Oleh: Ustaz Abu Nik Abdullah Azzam
al-Ain(العين) : Iaitu pandangan mata jahat seseorang kepada orang lain.
al-Ain(Evil Eye) mata jahat ini mengikut al-Quran dan as-Sunnah dibahagi pengertiannya seperti berikut :-
1). al-Ain yang bererti mata Jahat, mata permusuhan, mata kebencian,mata tidak puas hati kepada satu pihak lain tidak berasas kepada agama
Firman Allah تعالى : dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan jahat mereka (yang penuh dengan permusuhan, kebencian dan sakit hati), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila.
Berkata ibnu Abbas dan lain-lainnya dalam tafsirnya: Erti mereka(orang kafir) melihatmu ( dengan mata jahat ) bersama dengan pandangan mereka… ayat ini membuktikan benar ada penyakit al-Ain. -Lihat tafsir ibnu Kathir 4/410.
Penyakit al-Ain di dalam Ayat Suci di atas terang-terangan menjadi jawapan kenapakah begitu ramai pelajar-pelajar yang membawa ajaran Muhammad صلى الله عليه والسلام dan bijak pandai tajaan Kerajaan Arab, MARA, KPT dan Kerajaan negeri… etc, gagal pendidikannya di bumi alKafirun ini, jika sebenarnya mereka ini telah belajar bersungguh-sungguh.
2). al-Ain yg bermakna Mata Syaitan dan Mata Hasad
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْعَيْنُ حَقٌّ وَيَحْضُرُ بِهَا الشَّيْطَانُ وَحَسَدُ ابْنِ آدَمَ .[2]2
Maksudnya: Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم al-Ain (Penyakit hati punca dari) mata jahat itu benar dan menghadiri bersamanya syaitan dan hasad (irihati) dari Anak Adam.
Berkata Sheikh Wahid Abdussalam Bali al-Hasad(الحاسد) lebih umum dari al-Ain (العائن) Setiap penyakit al-Ain itu adalah Hasad, dan bukan semua penyakit Hasad itu Ain firman Allah سبحانه وتعالى
… وَمِن شَرّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ) قال قتادة: مِنْ شَرِّ عَيْنِهِ ونَفْسِهِ )
Surah al-Falaq ayat yang ke-5 ini menerangkan bahawa Allah سبحانه وتعالى mengajar kita meminta selamat dari penyakit al-Hasad (الحسد ) yang meliputi juga penyakit al-Ain ( العين), Al-Quran didatangi dengan kalimah Hasad ini menjadikannya lebih balaghah, meliputi dan luas maknanya. Berkata Qatadah didalam tafsir al-Tabari 24/705, (Hasad dalam suratul Falaq ini bermaksud) kejahatan mata dan jiwanya…
3). al-Ain yg bermaksud Mata Jin.
Berkata ibnu Qayyim رحمه الله al-Ain (mata) ada dua jenis : 1.Jenis mata Manusia 2. Jenis mata Jin. Buktinya daripada hadis:-
فتح الباري شرح صحييح البحاري : 5407
Maksud hadis: Dari Ummu Salmah (رضي الله عنها) bahawa Baginda (صلى الله عليه وسلم) terlihat dalam rumahnya pada wajah gadis kecil merah -gelap hangus atau kekuningan api- (pandangan dari jin atau alamat dari syaitan) sabda baginda : hendaklah dijampi untuknya, maka sesungguhnya bersamanya ada suatu pandangan.
Boleh dibaca dua wajah Suf-ah:سُفْعة atau Saf-ah:سَفعة ; yang difahami oleh orang-orang yg memiliki bahasa lisan Banginda صلى الله عليه والسلام iaitu Arab seperti berikut;-
…(السفعة : العين ، ويقال به سفعة من الشيطان أى مس ـ لسان العرب مادة (سفع
ويعتقد العرب فى الجاهلية أن السفعة ” نظرة من الجن ” - المفصل فى تاريخ العرب 6/753
وقال ابن قتيبة: لون يخالف لون الوجه… غير لون الأصلي…، – فتح الباري: 10/212
Maksudnya:
asSuf-ah :Mata jahat, dan dikatakan dari sentuhan syaitan -: Lisan alArabi, Madah (سفع)…
dan Arab pada zaman Jahiliyah mempercahayai bahawa asSuf-ah adalah satu pandangan daripada pandangan Jin – lihat alMufassal pit tarikh alArabi 6/753.
