Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tak berfaedah baginya.
Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain lain sedemikian
Antara pengajaran hadis ini termasuklah bagaimana seorang mukmin itu dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia melakukan perkara-berkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah baginya.
Perkara yang tidak mendatangkan faedah atau tak bermanfaat ini, tidak semestinya terletak pada benda-benda yang haram sahaja, malah kita harus sedar tentang benda-benda kecil yang kita lakukan.
Ada yang melaghakan, seperti berhibur secara berlebihan. Sebagai contoh di Youtube, berapakali kita tewas dengan menekan suggested videos yang dihidangkan untuk kita? Lepas satu video, ke video yang lain, dan sedar tak sedar, dua jam telah berlalu. Aduh~
Oooh, di Facebook, jejari menekan butang tetikus untuk melihat si fulan dan si fulan dan lain-lain. Kata Melayunya, jaga tepi kain orang. Mungkin apa yang bermula sebagai keprihatinan berevolusi menjadi si busybody. Astargfirullah~
Benar, untuk tidak gunakan teknologi yang ada, ibarat satu kerugian. Namun begitu, setiap sesuatu itu ada batasnya. ;) Majukan pemikiran kita, seiring dengan kemajuan teknologi. Jadikan ia platform untuk kita berjaya, bukan untuk kita jatuh kecundang. Ana yakin, kita semua punya kapasiti untuk melakukannya.
Sekiranya semua umat Islam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti. Biarlah kata-kata ungkapan IHAB, "kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada pada kita" berpatutan dengan tindak-tanduk kita. Kalau kewajipan bagi kita adalah untuk melakukan perbuatan sia-sia, tak ke sedih bunyinya?
Akhir kata, penulisan ini, pertamanya untuk ingatkan ana sendiri, untuk nilai semula dan sentiasa berfikir sebelum bertindak.
Bisikkan dalam jantung masing-masing:
"Adakah tindakan aku ini, akan jadi manfaat atau tidak?"
Sekian, salam alaykum wbt.
Rujukan: Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
mari, lakukan semua yg bermanfaat!
ReplyDelete