Seorang ibu dan seorang anak yang saling sayang menyayangi
sedang duduk di halaman rumah. Si ibu sedang menyiapkan sulamannya di pangkin,
dan si anak sedang bermain dengan riangnya di halaman.
Sekejap-sekejap, si anak datang kepada ibunya dan bertanya: “Ibu,
ibu buat apa ni..buruknya..”ngomel si anak yang melihat kerja ibu dari bawah.
Ibu pun berkata: “Anakku, pergilah main, biarkan ibu buat kerja ibu ya..”. Si
anak pun meninggalkan ibu dan kembali bermain. Tidak lama selepas itu, si anak
datang semula dan berkata : “Ibu, apa yang ibu buat ni..buruklah..serabutnya..”
komen si anak lagi dari bawah. Ibu yang sabar itu berkata : “Nak, pergilah
main..biarkan ibu sudahkan kerja ibu..”. Si anak pun berlalu, dan kembali
bermain.
Setelah beberapa ketika, ibu itu memanggil anaknya. “Nak,
nak, mari sini. Tengok ni, inilah yang ibu buat tadi.." sambil menunjukkan
hasil sulamannya kepada anaknya. Anaknya berkata: "Wah, cantiknya ibu..! Ada
burung, ada awan, ada bunga.” kali ni, anaknya memuji ibunya, setelah
melihat hasil dari kerja ibunya.
Apa pengajaran cerita ini? J
Begitulah hidup kita, kita selalu merasa hidup kita ini
susah, serabut, banyak masalah, banyak ujian dan kita mengeluh..kerana kita
memandang kehidupan ini dari bawah, dari kaca mata seorang hamba yang
kerdil,lemah,tidak tahu apa-apa.. Padahal sebenarnya, Allah sedang menyulam
kehidupan kita dengan sesuatu yang indah, yang sebenarnya apabila kita sabar
dan tawakkal pada Allah, insyaAllah pasti kita akan dapat melihat keindahan aturan
Allah untuk kehidupan kita.
Oleh itu, senyumlah dengan kehidupan J kerana ia tidak lebih
dari hanya sebuah perjalanan untuk menuju Tuhan..:)
No comments:
Post a Comment