Social Icons

Friday, March 29, 2013

Dosa Semalam


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumang dosa terasa manis dan bahagia, berpatah  baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dari punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan Hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan. Moga dengan itu, kita menjadi insane terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.




Majalah Solusi Isu: 38 

Saturday, March 23, 2013

Alkisah cerita seorang ibu dan anak.



Seorang ibu dan seorang anak yang saling sayang menyayangi sedang duduk di halaman rumah. Si ibu sedang menyiapkan sulamannya di pangkin, dan si anak sedang bermain dengan riangnya di halaman.

Sekejap-sekejap, si anak datang kepada ibunya dan bertanya: “Ibu, ibu buat apa ni..buruknya..”ngomel si anak yang melihat kerja ibu dari bawah. Ibu pun berkata: “Anakku, pergilah main, biarkan ibu buat kerja ibu ya..”. Si anak pun meninggalkan ibu dan kembali bermain. Tidak lama selepas itu, si anak datang semula dan berkata : “Ibu, apa yang ibu buat ni..buruklah..serabutnya..” komen si anak lagi dari bawah. Ibu yang sabar itu berkata : “Nak, pergilah main..biarkan ibu sudahkan kerja ibu..”. Si anak pun berlalu, dan kembali bermain.

Setelah beberapa ketika, ibu itu memanggil anaknya. “Nak, nak, mari sini. Tengok ni, inilah yang ibu buat tadi.."  sambil menunjukkan hasil sulamannya kepada anaknya. Anaknya berkata: "Wah, cantiknya ibu..! Ada burung, ada awan, ada bunga.” kali ni, anaknya memuji ibunya, setelah melihat hasil dari kerja ibunya.

Apa pengajaran cerita ini? J

Begitulah hidup kita, kita selalu merasa hidup kita ini susah, serabut, banyak masalah, banyak ujian dan kita mengeluh..kerana kita memandang kehidupan ini dari bawah, dari kaca mata seorang hamba yang kerdil,lemah,tidak tahu apa-apa.. Padahal sebenarnya, Allah sedang menyulam kehidupan kita dengan sesuatu yang indah, yang sebenarnya apabila kita sabar dan tawakkal pada Allah, insyaAllah pasti kita akan dapat melihat keindahan aturan Allah untuk kehidupan kita.

Oleh itu, senyumlah dengan kehidupan J kerana ia tidak lebih dari hanya sebuah perjalanan untuk menuju Tuhan..:)


Monday, March 18, 2013

Adab-adab makan dan minum


Bismillahirrahmanirrahim..
Wassolatu wassalamu ‘ala rasuulillah..

Siapa tak suka makan? Jarang kita dengar orang tak suka makan (mungkin tak pernah jumpa kot orang macam gitu)
Hari-hari kita makan & minum. Tapi, sayang, kalau kita hanya jadikannya sekadar adat, bukan ibadat.
Jadi, apa kata, kita tengok adab-adab makan dan minum mengikut sunnah supaya mudah-mudahan, kalau kita amalkan, makan dan minum kita jadi ibadat & Allah kurniakan pahala buat kita J

Adab-adab makan dan minum megikut sunnah:

1.Membaca basmalah

2.Menggunakan tangan kanan untuk makan dan minum

“Wahai anakku, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (HR Bukhari no. 5376 dan Muslim 2022)

3.Makan dari pinggir pinggan/bekas

Diriwayatkan dari Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi bersabda, “Jika kalian makan, maka janganlah makan dari bagian tengah piring, akan tetapi hendaknya makan dari pinggir piring. Karena keberkahan makanan itu turun dibagian tengah makanan.” (HR Abu Dawud no. 3772, Ahmad, 2435, Ibnu Majah, 3277 dan Tirmidzi, 1805. Imam Tirmidzi mengatakan, “Hadits ini hasan shahih.”)

4.Cuci tangan dan berkumur sesudah makan

Abu Hurairah menyatakan, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah makan belikat kambing. Sesudah selesai makan beliau berkumur-kumur, mencuci dua tangannya baru melaksanakan shalat. (HR. Ahmad, 27486 dan Ibn Majah 493, hadits ini dishahihkan oleh al-Albani)

5.Tidak duduk bersandar ketika makan

Abu Juhaifah mengatakan, bahwa dia berada di dekat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian Rasulullah berkata kepada seseorang yang berada di dekat beliau, “Aku tidak makan dalam keadaan bersandar.” (HR Bukhari)

6.Menjilati jari

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika salah satu di antara kalian makan, maka janganlah dia bersihkan tangannya sehingga dia jilati atau dia minta orang lain untuk menjilatinya.” (HR. Bukhari no. 5456 dan Muslim no. 2031)

7.Tidak mencela makanan

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sama sekali tidak pernah mencela makanan. Jika beliau menyukai satu makanan, maka beliau memakannya. Jika beliau tidak suka, maka beliau meninggalkannya.” (HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064)

8.Tidak makan berdiri

Dari Qotadah dari Anas, sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang minum sambil berdiri. Qotadah lantas bertanya kepada Anas, “Bagaimana dengan makan sambil berdiri?” “Itu lebih jelek dan lebih kotor” kata Anas. (HR. Muslim no. 2024)

9.Tidak bernafas didalam air 

Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kalian minum maka janganlah mengambil nafas dalam wadah air minumnya.” (HR. Bukhari no. 5630 dan Muslim no. 263)

10. Anjuran makan bersama dan berkongsi

Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan satu orang itu cukup untuk dua orang. Makanan dua orang itu cukup untuk empat orang. Makanan empat orang itu cukup untuk delapan orang.” (HR Muslim no 2059)

dan banyak lagi adab2 lain. Ini hanya ringkasan. =) 



Wallahua’lam
Wassalam

Tuesday, March 12, 2013

Ulasan Buku: Ingatlah Tempatmu di Akhirat

Sekadar ingin berkongsi buku yang baru sahaja selesai dibaca. Bagi sesiapa yang sedang mencari bahan santapan rohani dan minda,  harap post ini membantu anda membuat pilihan. 




Secara amnya, buku ini cuba menggarap ayat-ayat yang terdapat dalam Al-Quran sebagai peringatan untuk kita pastikan di mana dan ke mana kita selepas ini.

Buku ini hadir sebagai usaha membantu anda mengatasi dilema " Di mana aku selepas ini". Lihat unsur penting yang patut anda semak:

a) Cara yang perlu dilakukan bagi mendapatkan kesejahteraan di akhirat
b) Dahsyatnya neraka, juga nikmatnya syurga sebagai tempat tinggal di akhirat
c) Apakah perkara yang boleh membawa seseorang ke syurga atau menjerumuskannya 
ke neraka
d) Apakah itu yang dikatakan keuntungan dan kerugian hakiki
e) Apakah iradat yang akan menjadi penentu kepada nasib seseorang di akhirat

Mudah-mudahan buku ini menjadi hadiah yang membimbing diri menuju kehidupan yang kekal abadi.

Selamat Membaca !!

Saturday, March 9, 2013

Hati Yang Buta


Ibrahim bin Adham dekelilingi oleh orang ramai di tengah pasar Basrah. Maka ditanya kepadanya akan mengapakah doa kami (orang ramai) tidak dimakbulkan oleh Allah padahal kami selalu berdoa kepadaNya. Lalu Ibrahim bin Adham menjawab:


Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara; iaitu:

Pertama: Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haq-Nya.

Kedua: Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah S.A.W. tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.

Ketiga: Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya

Keempat: Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.

Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentanganya.

Keenam: Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

Ketujuh: Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

Kelapan: Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

Kesembilan: Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala ke'aiban manusia tetapi kamu lupa ke'aiban kamu sendiri.

Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pelajaran) daripada mereka.



Sumber: Hadis 40 (Imam Nawawi), syarahan hadis ke-10.

Allahu a'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...