dan berkata Ibnu Qutaibah: Warna yang berbeza dari warna muka… lain warna (muka) yang asal… Fath alBari:10/212.
asSuf-ah :Mata jahat, dan dikatakan dari sentuhan syaitan -: Lisan alArabi, Madah (سفع)…
dan Arab pada zaman Jahiliyah mempercahayai bahawa asSuf-ah adalah satu pandangan daripada pandangan Jin – lihat alMufassal pit tarikh alArabi 6/753.
dan berkata Ibnu Qutaibah: Warna yang berbeza dari warna muka… lain warna (muka) yang asal… Fath alBari:10/212.
Al-Ain (Mata jahat ) ini terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut:-
1) al-Ain Pelik / Kagum (المعجبة)
3) al-Ain Permusuhan / Pembunuhan (القاتلة)
Penyakit al-Ain ini ada sebahagiannya yang dari mata jahat manusia itu sendiri dan ada juga daripada mata jahat jin atau syaitan, seperti ada sebut dalam Sunan al-Nisai no.5494 ;
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَعَوَّذُ مِنْ عَيْنِ الْجَانِّ وَعَيْنِ الْإِنْسِ فَلَمَّا نَزَلَتْ الْمُعَوِّذَتَانِ أَخَذَ بِهِمَا وَتَرَكَ مَا سِوَى ذَلِكَ
Ertinya: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم meminta jauh dari mata jahat jin dan mata jahat manusia, tak kala diturunkan dua surah pelindung (الناس و الفلق) Baginda mengambil dan menggunakan keduanya, lalu meninggalkan yang lain (iaitu doa Pelindung sebelum dua surah itu diwahyukan) .
1- al-Ain Pelik / Kagum (المعجبة)
Jiwa manusia ini, jika merasa terlebih kagum kerana melihat atau mendapat kurnia dan rahmat Allah تعالى , hati boleh menjadi rosak, sombong, ego, takabbur dan sebagainya. Firman Allah dalam Suratul Kahfi:39
وَلَوْلا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالا وَوَلَدًا
Ertinya; Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ailah barang yang dikehendaki Allah..! , tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah..?) Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu.
Apabila kita melihat sesuatu perkara yang pelik dan mengkagumkan kita, Sabda al-Mustafa صلى الله عليه وسلم dalam dalam Sunan Ibnu Majah dan Imam Ahmad رواه ابن ماجه وأحمد
إذا رأى أحدكم من أخيه ما يعجبه فليدع له بالبركة
Ertinya: Jika salah seorang dari kamu melihat apa yang mengkagumkan (suka ataubenci) dari saudaranya, maka tinggalkanlah doa untuknya dengan keberkatan.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ نَفْسِهِ وَأَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ بِالْبَرَكَةِ فَإِنَّ
الْعَيْنَ حَقٌّ
المستدرك على الصحيحين : ج 5 / 7574
Ertinya; Apabila kamu melihat apa yang mengkagumkan (suka atau tak suka) dari hak milik sendiri atau orang lain, maka tinggalkanlah (doakanlah) untuk keberkatan, sesungguhnya al-Ain itu benar.
Berkara ibnu Hajar dalam Fathul Bari: (10 / 205)
وَأَنَّ الْعَيْنَ تَكُونُ مَعَ الْإِعْجَابِ وَلَوْ بِغَيْرِ حَسَدٍ ، وَلَوْ مِنَ الرَّجُلِ الْمُحِبِّ ، وَمِنَ الرَّجُلِ الصَّالِحِ ، وَأَنَّ الَّذِي يُعْجِبُهُ الشَّيْءُ يَنْبَغِي أَنْ يُبَادِرَ إِلَى الدُّعَاءِ لِلَّذِي يُعْجِبُهُ بِالْبَرَكَةِ
Ertinya: Penyakit al-Ain ada bersama kekaguman sekalipun tanpa hasad, dan sekalipun terhadap lelaki yang disukai, dan lelaki yg soleh. Dan orang yang mengkagumi sesuatu, semestinya segera berdoa untuk keberkatan dan itu adalah Ruqyah.
