Social Icons

Tuesday, May 24, 2011

Sekadar Renungan

Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tidur

Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam
kita sedikit pengorbanan

from: Sis Hana Mokhtar


http://www.inspiredbymuhammad.com/img/muhammad-saw.jpg

Siapakah Khalifah Umar Al-Khatab?

Bismillahirrahmanirrahim..

Post kali ini agak luar biasa panjangnya daripada biasa.
Namun begitu, harap sahabat semua dapat bersabar dalam membacanya.
Insya Allah, ada manfaatnya buat kita semua. :)

KHALIFAH UMAR AL-KHATAB
Umar Al-Faruq

Biodata

Nama sebenar  : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab
Nama Ibu          : Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum.
Gelaran             :  Al-Faruq
Keturunan         : Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)
Tarikh lahir        : 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)
Jawatan             : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua
Tarikh Lantikan  : 634M
Tempoh Jawatan : 10 tahun
Tarikh M/Dunia  : 23H @ 644M
Umur                     : 63 tahun

Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan duta bagi kaumnya terutama untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Beliau merupakan mertua Rasulullah SAW apabila Rasulullah bernikah dengan anaknya, Hafsah bte Umar. Beliau salah seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW.

Sifat Peribadi Umar al-Khattab

Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya.
Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini?"
Jawab Umar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya"

Kata Aslam, beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf.
Kata mereka : "Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya."
Hal ini diadukan oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : "Benarkah mereka berkata demikian ? Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?"

Diriwayatkan oleh  Umar bin Murrah  bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata : "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !"
Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? "
Jawab lelaki itu : "Tidak"
Kata Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku"

Menurut Barrak bin Makrur : "Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit.
Menurut para jamaah, ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah.
Kata beliau : "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya"

Keislaman Saidina Umar

Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.

Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" Hadtih riwayat At-Thabarani

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil.
Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW : "Benar"

Aku berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq ! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan  di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Keberanian Umar

Peristiwa  yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia.

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani  semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman.

Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan:
Setelah Saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka'abah menyaksikan kehadiran Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.
Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy.
Kata Umar: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah."

Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata.

Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.

Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak  Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam

Hadith tentang Umar

1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)

2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi

3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi

4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi

5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.

6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar

7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.

8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)

Umar Sebagai Orang Yang Pertama

1. Pertama digelar Amirul Mukminin
2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
4. Pertama mengharamkan nikah mut'ah
5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
9. Pertama memperkenalkan Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)

Umar Dan Al-Quran

Saidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa pendapatnya merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan sempena pendapat beliau ialah :

1) Kisah tawanan Badar  - Ayat 28 Surah Al-Anfal
2) Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat - Ayat 125  Surah Al-Baqarah
3) Ayat Hijab - Ayat 53  Surah Al-Ahzab
4) Ayat tentang asal-usul kejadian manusia - Ayat 12   Surah Al-Mukminun
5) Ayat tentang arak  -    Ayat 219   Surah Al-Baqarah dan Ayat 43  Surah An-Nisa'
6) Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq - Ayat 84   Surah At-Taubah
7) Kisah orang Munafiq - Ayat 6 Surah Al-Munafiqun
8) Ayat 5  Surah Al-Anfal
9) Ayat 16  Surah An-Nur
10) Ayat tentang penghalalan jima' di malam bulan Ramadhan - Ayat 187  Surah Al-Baqarah
11) Ayat 97  Surah Al-Baqarah
12) Ayat 65  Surah An-Nisa'
13) Ayat 13 Surah Al-Waqiah

Wallahua'lam.




Friday, May 20, 2011

Peristiwa Nakbah...

Bismillahirrahmannirrahim...


'Ada 3 perkara utama yg perlu kita sampaikan pada org lain tentang keutamaan Palestin (Al-Quds). 1. Qiblat pertama umat Islam, 2. Masjid kedua dibangunkan selepas Masjid Nabawi, 3. Masjid ke-3 suci..Itu adalah seringkas perkara yg kita boleh sampaikan' kata Dr. Zainur Rashid sewaktu saya menghadiri program Aman Palestin di Olomouc, Republik Czech pada 10 April 2011

'Cuba perhatikan apa yg akan berlaku pada 15 Mei nanti' kata beliau lagi

Saya tertanya-tanya. Akhirnya tarikh yg dinyatakan pun telah tiba, saya buka website yang selalu saya rujuk berkaitan dunia umat Islam.

