adith 01 - Setiap Amalan Adalah Dengan Niat
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)
kepentingan hadith:
berdasarkan hadith ini, dapatlah kita simpulkan bahawa setiap perkara yang dilakukan bergantung kepada niat..2 orang yang melakukan perbuatan yang sama, pada masa yang sama, tetapi tidak semestinya niatnya pun sama dan niat seseorang itulah yang menjadi kayu pengukur penerimaan sesuatu amalan tersebut..dan niat itu sesuatu yang virtual dan hanya diketahui oleh diri sendiri dan Maha Pencipta sahaja..
Allah itu Maha penyayang.. jika seseorang itu berniat melakukan kebaikan walaupun belum melaksanakan, dia dikurniakan 1 pahala. tetapi jika seseorang berniat melakukan kejahatan selagi mana dia tidak melaksanakannya, dia tidak diberi dosa...subhanallah..
Sebab Hadith ini Dilafazkan:
Imam at-Thabrani telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir dengan rantaian perawinya yang tsiqah, daripada Ibnu Mas’ud Radhiyallahuanhu beliau berkata: “Terdapat di kalangan kami, seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali dengan nama ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami menamakannya sebagai ‘Penghijrah Ummu Qais’.
oleh itu sebelum melakukan sesuatu pastikan niat kita betul supaya amalan kita tidak sia-sia dan penat semata-mata...let's begin with the end in mind =)
No comments:
Post a Comment