aku merengek dan mengadu padaNya, supaya memberi aku kesenangan masa,
kerana aku janji, aku mahu menggunakan masa itu untukNya,
berzikir padanya, menghafal AlQuran, menelusuri sirah nabawiyah, serta mendekatiNya,
tapi hari ni, aku dapati sebaliknya,
masa yang banyak itu, aku guna entah kemana,
rupanya masa lapang itu membunuh aku,
tiada pembangunan diri yang aku lakukan, mengelamun entah apa-apa, jauh sekali aku dariNya,
entah mana tergadai janji semalam yang aku cagarkan ketika aku mengadu padaNya.
Teringat semalam,
aku merengek dan mengadu padaNya, supaya memberi aku keluasan harta,
kerana aku janji, aku mahu menggunakan harta itu untukNya,
bersedekah di tabung-tabung masjid dan surau, memberi kepada yang memerlukan,
tapi hari ini, aku dapati sebaliknya,
harta yang banyak itu, aku guna entah ke mana,
rupanya harta itu merosakkan jiwa aku,
aku membazir kepada yang tak perlu, aku memanjakan diri aku dengan barangan mewah
entah mana tergadai janji semalam yang aku cagarkan ketika aku mengadu..
Teringat semalam,
aku merengek dan mengadu padaNya, supaya memberi aku kesihatan dan kesembuhan,
kerana aku janji, aku mahu menggunakan nikmat sihat badan untukNya,
menunaikan haji, menolong dan membantu orang lain, serta meringankan badan beribadah kepadaNya,
tapi harini aku dapati sebaliknya,
nikmat sihat itu, aku guna entah untuk apa,
rupanya kesihatan badan itu melalaikan aku,
aku bermalas malasan serta aku bertangguh melakukan amal, seolah-olah aku yakin, aku sihat selamanya
entah mana tergadainya janji semalam yang aku cagarkan ketika aku meminta kepadaNya.
manusia memang begitu kan? selalu sahaja, berjanji kata-kata manis, demi meraih apa yang kita ingini."Mak, bolehlah.. adik janji adik akan belajar sungguh-sungguh kalau mak belikan adik PS2"
"Ayah, boleh la eh? Kakak janji, kakak balik awal, kalau ayah bagi akak keluar mlm ni.."
"Cikgu, boleh ye...saya janji saya akan belajar sungguh-sungguh lepas ni, kalau cikgu bagi saya outing minggu ni ;P"
Itu bahasa dengan manusia, dengan Allah lebih kerap kita mungkiri, apa yang kita janji..
"Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut,sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur"."
tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka, malah mereka berbuat kezaliman di muka bumi, tanpa alasan yang benar....
Yunus , 22-23
Semoga kita selalu ingat lima perkara sebelum lima,
waktu sihat sebelum sakit,
tua sebelum muda
kaya sebelum miskin
masa lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati :)
p.s: tentu ada sesuatu yang Allah mahu kita lakukan harini, sebab itu dia masih menghidupkan mu harini
No comments:
Post a Comment