Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat2
apa khabar?
moga sihat2 dan tenang2 aja =)
sahabat2 pernah dengar hadith 2 dari Imam Nawawi?
jom kita dengar!
Seronokkan ada org bacakan hadith untuk kita? hehe..boleh search kat youtube, ada hadith2 lain juga.=)
Hadith ini adalah hadith ke2 mengikut susunan Imam Nawawi dalam kitab Syarah Hadith 40. Hadith ini amat besar kedudukannya sebab dia meranghkumkan semua tanggungjawab - amalan zahir dan batin. Semua ilmu syari'at dirujukkan padanya dan bercabang darinya.
Tahu tak sebab apa sahabat2? mesti boleh teka--> sebab hadith ni kan membicarakan tentang Islam, Iman dan Ihsan- Lengkap!
Jadi, apa pengajaran yang kita boleh ambil dari hadith ini?
1) Mengelokkan pakaian dan keterampilan
sangat elok untuk kita berpakaian bersih dan berwangi2 untuk masuk masjid dan hadiri majlis ilmu serta jaga adab terhadap alim ulama' - sebagaimana Jibril a.s telah megajarkan kita dalam hadith ini.
---> banyak antara kita selalu terlupa kan bab ni? pakai pakaian cantik utk keluar dengan kawan2 je. kalau pergi masjid, tak kisah pun ketrampilan diri! =.= (ni untuk lelaki esp, perempuan masih perlu berhati hati, bab berwangi2 ni ye)
2) Islam itu tertegak atas 5 rukun
- Syahadah, Solat, Zakat, Puasa dan Haji bagi yang berkemampuan.
---> tanpa salah satu ni, maka lompong lah Islam kita.. yuk sahabat2, buat betul2 Solat kita, puasa kita, zakat kita, dan mari kita berusaha untuk dapat menunaikan Haji! \^.^/
3) Iman itu maksudnya membenarkan dengan hati tanpa berbelah bahagi
akan kewujudan Allah SWT, kewujudan malaikat, kitab2 suci, para rasul, membenarkan adanya hari Akhirat , dan membenarkan bahwa setiap yang bergerak di alam maya ini adalah dengan Taqdir Allah SWT.
---> kalau kita benar2 menyematkan Iman ini dalam hati, maka insyaAllah berjayalah kita dan selamat. Jika tidak (na'uzubillah) maka akan sesatlah dan rugi..
4) Ihsan itu adalah Ikhlas dan Tekun
yakni semata mata mengikhlaskan hati dalam beribadat kepada Allah SWT, beribadat seolah2 kita melihat Allah, jika tidak, maka yakin bahawa Allah melihat kita
---> kalau macam ni lah kita rasa dalam setiap ibadah kita, pasti khusyuk!pasti tenang dan damai jiwa disetiap kali ibadah.. dan pasti kita takkan berani melakukan maksiat dan perkara2 lagha..=.=
yuk sahabat! mari berusaha ke arah IHSAN!!!!! tak susah pun~ senang2, senang2~
5) Hari Qiyamat dan tanda2nya..
sahabat2..kalau kita perhati hadith tersebut dan realiti kehidupan kita sekarang.. rasa tak sahabat2 bahawa Qiamat semakin menghampiri..? anak2 menderhaka kepada ibu bapa.. urusan2 dirujuk pada bukan ahlinya.. banyak bangunan2 pencakar langit yang dibina..pembaziran...
---> marilah sahabat2.. lazimi taubat kita kepada Allah SWT..
bila Qiyamat sudah dekat..janji kemenangan Islam juga sudah semakin dekat.. marilah kita bersama bertolong bantu berusaha ke arah menegakkan syari'at Allah di atas muka bumi ini!
6) Soalan mengenai Ilmu
a) seorang muslim itu hanya akan bertanya tentang perkara2 yang memanfaatkannya di dunia dan di akhirat dan meninggalkan soalan2 yang tidak berfaedah.
b) jika seseorang itu menghadiri majlis ilmu, dan dia merasakan peserta 2 majlis ilmu itu ada kemusykilan tentang sesuatu perkara tetapi tiada seorang pun yg bertanya tentangnya, maka hendaklah ia bertanya mengenainya walaupun ia mengetahui akan jawapan kepada persoalan tersebut, agar orang yang menyertai majlis itu memperoleh manfaat dari jawapan terhadap soalannya
c) barangsiapa yang ditanya mengenai sesuatu perkara, sedangkan dia tidak mengetahui akan jawapannya..maka hendaklah ia berkata 'Allahu a'lam' (Allah yang lebih mengetahui) maka yang demikian menunjukkan kewarakannya, ketaqwaanya dan ilmunya yang sebenarnya.
Inilah sedikit sebanyak kefahaman hadith yang boleh kita peroleh.
Moga setelah mendengar hadith ini, kita boleh beramal dengannya..insyaAllah..
Jaga diri kawan2
sampai jumpa lagi, insyaAllah..=)
No comments:
Post a Comment