Semalam entah kenapa, rasa susah sangat nak tidur. Pusing sini, pusing sana mencari posisi terbaik untuk tidur, dah setengah jam kepala melilau, mata terkatup namun di minda, macam-macam difikirkan, rasa macam dah kosong, tapi perasaan nak tidur tu tak datang, datang.
mulalah aku mengelamun, bila ku lihat, bilik gelap, hening, aku keseorangan, tentu di KUBUR lebih dashat,
isk..iskk isk..
banyaknya dosa aku setahun ni,
lantas kepala berpaling ke arah kalendar , "8 Syaaban", terus mengingatkan aku kepada bulan selepasnya,, RAMADHAN KAREEM
ALLAHu ALLAh, rindunya aku, kepada Ramadhan, bulan yang di dalamnya
terdapat segala MAGHFIRAH yang keampuanan Allah maha Luas,
bulan yang di dalamnya segala pahala KEBAIKAN di gandakan,
bulan yang ketika itu syaitan di rantai dan di ikat,
dan bulan yang di dalamnya terdapat MALAM AL QADAR,
pendek kata, inilah bulan yang dapat aku gunakan untuk menyucikan diri ku yang Kotor, yang berdebu dosa ini,
Alhamdulillah, jika dipanjangkan umur lagi sebulan, bertemulah kita dengan ramadhan sekali lagi,
kalau persiapan raya ada yang mula sebulan awal, apakata Ramadhan kali ni, kita siap sedia awal,
biasakan membaca satu juzuk satu hari
biasakan solat awal waktu
dan biasakan diri berjaga malam
latih juga diri berpuasa isnin khamis,
agar badan tak terkejut, terutamanya yang tak dapat berpuasa di tanah air
Alhamdulillah, jika dipanjangkan umur lagi sebulan, bertemulah kita dengan ramadhan sekali lagi,
kalau persiapan raya ada yang mula sebulan awal, apakata Ramadhan kali ni, kita siap sedia awal,
biasakan membaca satu juzuk satu hari
biasakan solat awal waktu
dan biasakan diri berjaga malam
latih juga diri berpuasa isnin khamis,
agar badan tak terkejut, terutamanya yang tak dapat berpuasa di tanah air
hati kagum melihat pihak Produktif muslim bersungguh-sungguh untuk memastikan Ramdhan kita kali ni lebih baik daripada ramadhan-ramdhan yang sebelumnya. Antara saranan pihak mereka juga,
- mencari jawapan bagi persoalan persoalan berkaitan puasa, (boleh kah terima suntikan ketika puasa?, bolehkan bersugi/menggosok gigi ketika puasa, dan banyak lagi persoalan lain) yuk! cari jom!
- menghadiri kuliah2 pre-ramadhan, supaya mood itu telah ada dalam diri kita
ingin berkongsi jadual productive muslim utk Ramadhan nanti http://bit.ly/Plan_Ur_Ramadan
dan ini adalah buah tangan menjelang Ramadhan untuk para pembaca :)
"ke arah ramadhan yang lebih produktif demi mengejar taqwa"
"ke arah ramadhan yang lebih produktif demi mengejar taqwa"
semoga aku dan kalian beroleh TAQWA yang akan menjadi bekalan kita setahun hadapan inshaALlah.
astaghfirullah hal 'azim
MasyaAllah sister..
ReplyDeleteTeruskan berusaha utk menyambut ramadhan yg mulia..
alhamdulillah ^^,
ReplyDelete