Social Icons

Tuesday, July 12, 2011

kerana kita belum sebagus itu

Mata pakcik di depan ni seakan akan tersenyum, leka dia mendengar isterinya ber'celoteh'.
sesekali, dia terketawa, kedut-kedut di tepi matanya tak dapat menyembunyikan yang usianya sudah mencecah 70-an.Kekadang pula, kelihatan dia membuka mulut, memberi respon terhadap cerita isterinya.
 

"Jana Masaryka, Pristi Zatavska, Krimska", auto suara daripada sistem trem berbunyi.
Lantas aku lihat, dua pasangan tua ini berpegang tangan, erat sekali menuruni trem yang aku naiki.
kadang-kadang suasanaa dan perasaan bahagia antara pasangan, tak perlu diterang panjang lebar, cukup sekadar orang keliling yang memerhati membuat sangkaan.

 Kelihatan bahgia sungguh.
Bahagianya nampak, "Macam mana mereka begitu bahagia?" Mereka bukannya ada agama, dan mereka bukan kenal Nabi, untuk mereka cari panduan, cara hidup bahagia sampai ke tua.


Fikiran aku terus melayang, memikirkan nasib seorang lelaki non-muslim,aku kurang ingat nama beliau. Tapi dia dilahirkan cacat, tidak bebola mata, namun dia sungguh bahagia, malah dia punya banyak kepakaran. Dia mahir bermain bola keranjang, dan dikurniakan keluarga yang bahagia. dan pendek kata dia diberi segala-galanya yang dia perlu untuk bahagia kecuali penglihatannya.

 Lantas fikiran aku mengimbau kembali bukan sedikit perkara ini pernah aku lihat dalam hidupku.
Yang "belum kenal Allah" di lihat lebih berjaya berbanding "yang sudah mengaku kenal Allah'.
TING!! seoalah olah ada ketukan dikepala, patutlah..

Mereka ini memenuhi sunatullah. 
Mana taknya, mereka rajin,
merea mengkaji kemahiran-kemahiran keibubapaan supaya dapat melahirkan seorang anak yang paling berjaya di muka bumi.
Mana taknya, mereka bertungkus lumus mengkaji dan mempraktiskan selok belok perniagaan, untuk menjadi Jutawan Melenium baru
dalam bab diet makanan pula, mereka sanggup mengkaji setiap kandungan dalam buah, sayur, ikan dan kekacang, untuk memastikan makan terbaik untuk otak dan badan.

Adeii,, mana taknya, mereka juga tak putus asa membuat latih-latih tubi untuk memastikan mereka dapat 100% dalam peperiksaan.

Benar, matlamat mereka dunia. sebab itu kita lihat mereka sangat bertungkus lumus untuk kebahagiaan di dunia ini, namun. kita macam mana?
nak kata sedang membuat persediaan rapi untuk kenegeri akhirat hingga tak ter'layan' dunia ni? (uhuk, uhuk) ( _ _ ")


Kerana Tuhan kita ialah Tuhan seluruh Alam
Kerana Nabi kita Manusia sebaik baik manusia
Kerana cara hidup kita, cara hidup yang Tuhan gariskan,
dan kerana musuh kita itu Syaitan musuh Allah.

Ayuh lepaskan diri kita dari kemalasan, mahu tidur lebih, mahu rehat banyak, mahu makan banyak, semua tu boleh di 'claim' di syurga nanti.  

doa memohon dari sifat lemah dan malas, 


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَمِّ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا. 

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur. Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketaqwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaannya. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenal kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya.” (Riwayat Muslim no. 7081)


dan semoga Allah sentiasa memberkati masa kita, 
masa berkat itu bererti masa itu sedikit tapi cukup
penuhkan masa dengan yang BERFAEDAH
minimakan bual-bual kosong dan minimakan yang sia sia



“setiap inci di muka bumi ini adalah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga”
(Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi)



penulis cuba menasihati diri penulis,
Alhamdulillah, wa astaghfirullah hal 'azim.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...