Bismillahirrahmannirrahim...
'Ada 3 perkara utama yg perlu kita sampaikan pada org lain tentang keutamaan Palestin (Al-Quds). 1. Qiblat pertama umat Islam, 2. Masjid kedua dibangunkan selepas Masjid Nabawi, 3. Masjid ke-3 suci..Itu adalah seringkas perkara yg kita boleh sampaikan' kata Dr. Zainur Rashid sewaktu saya menghadiri program Aman Palestin di Olomouc, Republik Czech pada 10 April 2011
'Cuba perhatikan apa yg akan berlaku pada 15 Mei nanti' kata beliau lagi
Saya tertanya-tanya. Akhirnya tarikh yg dinyatakan pun telah tiba, saya buka website yang selalu saya rujuk berkaitan dunia umat Islam.
Gambar: David Ben Gurion berdiri ketika mengumumkan Negara Israel di tanah Palestin
Pada hari ini(14 Mei 1948), Suruhanjaya Tinggi Britain(British) beredar meninggalkan BaitulMaqdis. Sedemikian itu, sebagai pendahuluan bagi mengumumkan tertegaknya Negara Israel di tanah Palestin pada hari berikutnya tetapi Yahudi tidak menunggu 15 Mei 1948. Sebaik sahaja Suruhanjaya Tinggi Britain keluar dari BaitulMaqdis pada 14 Mei 1948, jam 4 selepas waktu zohor, David Ben Gurion mengumumkan penubuhan Negara Israel di Tel-Aviv. Selepas 11 minit dari pengumuman tersebut, Presiden Amerika, Harry S. Truman dalam kenyataannya mengumumkan Amerika mengiktiraf penubuhan Negara Israel.
Jelasnya, wujud satu perancangan yang teratur sebelum berlakunya detik tragedi ini.
"I had faith in Israel before it was established, I have faith in it now, I believe it has a glorious future before it-not just another sovereign nation, but as an embodiment of the great ideals of our civilization" - Harry S. Truman
Jelasnya, wujud satu perancangan yang teratur sebelum berlakunya detik tragedi ini.
"I had faith in Israel before it was established, I have faith in it now, I believe it has a glorious future before it-not just another sovereign nation, but as an embodiment of the great ideals of our civilization" - Harry S. Truman
- Sumber : Nakbah kepung perampas tanah Palestin
Mangsa serangan zionis sempena Nakbah
Sempena memperingati Nakbah, Palestin sama ada dari dalam tanah Palestin atau di luar tanah Palestin menyambut hari yang malang bertujuan mahu menuntut semula hak mereka, iaitu hak pulang ke tanah-tanah yang dirampas rejim penjajah.
Sehingga kini, 15 demonstran dari kalangan Palestin(juga rakyat Jordan) termasuk yang berada di luar tanah Palestin syahid dihujung senjata rejim penjajah dan lebih400 penduduk Palestin cedera(berbagai-bagai kategori). Jumlah ini melibatkan kesemua tempat yang berlakunya pergelutan sejak dari siang tadi. Turut tercedera dari kalangan wartawan.
5 sebab utama isu Palestin adalah isu 'Aqidah (oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi) (sumber : Amal Palestin) :
- Qiblat pertama
- Negeri Israk & Mikraj
- Kota besar Islam ke-3
- Negeri Kenabian
- Negeri Perjuangan
'ANAK YATIM AMAT PERLU DIBELA , AL-QUDS ADALAH ANAK YATIM YANG TIADA PEMBELANYA'
No comments:
Post a Comment