Social Icons

Tuesday, December 24, 2013

Rebut 5 sebelum 5



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)




Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan,

Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan. Jangan lah kita bagi alasan untuk bertangguh dalam bersedekah. Belajarlah bersedekah walaupun ketika sempit, supaya kita dapat terus bersedekah ketika senang nanti. ;)

Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja. Sebagai pelajar, kita juga boleh berzikir masa tengah tunggu bas, masa berjalan ke kelas, masa tengah tunggu pak cik kedai siap kan order kita di restoren. Berzikir lebih baik daripada kita mengata orang, bergosip, dengar lagu yang tidak bermanfaat dan lain-lain. Mudah kan Islam ni?? ;)

Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan. Kadang kala kita memilih untuk bertangguh. Orang selalu ckp, mereka nak beramal bila dah tua sikit. Tapi, perlu ingat, kalau kita tak try beramal sekarang, macam mana kita nak dapat kekuatan untuk beramal di kemudian hari. Kalau hari ini kita penuhkan hari-hari kita dengan perkara yang sia-sia, jangan harap lah bila dah tua nanti kita ada semangat nak beramal. Sebab nye dah tua nanti, badan dah lemah-lemah sebab tak pernah try beramal.

Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.

Ayuhai Syabab (pemuda), jangan lah sia-sia kan usia mudamu. Mudamu takkan datang dua kali. Gunakan kesempatan usia mudamu yang sehat, bertenaga dan bersemangat untuk beribadat kepada Allah. Manfaat kan masamu ketika sakit, supaya kamu dapat bersyukur nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada mu..

InsyaAllah, amal yang anda buat, anda sendiri yang dapat.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...