Bismillah
walhamdulillah wassholatu wassalam ‘ala Rasulillah
Bismillahirrahmanirrahim
“Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang
mereka dalam keadaan lalai dan berpaling.Setiap diturunkan kepada mereka ayat2
yang baru dari Tuhan,mereka mendengarkannya sambil bermain-main.Hati mereka
dalam keadaan lalai…” al anbiya’:1-3
Kenikmatan dunia,
Kenikmatan dunia ibarat manisan.
Mengukir senyuman,memuaskan jiwa,menghilangkan lapar.
Namun kenikmatan itu hanya sementara..
Adapun akhirat,
Ia ibarat sebuah taman yang dilitupi pagar
Keindahannya terhijab kerana terlindung dek pagar
Dilupakan dan dibiarkan kerana tidak tampak.
Namun ia sebenarnya yang kekal,yang penting,dan menjadi
tujuan utama…
Ilmu,
Ilmu itu ibarat cahaya.
Menerangi diri dikala kegelapan,
Menemani diri dikala keseorangan,
Mengangkat darjat disisi Tuhan..
Dan kehidupan..
Kehidupan itu ibarat pena.
Terpulang padamu bagaimana mahu menggunakannya..
Jika baik,berbahagialah diri.
Jika dibiar tanpa tujuan,tunggulah kamu berdiri dihadapan
Tuhanmu membela diri..
No comments:
Post a Comment