Ketentuan Allah
“Setiap
bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah
tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang
demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang
luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya
kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan
diri. “
(Al Hadid 57 : 22-23)
Allah lebih mengetahui
“…. Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan
boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah 2 : 216)
Percaya Kepada Qada' dan Qadar
Ketenangan hati ketika ditimpa
musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada’ dan
qadar. Apatah lagi jika si hamba mengetahui bahawa Allah Maha Lembut terhadap
hambaNya dan menghendaki kemudahan untuk mereka. Dan Dia Maha Bijaksana dan
Maha Mengetahui. Dia menyimpan di akhirat dan memberikan habuan yang cukup bagi
mereka yang bersabar tanpa perhitungan. Hal ini jika direnungkan maka akan
mengubah kesedihan menjadi kesenangan dan kebahagiaan.
Berikut adalah langkah-langkah yang
perlu diambil supaya dapat menghadapi musibah dengan selamat :
1.
Cuba
bayangkan musibah yang lebih besar dan lebih buruk daripada yang sedang dialami
2.
Cuba
bayangkan orang lain yang sedang ditimpa musibah yang lebih besar daripada yang
sedang dialami
3.
Pandanglah
nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada anda
4. Jangan
sekali-kali menyerah dalam berdepan dengan kegagalan yang berlaku sekalipin
kedatangannya berupa malapetaka.
“sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”
(Al Insyirah 94 : 6)
No comments:
Post a Comment