mendengar dan membaca tulisan mereka yang 10 tahun lebih muda dariku,
aku tersenyum sinis, merasa itulah aku 10 tahun yang dulu,
tergopoh gapah, bersemangat waja, berkata sesuka rasa.
melihat diriku sekarang menutup aurat, menunaikan yang wajib, tidak tinggal yang sunat, hafal sepotong dua ayat quran,
seperti telah menjadi baik dari sebelumnya membuatkan aku menghela nafas lega, uh 'alhamdulillah, ucapku di dalam hati', sambil aku melihat gelagat manusia di dalam trem.
stesen yang dituju agak jauh, mengambil masa kira-kira 30 minit lagi. MP3 kesayanganku ditekan, cuba mencari tajuk ceramah yang berkenan dihati. "antara pahala dan maksiat'. Isi ceramah itu mengingatkan aku yang
"SEDIH kerana DOSA itu, kadang kala lebih baik, dari SUKA kita terhadap amal soleh kita"
Fikiran ku menerawang teringat kepada ulasan ustaz Hasrizal yang pernah dibaca tentang watak Novel Ayat-Ayat Cinta. Antara ibrah yang menarik perhatian aku ialah, dijadikan hero yang digambarkan sempurna, merasa dirinya terbaik, di sanjung dan dipuji masyarakat, menjadi idaman gadis sezamannya- hero ini telah terkena fitnah zina, lalu dihukum dan dipenjarakan.
pada amatan si hero, beliau tidak layak di hina sebegitu, beliau terlalu taat kepada agama, apakah dosanya hingga dihina sebegitu.
Kadangkala, mereka yang taat selalu terkena penyakit "budget bagus, aku baik" akhirnya terperangkap dalam jerat syaitan. Si taat kepada agama, boleh terkene sifat Ujub. merasa dirinya baik. Merasa dia tidak layak untuk dihina, tidak boleh ada kekuarangan atau keaiban.
Allahu rabi, berhati hatilah si taat, kerana sifat ujub itu membakar amalan yang lalu. membakar hangus seperti dijilat api. Merasa diri baik itu tak akan menjadikan diri lebih baik, menyebabkan diri statik, tidak membaiki diri. Berbanding yang selalu merasa diri hina dalam dosa, mereka selalu sedar akan ruang perubahan untuk menjadi hamba lebih baik. Perasaan sedih ketika melakukan dosa itu juga sebenarnya merupakan tanda dalam hatinya ada iman.
Namun, jangan terus terjerat dalam perangkap syaitan sekali lagi! Jangan remehkan hal dosa, kita juga perlu sentiasa berusaha keluar dari kancah dosa dan maksiat tersebut,kerana kesan dosa itu sukar sekali dipadam! Biarpun Allah Mahapengampun tentu sekali menerima taubat, kesan dosa itu kadangkala menyakitkan. Dan juga kerana kedudukan seorang yang taat yang ikhlas, yang dapat mengawal dirinya dari ujub, mampu mendekatkan diri kepada Allah, kedudukannya disisi Allah itu lebih tinggi. inshaAllah.
Penyelesaian dan resolusi
Berdoa diberi keikhlasan hati dan berlindung diri dari syaitan
Sentiasa ada khauf dan raja' -takut dan harap, (takut amalannya ditolak dan harap agar amalan nya diterima)
Sentiasa membaca kisah para nabi, dan orang-orang soleh, para ulama' yang berpengalaman.
Bergaul dan lihat serta amati cara mereka, mereka jauh lebih baik dari kamu.
walau golongan tua itu kelihatan lemah kudrat mereka,
lambat tutur kata mereka,
tapi si muda ini selalu gopoh dan kasar,
terlalu banyak pelajaran hidup yang perlu kita pelajari. terutamanya daripada si tua yang telah lama melalui tarbiyah, mereka sudah berkecimpung dengan amali, sedang simuda tertipu dengan teori yang ditalaqi
namun tidak disempitkan, kadangkala kita juga boleh mempelajari sesuatu daripada sesiapa tidak kira umur dan rupa. kerana kedudukan disisi Allah itu nilaiannya TAQWA.
Selamat membaiki diri semua :) salam jumaat
No comments:
Post a Comment