Islam dan Matematik
Sepanjang zaman keemasan Islam (662-1600M), saintis-saintis Muslim telah memelihara dan
membangunkan ilmu matematik Yunani, sekaligus memungkinkan kemajuan yang kita nikmati
sekarang
Algebra
Istilah algebra berasal dari Arab Jabr al-istilah dalam tajuk Al-Jabr wal muqabalah Al-
Khawarizmi. Di awalnya digunakan istilah al-Jabr untuk menggambarkan kaedah daripada "reduksi"
dan "balancing", yang selalu kita gunakan di dalam permasalahan 'anu'.
Ada tiga teori tentang asal-usul algebra Arab. Yang pertama menekankan pengaruh Hindu, kedua
pengaruh Mesopotamia atau Parsi-Syria, dan yang ketiga pengaruh Yunani. Banyak sarjana percaya
bahawa itu adalah hasil kombinasi dari semua tiga sumber.
Sepanjang masa mereka berkuasa, sebelum jatuhnya tamadun Islam, orang Arab menggunakan
algebra di mana hanya perkataan digunakan, bukan nombor. Orang-orang Arab akhirnya
menggantikan perkataan (contohnya kata dua puluh dua) dengan angka Arab (misalnya 22), tetapi
orang-orang Arab tidak pernah mengambil atau mengembangkan algebra simbol (x=2 atau y=2x),
sampai karya Ibn al-Banna al- Marrakushi pada abad ke-13 dan ibn al-Hasan Abu Ali al-Qalasādī di
abad 15.
Ada empat tahap konsep dalam pembangunan algebra, seperti berikut:
* Tahap geometrik, di mana konsep algebra sebahagian besarnya adalah berdasarkan geometri. Ini
berasala daripada tamadun Babylon, diteruskan oleh tamadun Yunani dan akhirnya dihidupkan
semula oleh Omar Khayyam.
* Tahap-penyelesaian persamaan statik, dimana tujuannya adalah untuk mencari nombor yang
memuaskan hubungan tertentu. Tahap ini merupakan tahap yang telah dibangunkan oleh Al-
Khwarizmi, berasaskan pengetahuan ilmuan seperti Diophantus dan Brahmagupta.
* Tahap fungsi dinamik. Tahap ini telah muncul hasil usaha ilmuan Islam Sharaf al-Din al-Tusi, tetapi
akhirnya disepurnakan oleh Gottfried Leibniz.
* Tahap abstrak di mana struktur matematik memainkan peranan terpenting. Sebahagian besar
daripada Algebra abstrak merupakan produk dari abad ke-19 dan 20.
Di manakah saintis Islam di zaman sekarang? Ayuh kita dalami ilmu masing-masing. Allah tidak
jadikan perkataan Iqra' sebagai perkataan pertama kerana saja-saja. Mari menuntut ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment