Social Icons

Sunday, January 29, 2012

Salam rinduku..



“Adeyh, rindu la,” aku memulakan bicara.

Sahabatku itu menoleh. Mendengar.

“Aku pun nak sampaikan salam rindu aku juga,” aku berbicara lagi.

Mana tidaknya. Seorang demi seorang yang aku kenal sudah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Menunaikan ibadah haji ataupun umrah.

Dan aku masih di sini. Merenung jauh. Bukan tiada duit. Cuma tiada masa yang bersesuaian & kesempatan. Belum ada rezeki lagi, orang selalu kata.

Aku teringin untuk jadi tetamu Allah dan berziarah ke Madinah. Mengunjungi maqam insan yang aku rindu itu, Nabi Muhammad SAW. Ingin rasa dekat dengan baginda.

“Kan senang. Selawat je lah,” sahabatku itu menjawab.

Terdiam sebentar.

“A’a..ye tak ye juga..terlupa la.” 

Aku terlupa. Jawapannya kan mudah. Andai rindu, selawat sajalah. Kan senang. Salah satu tanda rindu & cinta untuk baginda. Tak perlu susah-susah fikir & menunggu-nunggu masa untuk berziarah ke Madinah. Buat sekarang pun boleh. Insya Allah, memang sentiasa ada masa punya untuk berselawat.

Lagipun, kita kan sememangnya disuruh untuk berselawat kepada baginda. Kenapa masih jarang dibuat?

33:56

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Surah Al-Ahzab, 33:56)


Selawat dan salamku ke atas baginda, Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarga baginda dan sahabat baginda semuanya.









Sunday, January 22, 2012

Pakcik tua itu, rabun matanya



Pakcik tua itu menghampiri. “Co je to?” ujarnya. (Ini apa?)

“Hm?” Terkejut.

“Co je to?” ulangnya perlahan.

“Žampióny,” jawabku ringkas sambil melihat tin berisi cendawan yang dipegangnya .

Dia kembali membelek-belek tin-tin lain yang tersusun kemas di rak. Seperti sukar untuknya membaca apa yang tertulis pada label-label barangan.

Pakcik tua itu berpaling lagi. “Kolik to stojí?” Menunjuk kepada label harga strawberry dalam tin dihadapannya.

“Osmnáct,” aku menjawab lagi. (Lapan belas)

Dia mengangguk tanda memahami dan berlalu. Dari jauh aku melihat pakcik tua itu bertanya sesuatu kepada seorang pelanggan lain pula. Pakcik tua itu nak beli daging rupanya tetapi tak pasti apa jenis daging yang dipegangnya.

Tentu sukar. Mata rabun. Tidak mampu melihat dengan jelas. Namun, tiada orang yang menemaninya untuk membeli barangan keperluan.

Tanpa sedar, air mata menitis. Sayu dan kasihan. Sedikit sebanyak pakcik tua itu mengingatkan aku pada atuk. Atuk  yang berada nun jauh di seberang benua. Teringat kata mak yang mata atuk semakin rabun. Bukan kerana dimakan usia tetapi kerana penyakit katarak yang dihidapinya dahulu kembali semula.

Atuk. Dengan tubuhnya yang lemah dimamah usia itu, atuk masih terus gigih untuk bercucuk tanam. Mahu berbakti pada tanah. Lemahnya tubuh atuk. Atuk kerap jatuh sakit kebelakangan ini.Tetapi, mujur rezeki atuk sedikit berbeza daripada pakcik tua tadi. Anak-anak atuk berusaha untuk menjaga atuk sebaiknya. Membawa dan menemaninya ke hospital. Membelikan barang keperluan yang dimahukannya. Alhamdulillah aku ucapkan. Bersyukur dalam diam.

Dan ayah adalah salah seorang daripada anak atuk. Aku tumpang gembira melihat ayah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Menjadi contoh pada aku dan adik-beradik yang lain.

