hati tanpa berbelah bahagi
akan kewujudan Allah SWT, kewujudan malaikat, kitab2 suci, para rasul, membenarkan adanya hari Akhirat , dan membenarkan bahwa setiap yang bergerak di alam maya ini adalah dengan Taqdir Allah SWT. --->kalau kita benar2 menyematkan Iman ini dalam hati, maka insyaAllah berjayalah kita dan selamat. Jika tidak (na'uzubillah) maka akan sesatlah dan rugi..
4) Ihsan itu adalah Ikhlas dan Tekun
yakni semata mata mengikhlaskan hati dalam beribadat kepada Allah SWT, beribadat seolah2 kita melihat Allah, jika tidak, maka yakin bahawa Allah melihat kita ---> kalau macam ni lah kita rasa dalam setiap ibadah kita, pasti khusyuk!pasti tenang dan damai jiwa disetiap kali ibadah.. dan pasti kita takkan berani melakukan maksiat dan perkara2 lagha..=.= yuk sahabat! mari berusaha ke arah IHSAN!!!!! tak susah pun~ senang2, senang2~
5) Hari Qiyamat dan tanda2nya..
sahabat2..kalau kita perhati hadith tersebut dan realiti kehidupan kita sekarang.. rasa tak sahabat2 bahawa Qiamat semakin menghampiri..? anak2 menderhaka kepada ibu bapa.. urusan2 dirujuk pada bukan ahlinya.. banyak bangunan2 pencakar langit yang dibina..pembaziran... ---> marilah sahabat2.. lazimi taubat kita kepada Allah SWT.. bila Qiyamat sudah dekat..janji kemenangan Islam juga sudah semakin dekat.. marilah kita bersama bertolong bantu berusaha ke arah menegakkan syari'at Allah di atas muka bumi ini!
6) Soalan mengenai Ilmu a) seorang muslim itu hanya akan bertanya tentang perkara2 yang memanfaatkannya di dunia dan di akhirat dan meninggalkan soalan2 yang tidak berfaedah. b) jika seseorang itu menghadiri majlis ilmu, dan dia merasakan peserta 2 majlis ilmu itu ada kemusykilan tentang sesuatu perkara tetapi tiada seorang pun yg bertanya tentangnya, maka hendaklah ia bertanya mengenainya walaupun ia mengetahui akan jawapan kepada persoalan tersebut, agar orang yang menyertai majlis itu memperoleh manfaat dari jawapan terhadap soalannya c) barangsiapa yang ditanya mengenai sesuatu perkara, sedangkan dia tidak mengetahui akan jawapannya..maka hendaklah ia berkata 'Allahu a'lam' (Allah yang lebih mengetahui) maka yang demikian menunjukkan kewarakannya, ketaqwaanya dan ilmunya yang sebenarnya.
Inilah sedikit sebanyak kefahaman hadith yang boleh kita peroleh.
Moga setelah mendengar hadith ini, kita boleh beramal dengannya..insyaAllah..
Jaga diri kawan2 sampai jumpa lagi, insyaAllah..=)
al-Ain(العين) : Iaitu pandangan mata jahat seseorang kepada orang lain.
al-Ain(Evil Eye) mata jahat ini mengikut al-Quran dan as-Sunnah dibahagi pengertiannya seperti berikut :-
1).al-Ain yang bererti mata Jahat, mata permusuhan, mata kebencian,mata tidak puas hati kepada satu pihak lain tidak berasas kepada agama
Firman Allah تعالى : dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan jahat mereka (yang penuh dengan permusuhan, kebencian dan sakit hati), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila.
Berkata ibnu Abbas dan lain-lainnya dalam tafsirnya: Erti mereka(orang kafir) melihatmu ( dengan mata jahat ) bersama dengan pandangan mereka… ayat ini membuktikan benar ada penyakit al-Ain. -Lihat tafsir ibnu Kathir 4/410.
