Semua
orang pernah pinjamkan barang mereka bukan?
Ingat tak masa zaman sekolah dulu, kawan-kawan selalu minta pinjam
pensel kita, pemadam kita, pembaris kita dan sebagainya. Bila kita dah besar
sikit, kita pun dapat adik lagi. Bermula lah proses pinjam meminjam dengan
drastic. Semuaaa benda kena bagi adik pinjam. Kalau tak, mama marah..huhu..
(kalau siapa jadi anak sulung, lagi kesian kan..hehe..tapi tak mengapa,
susunan Allah adalah yang terbaik)
Berbalik
semula kepada alam reality, semua orang sedar tak sebenarnya dunia ni adalah
pinjaman Allah kepada kita. Pokok-pokok, udara oxygen yang bersih dan nyaman,
ayam-ayam yang comel dan sedap (macam KFC laa), pakaian kita yang kita beli
mahal-mahal, kereta FERARI mahupun KANCIL, duit biasiswa, gadjet, duit raya dan sebagai nyaa..wahhhhhh banyak
betul. Kalau nak tulis semua, memang tak muat la page ni..kann..semua tu milik
Allah..
Nikmat-nikmat
ni semua milik Allah. Allah cuma pinjam kan kepada kita. Masa kita pun Allah
yang punya. Kadang -kadang kita kedekut nak luangkan masa kita untuk Allah
sebab kita rasa masa tu kita yang punya. Kita takut, kalau kita luangkan masa
untuk beribadat, kita akan fail exam. Kita takut, kalau kita luangkan masa
untuk beribadat, kita tak dapat nak buat aktiviti-aktiviti lain. Bukankah Allah
dah menyebut dalam surah Al-Asr, orang-orang yang beriman, mengerjakan
kebajikan, saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk
kesabaran adalah orang-orang yang tidak akan rugi?
Duit
juga adalah milik Allah. Kekayaan wang ringgit yang kita ada, semua nya milik
Allah. Mungkin kita rasa, kekayaan yang kita ada sekarang ni, adalah atas usaha
kita. Iye, memang betul. Sebab tu la kita kene berusaha kalau nak berjaya. Tapi
kene ingat, semua itu takkan terjadi tanpa izin Nya. Mungkin Allah bagi
kekayaan tu sebab nak suruh kita share dengan orang lain yang serba kekurangan.
Bukankah orang-orang Islam itu bersaudara?
Dunia
yang hanya pinjaman ini, janganlah kita letakkan di dalam hati. Cukuplah dengan
hanya mengenggam ia di tangan.
Maka
adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka
sungguh, neraka lah tempat tinggalnya
(An Naziat 37-39)
(Ingatlah)
pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka Jahanam, lalu dengan
itu disetrika dahi, lambung dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada
mereka, "inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka
rasakanlah (akibat dari) apa yang kamu simpan itu."
(At-Taubah
: 35)
Mari
kita sama-sama bermujahadah (berusaha bersungguh-sungguh) dalam usaha
mendekatkan diri kepadaNya. Aminnnnnnn~
No comments:
Post a Comment