Gambar: David Ben Gurion berdiri ketika mengumumkan Negara Israel di tanah Palestin

Pada hari ini(14 Mei 1948), Suruhanjaya Tinggi Britain(British) beredar meninggalkan BaitulMaqdis. Sedemikian itu, sebagai pendahuluan bagi mengumumkan tertegaknya Negara Israel di tanah Palestin pada hari berikutnya tetapi Yahudi tidak menunggu 15 Mei 1948. Sebaik sahaja Suruhanjaya Tinggi Britain keluar dari BaitulMaqdis pada 14 Mei 1948, jam 4 selepas waktu zohor, David Ben Gurion mengumumkan penubuhan Negara Israel di Tel-Aviv. Selepas 11 minit dari pengumuman tersebut, Presiden Amerika, Harry S. Truman dalam kenyataannya mengumumkan Amerika mengiktiraf penubuhan Negara Israel.

Jelasnya, wujud satu perancangan yang teratur sebelum berlakunya detik tragedi ini.

"I had faith in Israel before it was established, I have faith in it now, I believe it has a glorious future before it-not just another sovereign nation, but as an embodiment of the great ideals of our civilization" - Harry S. Truman

Mangsa serangan zionis sempena Nakbah


Sempena memperingati Nakbah, Palestin sama ada dari dalam tanah Palestin atau di luar tanah Palestin menyambut hari yang malang bertujuan mahu menuntut semula hak mereka, iaitu hak pulang ke tanah-tanah yang dirampas rejim penjajah.


Sehingga kini, 15 demonstran dari kalangan Palestin(juga rakyat Jordan) termasuk yang berada di luar tanah Palestin syahid dihujung senjata rejim penjajah dan lebih400 penduduk Palestin cedera(berbagai-bagai kategori). Jumlah ini melibatkan kesemua tempat yang berlakunya pergelutan sejak dari siang tadi. Turut tercedera dari kalangan wartawan.






5 sebab utama isu Palestin adalah isu 'Aqidah (oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi) (sumber : Amal Palestin)  :
  1. Qiblat pertama
  2. Negeri Israk & Mikraj
  3. Kota besar Islam ke-3
  4. Negeri Kenabian
  5. Negeri Perjuangan

'ANAK YATIM AMAT PERLU DIBELA , AL-QUDS ADALAH ANAK YATIM YANG TIADA PEMBELANYA'

Kingdom of Saudi Arabia


Bismillahirrahmanirrahim..



Kalau sebut Kerajaan Arab Saudi, apa yang anda bayangkan?
Apa yang tergambar di dalam fikiran sahabat semua?

Kalau saya, saya akan terfikirkan mengenai kekayaan (banyak duit)..hehe..
Maklumlah, Allah kurniakan negara ini dengan sumber minyak yang banyak.. :)

Kadang-kadang terfikir juga, duit depa banyak-banyak, depa buat apa ye agaknya..
Secara jujurnya, saya lebih banyak mendengar cerita 'kurang enak' mengenai kerajaan Arab Saudi ini berbanding cerita yang 'molek-molek'.

Namun, itu bukan point untuk post kali ini sebenarnya..

Untuk kali ini, kita akan melihat, the good-side of this government in spending their money :)

Nak diceritakan, alhamdulillah, baru-baru ini, Allah izinkan saya untuk pergi ke Prague International Book Fair 2011 yang berlansung pada 12-15 Mei 2011..
Sekadar perkongsian, 47 buah negara telah menyertainya & yang paling menarik ialah,


The Guest of Honor untuk Book Fair kali ini ialah 'The Kingdom of Saudi Arabia'






Subhanallah wabihamdihi subhanallahil 'adzim..
Ini sahajalah ucapan yang layak dikatakan..

Booth milik kerajaan Arab Saudi ini menempatkan pelbagai jenis buku seperti buku-buku mengenai Arab Saudi, Quran Terjemahan, Ekonomi Islam, Perubatan, Pembentukan Peribadi Muslim, Sirah Nabawiyyah, dan termasuklah buku-buku berkisar mengenai Islam itu sendiri.

Yang paling menyeronokkan ialah semua buku adalah PERCUMA!!!
Betul, PERCUMA!!!
Saya hampir tidak percaya, sehingga bertanya 2,3 kali pada petugas booth tersebut..hehe..

Perkara lain yang menarik perhatian ialah ramai di kalangan warga tempatan Czech Republic dilihat membelek-belek buku mengenai Islam yang dipaparkan pada rak-rak buku booth ini.
Menarik bukan?
Alhamdulillah, saya melihat pesta buku ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan Islam kepada mereka ini.
Semoga lebih ramai warga Czech Republic yang terbuka hati untuk mengenal & menerima Islam, agama Rahmatan lil 'alamiin.