Penyakit al-Ain di dalam Ayat Suci di atas terang-terangan menjadi jawapan kenapakah begitu ramai pelajar-pelajar yang membawa ajaran Muhammad صلى الله عليه والسلام dan bijak pandai tajaan Kerajaan Arab, MARA, KPT dan Kerajaan negeri… etc, gagal pendidikannya di bumi alKafirun ini, jika sebenarnya mereka ini telah belajar bersungguh-sungguh.
2). al-Ain yg bermakna Mata Syaitan dan Mata Hasad
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْعَيْنُ حَقٌّ وَيَحْضُرُ بِهَا الشَّيْطَانُ وَحَسَدُ ابْنِ آدَمَ .[2]2
Maksudnya: Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم al-Ain (Penyakit hati punca dari) mata jahat itu benar dan menghadiri bersamanya syaitan dan hasad (irihati) dari Anak Adam.
Berkata Sheikh Wahid Abdussalam Bali al-Hasad(الحاسد) lebih umum dari al-Ain (العائن) Setiap penyakit al-Ain itu adalah Hasad, dan bukan semua penyakit Hasad itu Ain firman Allah سبحانه وتعالى
Surah al-Falaq ayat yang ke-5 ini menerangkan bahawa Allah سبحانه وتعالى mengajar kita meminta selamat dari penyakit al-Hasad (الحسد ) yang meliputi juga penyakit al-Ain ( العين), Al-Quran didatangi dengan kalimah Hasad ini menjadikannya lebih balaghah, meliputi dan luas maknanya. Berkata Qatadah didalam tafsir al-Tabari 24/705, (Hasad dalam suratul Falaq ini bermaksud) kejahatan mata dan jiwanya…
3). al-Ain yg bermaksud Mata Jin.
Berkata ibnu Qayyim رحمه الله al-Ain (mata) ada dua jenis: 1.Jenis mata Manusia 2. Jenis mata Jin. Buktinya daripada hadis:-
Maksud hadis:Dari Ummu Salmah (رضي الله عنها) bahawa Baginda (صلى الله عليه وسلم) terlihat dalam rumahnya pada wajah gadis kecil merah -gelap hangus atau kekuningan api- (pandangan dari jin atau alamat dari syaitan) sabda baginda : hendaklah dijampi untuknya, maka sesungguhnya bersamanya ada suatu pandangan.
Boleh dibaca dua wajahSuf-ah:سُفْعة atau Saf-ah:سَفعة; yang difahami oleh orang-orang yg memiliki bahasa lisan Banginda صلى الله عليه والسلام iaitu Arab seperti berikut;-
…(السفعة : العين ، ويقال به سفعة من الشيطان أى مس ـ لسان العرب مادة (سفع
ويعتقد العرب فى الجاهلية أن السفعة ” نظرة من الجن ” - المفصل فى تاريخ العرب 6/753
وقال ابن قتيبة: لون يخالف لون الوجه… غير لون الأصلي…، – فتح الباري: 10/212
Maksudnya: asSuf-ah :Mata jahat, dan dikatakan dari sentuhan syaitan -: Lisan alArabi, Madah (سفع)… dan Arab pada zaman Jahiliyah mempercahayai bahawa asSuf-ah adalah satu pandangan daripada pandangan Jin – lihat alMufassal pit tarikh alArabi 6/753. dan berkata Ibnu Qutaibah: Warna yang berbeza dari warna muka… lain warna (muka) yang asal… Fath alBari:10/212.
Al-Ain (Mata jahat ) ini terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut:-
1) al-Ain Pelik / Kagum (المعجبة)
2) al-Ain Dengki /Iri Hati (الحاسدة)
3) al-Ain Permusuhan / Pembunuhan (القاتلة)
Penyakit al-Ain ini ada sebahagiannya yang dari mata jahat manusia itu sendiri dan ada juga daripada mata jahat jin atau syaitan, seperti ada sebut dalam Sunan al-Nisai no.5494 ;
Ertinya: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم meminta jauh dari mata jahat jin dan mata jahat manusia, tak kala diturunkan dua surah pelindung (الناس و الفلق)Baginda mengambil dan menggunakan keduanya, lalu meninggalkan yang lain (iaitu doa Pelindung sebelum dua surah itu diwahyukan) .
