Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak
pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada
masa untuk jadikan hari ini dan dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda
dosa.
Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam
maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan
daripada Ilahi. Jika dulu bergelumang dosa terasa manis dan bahagia,
berpatah baliklah. Jadikan dosa kini
terasa pahit dari punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong
daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah
langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan
Hadis.
Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita
lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan
langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan. Moga dengan itu, kita menjadi insane
terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.
Majalah Solusi Isu: 38
No comments:
Post a Comment