Presiden Czech Republic, Václav Klaus
Model Masjidil Haram & Masjid Nabawi
Harapan (doa) saya, semoga Kerajaan Arab Saudi terus menggunakan wang yang mereka miliki dengan memberi manfaat kepada Islam & ummah keseluruhannya.

Akhir sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Arab Saudi diatas penyertaan mereka dalam Prague International Book Fair 2011 ini.
Wallahua'lam


p/s: 

Islamic Banking or Conventional

Bismillah..
My dear Muslim brothers and sisters,
I have 1 question
If you have RM 1 Million
Would you put it in Islamic or Conventional bank?




Kita selalu bercakap tentang Riba,
Tapi benarkah kita yakin dengan Islamic bankin?
Lihat saja survey di atas
Betapa syaitan laknatullah itu mencantikkan dan mengindahkan sistem bank conventional dari
sistem Islamic banking itu sendiri.


Tahukah anda Allah isytihar PERANG ke atas mereka yang melakukan riba?
Ya, P-E-R-A-N-G.. Perang!
Darah mereka yang mengamalkan riba boleh ditumpahkan!


Baru tahu?
Atau sudah tahu?


Baik, mari kita renung sebentar.
Tengok 3 gambar di bawah.




Baik.
Yang manakah paling jijik?
Adalah menjadi kebiasaan untuk kita jijik pada Khinzir dan juga Arak.
tapi, Riba itu bagi kita hanya suatu perkataan..


Sedangkan Babi dan Arak itu boleh digunakan pada waktu darurat..
tetapi Riba? Allah Isytiharkan perang! MasyaAllah..


Betulkah mentaliti kita sekarang?
Keliru?
Mari kembali pada Al-Quran.. =)


Allah berfirman:


"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."[2:279] 


Allah berfirman lagi:
"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."[2:275] 




MasyaAllah..
Keras sekali larangan Allah.
Mengapa?
Kerana ianya merupakan suatu bentuk KEZALIMAN


Islam ini cukup indah dan suci.
Mari sucikan harta kita dari Riba.
Pilihlah Islamic Banking.
Untuk menjawab persoalan lanjut tentang riba,Bolehlah kalian rujuk di sini,
atau di sini =)


Wallahutaala 'alam,
Wassalamualaikum =)

Tuesday, May 17, 2011

5 kisah aneh

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat sekalian. InsyaAllah, hari ini kita membuat perkongsian mengenai 5 KISAH ANEH.. (^^)

**************************************************************************

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.


Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam


Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi ia adalah sungguh aneh dan sesuatu yang mustahil, tidak dapat dilaksanakan.”

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.



Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. 


Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.


Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”



Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya. 


Nabi tersebut pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”



Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, 
“Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Sahabat sekalian, hendaklah kita mengambil ibrah dari kelima-lima perkara yang disebut dalam kisah di atas, kerana kelima-limanya adalah perkara yang selalu kita encounter dalam kehidupan sehari-hari. Perkara yang agak sukar untuk dielak setiap hari adalah ghibah (mengata hal orang). Perkara ini amat kerap kita lakukan sehingga menjadi tabiat yang tidak kita sedari. Nauzubillahi min zalik. Haruslah kita ingat bahawa amalan buruk ini bukan sahaja membawa kepada kerosakan hati serta ukhuwwah, malah ia akan menghilangkan pahala kita. 

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat ada seseorang yang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. 

Maka, dia berkata kepada Allah : “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.


Maka Allah menjawab :“Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.


Sabda Rasulullah S.A.W.

“Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. 

Kesimpulannya :

  • Hendaklah kita cuba mengawal diri ketika marah kerana hikmahnya selepas itu adalah kebaikan yang diperolehi hanya apabila dapat mengawal perasaan marah

  • Hendaklah kita sentiasa cuba untuk melakukan kebaikan; walaupun kebaikan itu tidak dipandang orang, suatu hari nanti Allah akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih besar. Kebaikan yang  kita lakukan pastinya akan dihargai apabila pintu hati mereka dibua oleh Allah, tanpa perlu kita bercerita mengenai kebaikan tersebut, kerana ditakuti akan timbul riak.

  • Hendaklah amanah yang diberikan kita pikul dengan penuh tanggungjawab, kerana ia merupakan suatu liability yang akan ditanya oleh Allah kelak, adakah kita melaksanakannya dengan sebaik mungkin ataupun adakah amanah tersebut kita khianati. 

  • Hendaklah kita berusaha sedaya mungkin dan semampu boleh untuk memenuhi hajat saudara, sahabat atau orang yang memerlukan bantuan daripada kita. Jangan pula memandang rendah terhadap insan yang berhajat tersebut, kerana suatu hari nanti, pasti kita pula yang memerlukan bantuan orang lain. Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni). Hadits ini dishahihkan oleh al Albani didalam “ash Shahihah” nya.

  • Hendaklah kita menjaga lidah daripada berbicara tentang aib orang lain. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


    Sesungguhnya peringatan ini untuk saya, serta sahabat-sahabat semua!!! \(^^)/

    Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin. (51:55)

Sunday, May 15, 2011

Jumaat dan Dosa Jual Beli

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Apa khabar? harap2nya semua sihat, fizikal,mental, dan paling penting spiritual. =)


Saya nak kongsi sikit satu artikel dari ustaz Zaharuddin. Actually dah lama dah nak share, tapi tak berkesempatan. so hari ni insyaAllah kita tambah ilmu dan sebarkan ye. (Walaupun hari ni bukan hari Jumaat, tapi takpe, nanti hari Jumaat, ingat ye pasal benda ni, dan ingatkan yang lain juga, especially ayah, adik beradik lelaki, suami dan sahabat2 muslimin kita )

Tahukah sahabat2 sekalian, jual beli pada waktu selepas azan pada hari Jumaat adalah haram? 

Asas kepada hukum ini adalah berdasarkan surah al Jumu'ah ayat 9:


﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْاْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُواْ الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ﴾



 " Hai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah  dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"



atas wanita pun haram ke?
Tidak..
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Jadi, setiap urus niaga antara wanita dgn wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan  pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Ia adalah keharusan yang disepakati ole ke empat empat mazhab terbesar dalam fiqah Islam. 
Begitu juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat Jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir, dan sebagainya..
Jadi, perbincangan hukum ini hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua duanya sekali yang sihat, baligh, dan tidak bermusafir..



Ok, kalau macam tu, untuk ayah, abang, adik lelaki, suami, dan sahabat2 lelaki kita.. haramnya jual beli tu jatuh selepas azan pertama atau kedua?
Dalam hal ini,ulama' berbeza ijtihad dlm menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat pada zaman Nabi Saw, Abu Bakar as Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. 
Pada Zaman Khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan ini, para ulama' perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tidak berlaku lagi jual beli selepasnya. 


Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas menyatakan bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu ketika khatib sudah naik ke atas mimbar. Ia juga bertepatan dengan suasana ketika turunnya ayat alQuran ini pada masa hayat baginda Nabi Saw. Imam at Tohawi al hanafi menegaskan: " Azan yang terpakai adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat pada zaman Baginda saw." (Mukhtasar al Tohawi, hlm 24)


Namun demikian, ulama mazhab Hanafi mempunyai pelbagai pandangan, majoriti berijtihad bahawa jual beli selepas azan kedua 'pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka juga berpendapat pengharaman bermula sejak daripada azan pertama lagi  (azan masuk waktu) atau selepas gelincirnya matahari pada hari tersebut.


Ini bermakna mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini, dan 
keempat-empat mazhab sepakat berjual beli selepas azan kedua adalah haram. 
Imam ibn kathir as Syafi'i menyebut: " para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jual beli selepas azan kedua" (tafsir ibn kathir, 4/367)




Kalau begitu.. berdosa sahaja atau akad pun terbatal?
Jika akad tidak sah, maka pemilikan harga yang diperoleh peniaga adalah batal , demikian juga pemilikan barang oleh pembeli..bererti, kedua2 mereka menggunakan harta milik orang lain, dan berterusan keadaan dalam penuh syubhah dan bermasalah.

Dalam hal ini, ulama berbeza pendapat.
1) Akad adalah sah, tetapi DOSA ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah Ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafi'i dan sebahagian Maliki.

2) Akad batal dan berdosa. Ini pendapat mazhab hanbali dan majoriti Maliki.

namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh.kerana rukun dan syarat jual beli telah dipenuhi cuma waktu jualan sahaja yang haram. maka atas kesalahan itu, DOSA ditanggung tanpa membatalkan akad.


Jadi, kesimpulannya..jual beli pada hari Jumaat itu hukumnya haram apabila:
1) dilakukan selepas azan kedua, sewaktu imam berada di atas mimbar.
2) dilakukan oleh lelaki (sama ada peniaga atau pembeli) yang wajib solat Jumaat


Jadi, sahabat2 sekalian, marilah kita sama2 menyebarkan berkenaan perkara ini.. rasanya rata2 umat Islam memandang remeh akan hal ini..dan boleh jadi tidak mengetahui akan hal ini..
Marilah kita menghindari DOSA jual beli pada hari Jumaat..


Rujukan: SOLUSI isu 15, artikel oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...