Social Icons

Saturday, April 30, 2011

Menderma darah

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua :D

InsyaAllah, saya harini nak berkongsi sedikit berkenaan bab menderma darah.
Rasanya, ramai yang sedia maklum mengenai hukum menderma darah, iaitu sunat. Maka post ini akan memberi sedikit sebanyak input, bagaimana pandangan ulama' dan beberapa counter argument (hujah balas) ke atas isu ini, InsyaAllah :)

1) Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Beliau melihat menderma darah ini merupakan satu cara bersedekah yg cukup utama. Ini disebabkan disamping memberi, keperluan darah dikala kritikal membantu pesakit dan dapat menyelamatkan nyawa.

Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. (QS. AL-Maidah: 32)

Siapa yang membebaskan seorang muslim dari bebannya di dunia, maka Allah akan membebaskannya dari bebannya di hari kiamat. (HR Bukhari dan Muslim)

2) Syeikh Husamuddin bin Musa 'Ufanah

Ulama' yg berasal dari Palestin ini melihat menderma darah itu sangat penting hingga sampai ke tahap fardu kifayah. Namun, beliau menolak konsep menjual beli darah (dan juga organ)

3) Syaikh Zaid Bin Muhammad Al-Madkholi

Beliau berpandangan selagi mana ia tidak menimbulkan kemudharatan pada diri si penderma, ia bukan perkara yang dilarang, malah mendapat pahala.

“Barangsiapa yang beramal dengan sebiji debu kebaikan maka dia akan melihatnya, dan barangsiapa yang beramal dengan sebiji debu kejelekan maka dia akan melihatnya” (QS. Az Zalzalah: 7-8)

Namun, beliau menentang sebarang penjualan darah dan meletakkan hukum haram dalam penggunaan duit yg diperoleh dala urusan jual beli darah.

Derma darah dan mahram

Mengikut perbincangan ulama', sesetengah daripada mereka bersepakat berkenaan konsep mahram itu jatuh pada 3 perkara sahaja; nasab (keturunan), mushaharah (pernikahan) dan radhaah (penyusuan). Maka pandangan yang mengatakan si penerima darah bertukar menjadi muhrim kepada yang menderma ditolak sama sekali. Ringkasan syarahan mengapa tidak disamakan derma darah dan penyusuan ibu adalah disebabkan darah dianggap sebagai medium pengantara di dalam sistem badan manusia (nutrient, oksigen dll.); berlainan dengan susu ibu yang menjadi darah daging kepada si peminumnya.


Allahu a'lam


4 comments:

  1. sumber: http://halaqah.net/v12/index.php?topic=1084.15;wap2

    ReplyDelete
  2. kecik sangat font, boleh besarkan?

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas komen, sudah dibetulkan

    ReplyDelete
  4. Thank you for another magnificent post. The place else may
    anyone get that kind of information in such an ideal manner of
    writing? I've a presentation next week, and I'm on the search
    for such info.

    Also visit my blog post - best cellulite treatment

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...