1- al-Ain Pelik / Kagum (المعجبة)
Jiwa manusia ini, jika merasa terlebih kagum kerana melihat atau mendapat kurnia dan rahmat Allah تعالى , hati boleh menjadi rosak, sombong, ego, takabbur dan sebagainya. Firman Allah dalam Suratul Kahfi:39
Ertinya; Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ailah barang yang dikehendaki Allah..! , tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah..?) Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu.
Apabila kita melihat sesuatu perkara yang pelik dan mengkagumkan kita, Sabda al-Mustafa صلى الله عليه وسلم dalam dalam Sunan Ibnu Majah dan Imam Ahmad رواه ابن ماجه وأحمد
إذا رأى أحدكم من أخيه ما يعجبه فليدع له بالبركة
Ertinya: Jika salah seorang dari kamu melihat apa yang mengkagumkan (suka ataubenci) dari saudaranya, maka tinggalkanlah doa untuknya dengan keberkatan.
Ertinya; Apabila kamu melihat apa yang mengkagumkan (suka atau tak suka) dari hak milik sendiri atau orang lain, maka tinggalkanlah (doakanlah) untuk keberkatan, sesungguhnya al-Ain itu benar.
Ertinya:Penyakit al-Ain ada bersama kekaguman sekalipun tanpa hasad, dan sekalipun terhadap lelaki yang disukai, dan lelaki yg soleh. Dan orang yang mengkagumi sesuatu, semestinya segera berdoa untuk keberkatan dan itu adalah Ruqyah.
Adalah sangat penting bagi kita sebagai seorang muslim, apabila melihat sesuatu yang mengkagumkan, yang kita sukai, yang kita nampak pelik, yang mengejutkan kita atau yang menghairankan atau atas kejayan dan keseronakan diri sendiri mahupun orang lain, maka hendaklah kita berdoa dengan keberkatan, sama ada sesuatu perkara itu hak milik kita sendiri mahupun kepunyaan orang lain, seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:” ِألا بَرَّكْتَ عليه ” أي : قلت : اللهم بارك عليه… زاد المعاد Ertinya: ”Kamu hendaklah berdoa untuk keberkatan kepadanya”. Sesungguhnya doa keberkatan itu , boleh menyelamatkan seseorang dari penyakit al-Ain.
2) al-Ain Dengki /Iri Hati (الحاسدة)
Al-Ain dengki atau irihati ini antaranya berpunca dari mata, lalu membawa kepada jiwa menjadi jahat. Hati yang berdengki terhadap nikmat yang diberi oleh Allah تعالى kepada orang lain, contohnya seperti kedengkian terhadap jemaah yang memperjuangkan al-Quran dan as- Sunnah atau jemaah gerakan Islam, atau dengki terhadap agama Islam itu sendiri, Firman Allah تعالى dalam al-Quran nulKarim.
Erti firman Allah تعالى: Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada merekakebenaran (Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم)
Antara Ahli ilmi yang membezakan diantara al-Ain (العين: Mata Jahat) dengan al-Hasad(الحسد: Iri Hati, Dengki) ialah: Ibnu Jauzi, Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar dan Imam an-Nawawi…
Hasad ini InsyaAllah akan dibicarakan secara terperinci di dalam tajukal-Hasad dan Rawatannya Secara Ruqyah dari Quran dan Sunnah …
3) al-Ain Pembunuhan (القاتلة)
Penyakit al-Ain jenis (القاتلة) ini adalah sangat merbahaya dan boleh dikatakan racun kehidupan yang susah untuk dirawati. Ada tercatat dalam himpunan hadis sahih, oleh al-Muhaddis al-Baani: no.747, Hadis yang dicerita oleh Jabir bin Abdullah رضي الله عنه berkata: Sabda Nabi al-Musthofa صلى الله عليه والسلام ;-
أَكْثَرُ مَنْ يَمُوتُ مِنْ أُمَّتِي بَعْدَ كِتَابِ اللَّهِ وَقَضَائِهِ وَقَدَرِهِ بِالْأَنْفُسِ ، يعني بالعين . خلاصة الدرجة: إسناده حسن
Ertinya: . Sangat ramai dari kalangan ummatku yg meninggal dunia selepas tulisan Allah dan Qadha Qadarnya ialah berpunca daripada penyakit al-Ain. kesimpulan darjat ini hadis adalah Hasan.
يقول صلى الله عليه وسلم : “عَلامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ؛ إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ” حديث صحيح
Tanda-tanda anda terkena penyakit al-Ain (أعراض العين) adalah seperti berikut;-
01-Sakit kepala. 02-Kelabu mata sejenak (kemaya), kemudian sakit kepala. 03-Warna muka berubah dari wajah asal pucat kuning atau merah. 04-Tidak ada selera makan, si kecil (bayi) tidak mahu menyusu. 05-Si ibu malas menyusui si kecil (bayi). 06-Susah untuk tidur malam. 07-Cuaca yang sangat baik, tetapi pesakit al-Ain akan merasa panas atau sejuk berlainan dengan keadaan cuaca. 08-Jantung berdebar-debar. 09-Sakit atau lenguh merata badan , kadang-kadang pada paha, betis, kaki, bahu dan sebagainya sedangkan pakar perubatan sains mengesahkan anda sihat. 10- Sempit dada (sesak/ so’oh) menangis bukan kerana bertaubat atau agama al-hanif. 11- Termenung di sungai, pantai, air terjun, tempat-tempat peranginan atau umpamanya yang tidak berasas bukan kerana memikir atau mengkaji kebesaran Ilahi. 12- Cepat marah atau penakut yg luar biasa. 13- Tidak sabar atau banyak bersedih yang luar biasa. 14- Selalu bermimpi buruk seperti diganggu oleh ular atau binatang-binatang ganas dan seumpamanya. 15-Kesunyian atau kesepian yang melebihi kebiasaan. 16-Suka mengurung diri di dalam bilik atau bilik air, jika sebelumnya dia seorang yang ceria dan peramah. 17- Malas dan cepat penat dalam belajar atau mengantuk. Selalu tertidur semasa belajar, ada hal hari berikut, beliau telah cukup masa tidur dimana tidurnya sudah melebihi 6 jam.
Jika ada salah satu diantara tanda-tandanya diatas, ketahuilah anda dalam keadaan merbahaya dimana hendaklah diRuqyah serta merawat diri sendiri atau meminta orang lain merawatnya tetapi bukanlah daripada bomoh yang terpesong aqidahnya yang mana akan membawa kefasikan.
Bagaimanakah anda mahu mengenali orang yang ada penyakit al-Ain (mata jahat) ini ..??
Untuk mengetahui orang yang ada penyakit al-Ain (Mata Jahat) adalah seperti berikut;-
1)- Orang yang memuji seseorang tidak sebut nama Allah تعالى dan tidak berdoa untuk keberkatan contohnya tidak berkata: ماشاء الله، تبارك الله atau ماشاء الله، بارك الله ketika memuji.
2)- Ada kawannya atau keluarganya yang memberitahu mengenai kepelikan perangainya. – Orang ini berkemungkinan besar termasuk dalam senarai pesakit al-Ain (mata Jahat).
3)- Orang yang merasa terasing diri dari orang tertentu atau dari kawan tertentu dan tidak ada permusuhan atau pergaduhan secara jelas yang boleh membukti. – Orang ini juga termasuk dalam senarai pesakit al-Ain (mata Jahat).
4)- Orang yang membawa cerita berita ” Bahawa Si Pulan mencela atau memuji anda dimana dimasa menyampaikan itu, tidak disebut nama allah.
keterangan yg lebih lanjut dan cara2 mengubati PENYAKIT AIN ini boleh didapati di blog: