Social Icons

Friday, January 24, 2014

Pembahagian manusia di akhirat


11 golongan yang celaka

Firman Allah SWT di dalam surah an-Naba ayat 18,
“iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok”

Diriwayatkan bahawa ayat di atas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal. Katanya, “ ya Rasulullah, apa maksud ayat ini?” Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab, “ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya satu golongan sahaja akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut,”

  1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
  2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah kerana mereka yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
  3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Ini adalah balasan bagi mereka yang enggan megeluarkan zakat.
  4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Ini adalah balasan bagi mereka yang berdusta.
  5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan bagi mereka yang mengaut keungtungan dalam jual beli atas penipuan.
  6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan bagi mereka yang menyaksikan maksiat dan perbuatan jahat.
  7.  Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut mereka. Ini adalah balasan bagi mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
  8. Mereka yang keluar di dalam keaadan terbalik iaitu kepalanya dibawah dan kakinya di atas. Ini adalah balasan mereka yang berzina dan mati sebelum bertaubat.
  9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini adalah balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
  10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang melawan kedua ibu bapanya.
  11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, dan bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perutnya dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka yang minum minuman keras.



Satu golongan yang selamat


Hanya satu golongan sahaja yang akan selamat dan masuk syurga iaitu:
“mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustakim laksana kilat. Ini adalah balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keaadaan bertaubat”.

3 golongan yang disalami malaikat

Telah bersabda Rasulullah SAW, “tiga kelompok manusia yang akan dijabat tanganya oleh para malaikat pada hari  mereka keluar dari kuburnya:
  1.        Orang-orang yang mati syahid.
  2.        Orang-orang yang mengerjakan solat malam pada bulan Ramadhan.
  3.        Orang yang berpuasa di hari Arafah.


Dipetik dari buku semai benih-benih syurga, karangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz NiK Mat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...