Nikmatilah air yang dikurniakan Allah Subhanahu wa Ta'ala
Dengan meminumnya, berwudhu' dan mandi dengannya.
Berselendanglah dengan matahari
untuk memanaskan badan dan memperoleh cahayanya.
Mandilah dengan cahaya bulan
untuk memperolehi keindahan dan kenyamanannya.
Petiklah buah-buahan , teguklah air dari sungai-sungai, pandangilah lautan, berjalanlah di gurun pasir,
dan bersyukurlah kepada Allah. Manfaatkalah anugerah yang telah diberikanNya kepada anda, dan jangan sekali-kali mengingkariNya.
Firman Allah swt;
Maksudnya:
Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang kafir (al-nahl: 83)
semoga kita tergolong bersama hamba-hambaNya yang sentiasa besyukur dengan apa jua bentuk nikmat yang diberi. Ujian juga adalah nikmat. Kerana ia membawa kita lebih dekat kepadaNya, membuat kita merasa hidup ini lebih bermakna dan ia membuat kita lebih dewasa.
Sebelum engkau melihat duri yang terdapat di dalam bunga, perhatikanlah keindahannya terlebih dahulu. Sebelum anda mengeluh kerana disengat cahaya matahari, nikmatilah keindahan cahayanya. Sebelum anda menyesali kegelapan malam, ingatlah keteduhan dan ketenangannya.
Oleh itu, ambillah semua nikmat yang ada dan terimalah ia dengan penerimaan yang baik, lalu bersyukurlah kepada Allah atas nikmat tersebut.
sumber: Jangan Bersedih, Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
^^ bersyukur dgn semuaa nikmatNya akan merendahkan hati seorang hamba..
ReplyDeletejzzklah sista!
waiyyaki kak rusna
ReplyDelete