Tetapi dalam diam, aku sedar. Giliran aku akan tiba. Giliran aku dan adik-beradik yang lain pula untuk menjaga ayah. Kedut di wajah ayah tidak begitu kelihatan. Tapi, rambut di kepala yang menjadi petanda. Rambut berwarna putih yang kian banyak. Sepertimana ayah menjaga atuk, begitu jugalah yang patut kami buat kelak. Malah bukan menjaga ayah sahaja, tapi sudah tentu ibu sekali. Insya Allah.

17:23

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
(Surah Al-Isra’,17:23)

Termenung jauh aku.Teringat pesan cikgu di sekolah menengah suatu ketika dahulu,

“ Kamu semua jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar Dia kurniakan kamu semua kekuatan dan kesabaran untuk menjaga kedua ibubapa kamu. Akan tiba masanya nanti, apabila kesibukan menghimpit atau kesusahan hidup mendatang, dan dalam masa yang sama ibubapa kamu mengharapkan kamu untuk menjaga mereka. Kadang-kadang mereka juga akan bersikap keanak-anakan. Maka waktu itu mungkin kesabaran dan kasih sayang kamu teruji. Oleh itu, janganlah sesekali kamu lupa untuk berdoa mulai sekarang. Jangan berhenti berdoa agar Allah kurniakan kamu semua kekuatan dan kesabaran untuk menjaga mereka.”

Ya Allah, kurniakan kami kekuatan serta kesabaran dan ampunilah segala dosa-dosa kami yang kami sedari ataupun tidak. Ampunilah dosa-dosa kedua ibubapa kami juga.


71:28

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman)...”
(Surah Nuh, 71: 28)





Friday, January 20, 2012

TERAPUNG SAMA HANYUT, TERENDAM SAMA BASAH



Hmpp peribahasa apa pula ni, hanyut bersama??? Basah bersama! Sekali imbas macam kisah cinta yang tragis je bunyinya..hehehe

Tajuk ini memang dipilih supaya sesuai dengan tema CINTA, yes CINTA yang akan dikupas dalam entry kali ini. :) 




Tapi CINTA yang bakal saya huraikan nanti bukanlah sebagaimana cinta yang diertikan dalam kebanyakan lagu-lagu mahupun drama-drama cinta yang hangat dipasarankan tika ini, yang mana lari daripada ajaran Islam.. mana taknya, kononnya kerana 'cinta' sanggup buat apa saja, sanggup tinggalkan mak ayah dan lain-lain lagi.. Yang paling saya tak tahan, boleh pula berjanji nak berjumpa disyurga sama-sama...haish, seolah-olah syurga itu begitu senang hendak dituju.... Kalaulah mereka mengerti bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah ada perasaan confident dapat masuk syurga, inikan pula kita yang selalu buat dosa.. astaghfirullahalazim..
Panjang pula leteran saya, ok, let's get to the business. Sebenarnya, saya nak bincangkan Hadith ke 13 daripada Hadith 40 Imam Nawawi. Nak tau apa kandungan hadith ni?? Jom kita tengok jap..


Dah tengok dan dengar? Kalau tak puas lagi boleh rujuk kat bawah ni juga. 

الحديث الثالث عشر  
 : عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ خَادِمِ رَسُولِ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: 

((لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ))

رواه البخاري [ رقم : 13 ] ، ومسلم [ رقم : 45]


HADIS 13

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang ia  cintai untuk dirinya."  

Saya pasti hadith ini bukan sesuatu yang asing, paling kurang pun mesti penah dengar sekali..betul tak? :) 
MasyaAllah, indahkan Islam...Cinta dan kasih sayang kepada saudara pun menjadi tuntutan. Perkara yang mungkin dipandang enteng di zaman sekarang ini, yang mana masing-masing hidup untuk diri sendiri sahaja, masing-masing nak jaga periuk nasi sendiri sahaja, dan ada yang tak pernah kenal atau bertegur sapa dengan jiran dan sebagainya, tetapi perkara ini dipandang serius oleh Islam.. Cinta dan kasih sayang membawa kepada keakraban silaturrahim --> kepercayaan, tolong menolong -->keamanan, kedaimaian! Allahuakbar, indahnya ajaran Islam. 

Apa yang dikatakan cinta kepada saudaranya?

Cinta sebagaimana yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah cinta yang didasarkan kepada agama,  bukan kepada peri kemanusiaan semata-mata. 

Imam Nawawi dalam huraian hadith ini menjelaskan bahawa, pengertian saudara digunakan seluas-luasnya sehingga meliputi orang-orang kafir dan yang Islam. Menurut beliau lagi, wajiblah seseorang Islam mencintai atau mengasihi saudaranya yang Islam supaya kekal terus dalam agama Islam. Dan juga, menurutnya, mendoakan sahabat yang bukan lagi Islam supaya diberikan hidayah, adalah disukai.

Maka dengan itu, saya rasa bahawa salah satu cara untuk kita menyempurnakan iman adalah dengan kita mengasihi seberapa banyak manusia yang kita kenal terutama sekali yang berbuat baik dengan kita, kemudian yang tidak pernah mencederakan atau menyakitkan kita, hatta dengan orang-orang yang menyakiti kita sekali pun, adalah lebih baik bagi kita mendoakan agar Allah S.W.T memberikan petunjuk kepada mereka. Dan dengan orang-orang yang kita tak kenal pun, tak boleh kita berbuat jahat atau yang bukan-bukan. Dalam erti kata lain, layanlah orang dengan layanan yang kita nak, dan jangan layan orang sebagaimana kita benci dilayan begitu. 

Dan hendaklah kita tumpang bahagia dengan kejayaan yang dikecapi oleh sahabat atau saudara mara kita walaupun disaat kita diuji dengan kegagalan. Jauhi iri hati, dengki dan hasad. Adalah salah dan berdosa jika kita mempersoalkan dan membanding-bandingkan antara apa yang mereka ada  dan apa yang kita ada. Boleh jadi kufur nikmat pula nanti... 

" Adakah mereka (yang berhak) membahagikan kurnia tuhan engkau? Kami telah bahagi di antara mereka penghidupan mereka dalam penghidupan dunia (ini) " (Surah Al-Zukhruf:52) 


Jadinya sekarang, kalau kita ingin menyempurnakan lagi iman kita, marilah kita menjadi orang yang penyayang dan bertimbang rasa dengan saudara dan sahabat kita. Rasanya tak perlu kot untuk saya terangkan lebih terperinci macam mana nak berkasih-sayang ni. You all lebih pro rasanya :) . So mesej kali ini adalah, kongsikan rasa sayang anda dengan seramai yang boleh..the more you give, the more you get!! 

Owh pesanan terakhir, tapi perlulah cinta yang dibenarkan syarak! Kalau tak, bukan menghampiri bahagia, tetapi mencari sengsara namanya :) 




Akhir kata, salam ukhwah, Assalamualaikum wbt. 



Tuesday, January 17, 2012

kau yang tentukan harga dirimu...

"Ok ke kak, kalau saya cakap macam tadi, dengan classmate laki saye ?" adik yang setahun lebih muda daripadaku bertanya ikhlas, mahu dibetulkan jika salah..

"hmm..ok je kalau bincang pasal akademik, tapi seeloknya jangan dipanjangkan perbualan tu, tak usah banyak bertanya, dia tanya satu jawab satu, bagi dia sign, yang kamu kurang senang bersembang ramah dengan ajnabi" aku melontar pandangan aku sekadar kefahaman aku berkenaan ikhtilat...

mata renungannya dilemparkan jauh, barangkali sedang memikirkan jawapanku kepada persoalan yang telah bermain di kotak fikirannya.

Itulah hati yang bersih, sentiasa merasa aman dan tenang dengan kebaikan dan merasa gundah dan resah bila  mekukan salah, moga penunjuk hati ini kekal milik kita dik... 

Pulang dari perbualan itu, aku menyemak kembali, buku tajuk "tabarruj- karangan Ustazah Nikmat Sidqi". Ternyata pengetahuan bab ikhtilat aku ni terhad, hanya mengharapkan  beberapa kuliah yang pernah aku hadiri dulu, dan bacaan-bacaan santai, yang lain lainnya aku selalu bertanya perasaan hati,

kata seorang akhowat, tahap toleransi dan gelojak perasaan kita ketika berhadapan dengan bukan muhrim ini berbeza mengikut orang sesuai dengan pembawakan dia sehari harian.. 


bersama ini aku nukilkan beberapa point penting, hasil bacaanku tentang IKHTILAT dari buku bertajuk tabarruj


IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN)
Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat
yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan
berinteraksi.

- Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah.
- Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya
disimpulkan dari beberapa tegahan lain:

  1. - Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
  2. - Tegahan berkhulwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
  3. - Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
  4. - Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
  5. - Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
  6. - Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki

-Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita
dengan lelaki ajnabi ditegah.

Namun begitu, terdapat pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:

  1. - Pergaulan atas sebab darurat
  2. - Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
  3. - Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
  4. - Pergaulan menunaikan kesaksian
  5. - Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
  6. - Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
  7. - Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
  8. - Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja
  9. syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
  10. - Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
  11. - Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
  12. - Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara’
  13. - Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki.
  14. - Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlismajlistertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam.

 Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang
bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam:

  1. - Menjaga aurat
  2. - Tidak tabarruj
  3. - Tidak mengangkat suara dengan tinggi
  4. - Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktu
  5. bercakap
  6. - Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
  7. - Warak, tapi bukan warak-warak kucing
Usai membaca nota ini, teingat pula aku terhadap seorang teman yang rapat denganku, satu hari dia datang menhampiri ku, matanya berlinangan air mata, 

katanya.. "menyesal dulu aku tak menjaga diri, sekarang baru aku terasa maruah aku sebagai seorang wanita yang baik kurang di hormati, senang-senang saja laki berborak bebas dengan aku, mereka bebas menggelarkan aku dengan pelbagai gelaran, walaupun bagi mereka lawak, tapi aku sedih..

 walaupun sekarang aku nak berubah...tapi tak mudah...tak mudah, mereka masih menganggap aku, sebagai aku yang dulu" kata-katanya terhenti dengan esakan penyesalan....

semoga engkau beroleh rahmat dan kekuatan wahai sahabat.. inshaAllah semoga Allah terus memelihara diri kita semua.... 

tapiiii yang lebih kerap ialah ikhtilat di laman sosial dan chatting, macammne tu yeee? tepuk dada tanya iman


Friday, January 13, 2012

Jangan sempitkan sesuatu yg luas

Bismillahirrahmannirrahim

'Look from a bigger picture' pesan seorang examiner sewaktu saya mengambil exam Physiology dulu. Baru saya faham kini, utk memahami kesemua proses fisiologi yang berlaku dalam badan manusia memerlukan kita utk memahami proses tersebut bermula dari gambaran besar, kemudian baru berpindah kepada perkara yg lebih teliti

'Think big' , 'Berfikirlah dengan skala besar' adalah antara pesanan-pesanan yang saya terima bila mendengar baik kuliah agama atau pun motivational talk dari para ustaz mahupun motivator seantero dunia





'Gemar benar diaorg ni dengan perkataan "big" ni ye' bisik saya dalam hati setelah bertahun-tahun lamanya. Semenjak kali pertama saya ditemukan dgn "big" ni hingga bertahun-tahun selepas itu, saya merasakan perkara itu sudah sebati dan terkadang saya sendiri tak pasti sejauh mana saya telah aplikasi kan konsep "big" tadi

Sehingga beberapa minggu yg lepas, saya terbaca artikel tentang kaedah dakwah Rasulullah SAW kpd org umum, sungguh menarik subhanAllah. Seseorang yg jahil telah berdoa di dalam masjid dan Rasulullah terdengar doa tersebut, doa org itu :


Ya Allah, ampunilah aku dan Muhammad, janganlah Engkau mengampuni seorang pun selain kami. Baginda SAW memberikan respon senyuman sambil bersabda: Sesungguhnya kamu telah menyempitkan sesuatu yang luas (yakni rahmat dan pengampunan Allah).




Mari kita semak diri kita, adakah kita salah seorang di antara mereka yg menyempitkan rahmat Allah yg luas?


1. Apakah kita bersyukur HANYA bila kita dpt apa yg kita mahu? Macam mana dengan nikmat yg setiap hari kita sedia ada dpt e.g mata, suara, kaki, tangan? (kalau bgn2 tidur, mata hilang apa rasanya???)


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim : 7)


2. Apakah bila mana kita mendapat musibah, KITA MENYALAHKAN ORG LAIN atau barangkali lebih teruk, menyalahkan TAKDIR???? (Na'uzubillahi min zalik)


Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud : “Hebatnya org yg beriman, sesungguhnya setiap keadaan mendtgkan kebaikan kpdnya. Apabila dia mendpt kenikmatan dan kegembiraan dia bersyukur, maka itu ialah kebaikan baginya. Apabila dia mendpt kesusahan dan mudarat dia bersabar dan itu merupakan kebaikan baginya” (HR Muslim)


3. Apakah kita menjaga kebersihan? Atau kita menyempitkan makna kebersihan tu pada waktu-waktu tertentu contohnya seperti bila tetamu dtg? 


- Sedangkan kebersihan itu amat dituntut oleh Islam, kebersihan itu sebahagian daripada Iman
SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah : 222)

4. Apakah kita mendabik dada bila mana kita mendapat kejayaan? Apakah kita mensabitkan kejayaan kita semata-mata dengan usaha kita?

- Hati-hati :) yg beri kita kekuatan utk bljr, Allah. Yg beri kita kekuatan utk menghafal, Allah. Yg beri kita kesihatan sewaktu bljr, Allah
Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Baqarah : 32)


Jum'atul Mubarakah

p.s : Yang menulis tidaklah lebih baik dari yg membaca, mari kita usaha sama2 insyaAllah :)

Saturday, January 7, 2012

ZIKIR

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah rabbil 'Alamin..
Segala puja dan puji hanyalah milik Allah,Penguasa sekalian alam
Allahumma Sholli wa Sallim 'ala nabiyyina Muhammad


Sahabat2 sekalian sihat? Hari ini insyaAllah saya ingin berkongsi berkenaan Zikir :) Biasa dengar kan? tapi takpelah, kita baca lagi sekali, mudah-mudahan bila dengar atau baca banyak kali ni, kita ingat dan dapat amalkan. :)

Sahabat2 sekalian,

Hari2 kita baaaaanyak bercakap. kan? senang tak bercakap? tak payah guna tenaga banyak pun kan, hanya perlu gerakkan mulut dan lidah je, ada suara, insyaAllah bercakaplah kita, hehe.. sangatlaaah senang.

Pernah tak kita terfikir yang sebenarnya tasbih /tahmid/takbir/ ucapan La Ilaha Illallah pun begitu juga?
Mekanisma dia sama je dengan percakapan2 kita yang lain..
Tapi mengapa ye agak2nya, jarang-jaraang keluar dari mulut kita ucapan2 zikir ini..? Muhasabah lah diri kita..


Sahabat2..
Mahu tahu apa keutamaan tasbih, tahmid dan lain2? :)

Mari lihat:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :"Hai Abdullah bin Qais,mahukah engkau aku tunjukkan salah satu dari harta perbendaharaan syurga?" Abdullah menjawab: "tentu mahu wahai Rasulullah" Baginda menjawab: "ucapkanlah: La Hawla wa La Quwwata illa Billah..(tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah) -Riwayat Bukhari-

Rasulullah s.a.w juga bersabda: "Ucapan yang paling disukai oleh Allah itu ada empat, dengan yang mana pun engkau mulai tidak menjadi masalah: Subhanallah, walhamdulillah, wa La Ilaha illallah, wallahu Akbar"
-Riwayat Muslim-

Yang disebut sebagai 'alBaqiyaat asSholihaat (amal sholih yang kekal) adalah ucapan: Subhanallah, walhamdulillah, wa La Ilaha illallah, wallahu Akbar, wa La Hawla wa La Quwwata illa Billah"
-riwayat Ahmad-


Subhanallah..mudahnyaa lah nak ucapkan perkataan2 yang Allah suka..dan besar pula ganjarannya..
Marilah kita berusaha untuk melazimi ucapan ini di bibir kita.. setiap kali lepas solat dan diwaktu lain juga, umpamanya..dalam kenderaan ke..daripada dok mengelamun,atau termenung kosong, baiklah kita ucapkan zikir2 ni kan?

Sesungguhnya zikrullah itu ringan untuk diucapkan oleh lisan, namun dapat memberatkan timbangan, dicintai oleh Allahurrahman. Dan pada diri Rasullah s.a.w. ada bagi kita semua ciri tauladan (Uswah Hasanah) dimana beliau sentiasa berzikrullah setiap saat.
Zikrullah itu juga merupakan salah satu ciri dan sifat orang yang beriman yang ia ucapkan di ketika berdiri, atau disaat duduk dan ketika berbaring.
Zikrullah adalah tanaman syurga. Ia menjaga kita dari lalai dari meningati  Allah s.w.t.
 

Mudah2an dengan cara ini, kita menjadi lebih dekat dengan Allah, dan Allah juga lebih dekat dengan kita
Kita menjadi lebih mencintai Allah, dan Allah lebih mencintai kita..
Allah,- Pemilik,Penguasa, dan Pengatur hidup kita..satu2nya Tuhan yang kepadaNya kita akan kembali..meninggalkan dunia yang sementara ini..


Ayuh Beramal!

wassalam

Thursday, January 5, 2012

check list peti ais/ tudung saji kita!!

bismillah,

tatkala membaca ruangan kesihatan, atau laporan kesihatan, hati risau memikirkan banyaknya penyakit yang menjadi punca kematian,

tatkala mendengar berita dari saudara-mara, hati tak keruan memikirkan banyaknya penyakit baru yang dulunya tak biasa kita dengar di negara kita,

tatkala menelaah pelajaran, baru ku sedar yang pemakanan merupakan faktor besar menyumbang semua penyakit-penyakit tersebut..
sebagai contoh,
seseorang boleh berusaha memanjangkan umur jika diserang penyakit Phenylketouria (tak biasa di Malaysia), sekirannya dia pandai jaga makan,
seseorang juga oleh memendekkan umur jika dia banyak 'makan' rokok!

dah nak buat macammana lagi.....!!! sebab, perkembangan tubuh badan kita ni sumber nutrisinya makanan.. 
hari hari kita bangun makan, dan berfikir tentang makanan serta selalu bercerita tentang makanan, 


kemuadian fikiran melayang memikirkan pemuda yang aku cukup kagum, dan rindu kepadanya...
itulah Muhamad bin Abdullah SAW

jom kita check list, groceries kita, makanan kita sehari hari... selain dapat pahala sunah. makanan ini juga membantu kita menjaga kesihatan diri. Sebenarnya byk lagi makanan sunah yang boleh menjadi ubat,

these are few of them :) selamat beramal


MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima 
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.

Allahua'lam 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...