Adalah sangat penting bagi kita sebagai seorang muslim, apabila melihat sesuatu yang mengkagumkan, yang kita sukai, yang kita nampak pelik, yang mengejutkan kita atau yang menghairankan atau atas kejayan dan keseronakan diri sendiri mahupun orang lain, maka hendaklah kita berdoa dengan keberkatan, sama ada sesuatu perkara itu hak milik kita sendiri mahupun kepunyaan orang lain, seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:” ِألا بَرَّكْتَ عليه ” أي : قلت : اللهم بارك عليه… زاد المعاد Ertinya: ”Kamu hendaklah berdoa untuk keberkatan kepadanya”. Sesungguhnya doa keberkatan itu , boleh menyelamatkan seseorang dari penyakit al-Ain.
2) al-Ain Dengki /Iri Hati (الحاسدة)
Al-Ain dengki atau irihati ini antaranya berpunca dari mata, lalu membawa kepada jiwa menjadi jahat. Hati yang berdengki terhadap nikmat yang diberi oleh Allah تعالى kepada orang lain, contohnya seperti kedengkian terhadap jemaah yang memperjuangkan al-Quran dan as- Sunnah atau jemaah gerakan Islam, atau dengki terhadap agama Islam itu sendiri, Firman Allah تعالى dalam al-Quran nulKarim.
يقول الله تعالى: وَدّ كَثِيرٌ مّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدّونَكُم مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفّاراً حَسَداً مّنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مّن بَعْدِ مَا تَبَيّنَ لَهُمُ الْحَقّ…البقرة: 109
Erti firman Allah تعالى: Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada merekakebenaran (Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم)
Antara Ahli ilmi yang membezakan diantara al-Ain (العين: Mata Jahat) dengan al-Hasad(الحسد: Iri Hati, Dengki) ialah: Ibnu Jauzi, Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar dan Imam an-Nawawi…
Hasad ini InsyaAllah akan dibicarakan secara terperinci di dalam tajuk al-Hasad dan Rawatannya Secara Ruqyah dari Quran dan Sunnah …
3) al-Ain Pembunuhan (القاتلة)
Penyakit al-Ain jenis (القاتلة) ini adalah sangat merbahaya dan boleh dikatakan racun kehidupan yang susah untuk dirawati. Ada tercatat dalam himpunan hadis sahih, oleh al-Muhaddis al-Baani: no.747, Hadis yang dicerita oleh Jabir bin Abdullah رضي الله عنه berkata: Sabda Nabi al-Musthofa صلى الله عليه والسلام ;-
أَكْثَرُ مَنْ يَمُوتُ مِنْ أُمَّتِي بَعْدَ كِتَابِ اللَّهِ وَقَضَائِهِ وَقَدَرِهِ بِالْأَنْفُسِ ، يعني بالعين . خلاصة الدرجة: إسناده حسن
Ertinya: . Sangat ramai dari kalangan ummatku yg meninggal dunia selepas tulisan Allah dan Qadha Qadarnya ialah berpunca daripada penyakit al-Ain. kesimpulan darjat ini hadis adalah Hasan.
يقول صلى الله عليه وسلم : “عَلامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ؛ إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ” حديث صحيح
Tanda-tanda anda terkena penyakit al-Ain (أعراض العين) adalah seperti berikut;-
01-Sakit kepala.
02-Kelabu mata sejenak (kemaya), kemudian sakit kepala.
03-Warna muka berubah dari wajah asal pucat kuning atau merah.
04-Tidak ada selera makan, si kecil (bayi) tidak mahu menyusu.
05-Si ibu malas menyusui si kecil (bayi).
06-Susah untuk tidur malam.
07-Cuaca yang sangat baik, tetapi pesakit al-Ain akan merasa panas atau sejuk berlainan dengan keadaan cuaca.
08-Jantung berdebar-debar.
09-Sakit atau lenguh merata badan , kadang-kadang pada paha, betis, kaki, bahu dan sebagainya sedangkan pakar perubatan sains mengesahkan anda sihat.
10- Sempit dada (sesak/ so’oh) menangis bukan kerana bertaubat atau agama al-hanif.
11- Termenung di sungai, pantai, air terjun, tempat-tempat peranginan atau umpamanya yang tidak berasas bukan kerana memikir atau mengkaji kebesaran Ilahi.
12- Cepat marah atau penakut yg luar biasa.
13- Tidak sabar atau banyak bersedih yang luar biasa.
14- Selalu bermimpi buruk seperti diganggu oleh ular atau binatang-binatang ganas dan seumpamanya.
15-Kesunyian atau kesepian yang melebihi kebiasaan.
16-Suka mengurung diri di dalam bilik atau bilik air, jika sebelumnya dia seorang yang ceria dan peramah.
17- Malas dan cepat penat dalam belajar atau mengantuk. Selalu tertidur semasa belajar, ada hal hari berikut, beliau telah cukup masa tidur dimana tidurnya sudah melebihi 6 jam.
02-Kelabu mata sejenak (kemaya), kemudian sakit kepala.
03-Warna muka berubah dari wajah asal pucat kuning atau merah.
04-Tidak ada selera makan, si kecil (bayi) tidak mahu menyusu.
05-Si ibu malas menyusui si kecil (bayi).
06-Susah untuk tidur malam.
07-Cuaca yang sangat baik, tetapi pesakit al-Ain akan merasa panas atau sejuk berlainan dengan keadaan cuaca.
08-Jantung berdebar-debar.
09-Sakit atau lenguh merata badan , kadang-kadang pada paha, betis, kaki, bahu dan sebagainya sedangkan pakar perubatan sains mengesahkan anda sihat.
10- Sempit dada (sesak/ so’oh) menangis bukan kerana bertaubat atau agama al-hanif.
11- Termenung di sungai, pantai, air terjun, tempat-tempat peranginan atau umpamanya yang tidak berasas bukan kerana memikir atau mengkaji kebesaran Ilahi.
12- Cepat marah atau penakut yg luar biasa.
13- Tidak sabar atau banyak bersedih yang luar biasa.
14- Selalu bermimpi buruk seperti diganggu oleh ular atau binatang-binatang ganas dan seumpamanya.
15-Kesunyian atau kesepian yang melebihi kebiasaan.
16-Suka mengurung diri di dalam bilik atau bilik air, jika sebelumnya dia seorang yang ceria dan peramah.
17- Malas dan cepat penat dalam belajar atau mengantuk. Selalu tertidur semasa belajar, ada hal hari berikut, beliau telah cukup masa tidur dimana tidurnya sudah melebihi 6 jam.
Jika ada salah satu diantara tanda-tandanya diatas, ketahuilah anda dalam keadaan merbahaya dimana hendaklah diRuqyah serta merawat diri sendiri atau meminta orang lain merawatnya tetapi bukanlah daripada bomoh yang terpesong aqidahnya yang mana akan membawa kefasikan.
Bagaimanakah anda mahu mengenali orang yang ada penyakit al-Ain (mata jahat) ini ..??
Untuk mengetahui orang yang ada penyakit al-Ain (Mata Jahat) adalah seperti berikut;-
1)- Orang yang memuji seseorang tidak sebut nama Allah تعالى dan tidak berdoa untuk keberkatan contohnya tidak berkata: ماشاء الله، تبارك الله atau ماشاء الله، بارك الله ketika memuji.
2)- Ada kawannya atau keluarganya yang memberitahu mengenai kepelikan perangainya. – Orang ini berkemungkinan besar termasuk dalam senarai pesakit al-Ain (mata Jahat).
3)- Orang yang merasa terasing diri dari orang tertentu atau dari kawan tertentu dan tidak ada permusuhan atau pergaduhan secara jelas yang boleh membukti. – Orang ini juga termasuk dalam senarai pesakit al-Ain (mata Jahat).
4)- Orang yang membawa cerita berita ” Bahawa Si Pulan mencela atau memuji anda dimana dimasa menyampaikan itu, tidak disebut nama allah.
keterangan yg lebih lanjut dan cara2 mengubati PENYAKIT AIN ini boleh didapati di blog:
No comments:
Post a Comment