Social Icons

Wednesday, July 20, 2011

belangkas

daripada Ustazah Noraslina Jusin (isteri Ustaz Zaharuddin )
Muslimah-muslimah ini bukan dari golongan biasa-biasa.Mereka berpendidikan agama dan mengikuti tarbiyah serta bergaul bersama kelompok yang solehah, namun entah di mana silapnya mereka terjebak dalam hubungan terlarang. Cinta sonsang sesama sahabat perempuan!

Inilah antara persoalan yang menguasai minda saya tika ini. Mereka inginkan nasihat kerana berbicara soal hukum, mereka juga sudah sedia maklum. Ada sahabat2 yang mahu memberikan pandangan? Semoga keprihatinan kita terhadap golongan ini menambahkan iman kita dan mereka,menyelamatkan mereka dari terus hanyut seterusnya sebagai amal soleh yang menyelamatkan kita serta zuriat keturunan kita dari terjebak dalam dosa yang sama. Na'uzubillah min zaalik Ya Rabb.

Apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

(Tirmidzi dan Ibn Majah )
-
tanda-tanda mereka ini ialah:
1) terlalu berdua dan sentiasa mengharapkan sahabat nya ini melebihi segalanya
2) ada bibit-bibit cemburu yang tidak syar'ie
apabila masyarakat dan sahabat sekeliling perasan akan perkara ini, ambil langkah berhati hati dan saling ingat mengingatkan mereka
kadang-kadang golongan ini tak pernah menduga licknya syaitan. pernah melihat perkara ini berkali kali, ayuh ingatkan mereka cinta yang utama mereka adalah Allah dan bukan manusia. tak hairanlah dalam buku virus-virus ukhwah, penulis meletakkan TERLALU CINTA sebagai virus ukhwah
dan satu lagi ialah peringatan mengenai perlu BERSEDERHANA dalam setiap tindak tanduk kita inshaAllah dapat menjadi perlindungan dari licknya syaitan yang di rejam 
ALHAMDULILLAH wa ASTAGHFIRULLAH Hal 'AZIM 
doa untuk mengelakkan dosa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...